Monday, December 2, 2013

Bercakaplah Wahai Anakku.

Assalamualaikum. Baru-baru ini saya pulang ke kampung saya di Beranang. Rasanya sudah lema tidak menjenguk emak dan abah saya.

Alhamdulillah, mereka dalam keadaan sihat-sihat selalu.

Disebabkan isteri kini sedang sambung belajar di peringkat sarjana, dan saya pula kerap bekerja di hari minggu menyebabkan kami tidak sempat pulang ke kampung.

Namun begitu, pada hari Sabtu yang lepas Allah memberi kesempatan kepada saya, isteri dan anak untuk pulang ke Beranang.

Bercakaplah anakku



Di Beranang, saya dapati bukan sahaja saya yang pulang, tetapi ada keluarga abang sulung saya.

Jadi, bertambah meriahlah tumah emak dan abah saya dengan kehadiran cucu-cucu mereka.

Syukur saya panjatkan kepada Allah kerana masih memanjangkan usia emak dan abah saya untuk melihat cucu-cucu mereka. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka.

Anak saya, Nor Zara pula begitu aktif bermain dengan sepupunya, Faaz Mikael.

Kejap lari ke sana, kejap lari ke sini. Dan kejap menangis, kemudian sambung bermain semula.

Anak kecil, jangan dihalang sikap aktif mereka. Kita layankan saja, kerana mereka dalam proses pembesaran.

Zara dan Faaz juga saya lihat mereka berkomunikasi dalam bahasa mereka sendiri.

Zara cakap Ta-ta-ta, kemudian Faaz membalas Haa. Zara cakap semula Ta-ta-ta, dan Faaz cuma membalas Haa.

Walaupun saya tidak memahami apa mereka katakan, tapi pada pandangan saya, mereka kelihatan memahami antara satu sama lain.

Mungkin ia hanya difahami oleh kanak-kanak sebaya mereka sahaja.

Namun begitu, jika kita sebagai ibu bapa, elakkan daripada berkomunikasi dengan menggunakan bahasa mereka.

Kita sepatutnya menggunakan bahasa yang betul dan standard supaya secara tidak langsung kita dapat mengajar mereka cara bercakap dan bahasa yang betul.

Jika mereka berkata ta-ta-ta, jangan pula kita ikut, sebaliknya kita boleh bertanya seperti, "Adik cakap apa sayang?", "Adik nak susu ke?", "Adik nak main kat mana?" dan sebagainya.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Dan jangan lupa beritahu kepada anak anda bahawa anda amat menyayangi mereka setiap hari, dan gunakan bahasa yang betul ye. ^_^

No comments:

Post a Comment