Showing posts with label takaful. Show all posts
Showing posts with label takaful. Show all posts

Thursday, July 28, 2016

GL DAH ADA PUN TAKAFUL TAK TANGGUNG?

Seorang kawan tanya saya, betul ke medical kad yang terbaik ni, ialah kad yang mudah masuk, mudah diterima oleh hospital?

Saya tanya balik, dari mana dapat info begitu?

"Ada lah sorang ejen ni approach aku. Dia cakap, kalau tak percaya, cuba tanya hospital hospital, medical kad mana mudah masuk wad? Siap kasi contoh lagi, kes client ejen tu, nak masuk wad, doktor siap cakap, kalau medical kad syarikat XXX ni, boleh terus masuk wad, TANPA PERLU MINTA PENGESAHAN DARI SYARIKAT TAKAFUL berkenaan."

(Dalam hati saya) Fuhhh hebat ayat marketing, punyalah nak kejar sales sampai cakap tak berlapik.

Begini la saya cakap. Lihat contoh gambar ni. Client yang dah dapat INITIAL GL pun (guarantee letter), syarikat Takaful boleh U-TURN decline GL tak cover rawatan tu dan minta bayar dulu.



"Eh, kenapa dah dapat GL boleh kensel kensel plak? Naya la client kalau macam tu, ingatkan FREE, tapi last last kena bayar jugak?" marah kawan saya.

Dalam kes gambar ni, suami beliau mengadu sakit dada. Ingatkan gastrik, rupanya ada batu dalam hempedu (gallstones). Memang ada tempoh menunggu 120 hari kalau nak claim dan suaminya masuk wad pada bulan ke 7 selepas beli medical kad. 

Walaupun dah 7 bulan, GL decline jugak sebab suaminya cakap baru kena. Tapi bila doktor check, batu dah berbiji biji dan besar besar saiznya. Besar kemungkinan dah lama ada, bukan baru kena. Maka kena investigation, tunggu final diagnosis report. So, GL terpaksa decline, kena bayar dulu.

"Laaa.. naya la kawan tu. Tak pasal pasal kena bayar," kata dia.

Tak boleh buat apa. Medical kad cover bukan ikut cakap orang "tak tau, tak sedar ada penyakit tu". Sykt akan ikut report doktor. Ini kes dah kasi GL awal dah pun. 

Cuba kau fikir sendiri, APA JADI KALAU DOKTOR MASUKKAN KAU KE WAD, TANPA DAPAT PENGESAHAN SYARIKAT TAKAFUL DULU? Dan kemudian TENGOK TENGOK GL KAU TAK COVER RAWATAN TU, DECLINE KERANA UNDER SIASATAN ATAU REJECT TERUS? 

Kos operate hempedu pulak dekat 15-20 ribu!!

"Woihhhh... bahaya lah gitu. Better dapatkan pengesahan dulu sebelum masuk wad. Masuk hospital swasta ni bukan murah," katanya setelah dapat pencerahan.

Yang penting, sebagai pengguna anda kena hati hati dengan ayat promosi yang ejen-ejen guna dalam pemasaran mereka seperti:

"MEDICAL KAD KAMI SWIPE JE, TERUS DAPAT GL."
"MEDICAL KAD KAMI BOLEH MASUK WAD TANPA DAPAT PENGESAHAN SYARIKAT. DOKTOR SENDIRI CAKAP GITU."

Mana-mana syarikat insurans/takaful akan semak dulu setiap kemasukan hospital. Swipe ke, isi form manual ke, semakan kemasukan akan dibuat dengan merujuk kepada laporan doktor. Malahan dah kasi INITIAL GL sekalipun, FINAL GL MASIH BOLEH DECLINE JIKA ADA KERAGUAN. 

Syarikat takkan buta-buta tanggung claim client tanpa pemeriksaan rapi.

Bila marketing, cakap BIARLAH BERLAPIK dan fahami dulu prosedur claim medical kad sebelum berjanji atau beri gambaran bukan bukan seolah olah terlalu perfect.

Tuesday, June 21, 2016

5 JENIS PROSPEK TAKAFUL

Ha, semalam seronok kau orang baca jenis-jenis ejen kan? Mesti dalam hati kata, eh dulu aku pernah jumpalah ejen macam ni, eh ejen aku macam ni lah, eh betullah mamat ni cakap, eh, eh... Hahaha! Tak kisahlah ejen kau macam mana sekalipun, tapi pastikan, coverage takaful yang kau ada tu cukup dan sesuai mengikut keperluan kau.

Hari ini, aku nak kongsi pulak jenis-jenis prospek yang ada. Eh ada? Eh, apa, kau ingat takde ke? Mesti ada punyalah. Kalau ejen pun ada jenisnya, prospek pun mesti ada. Kita ni sama-sama manusia, so ada macam-macam ragam. Jom aku perkenalkan jenis-jenis prospek yang boleh dijumpai.

1. PROSPEK TERUS SENYAP

Prospek ni adalah prospek yang bilamana ejen dah bagi proposal atau quotation kat dia, dia akan terus senyap. Prospek jenis ni adalah yang paling popular sekali kau tau. Nisbah dia boleh kata 999,9999 dalam sejuta. Hahaha. Aku selalu sangat dah jumpa prospek macam ni. Takpelah, senyaplah kau di sana.

2. PROSPEK PENGUMPUL QUOTATION

Prospek ni kerja dia kumpul quotation saja. Semua quotation syarikat takaful dia mintak. Tak cukup dengan tu, dia suruh adjust pula quotation sedia ada, lepas hantar balik kat dia. Kerja dia adjust dan kumpul, adjust dan kumpul. At the end, dia pun pening mana satu quotation yang patut dia ambik.

3. PROSPEK BAJET TERER

Prospek ni letih sikit nak layan kerenah dia sebab dia bajet macam tau semua benda padahal tak. Depan ejen dia akan tunjuk terer dia padahal info dia salah. Tapi mana boleh dia mengaku salah kan? Kenalah tunjuk terer jugak, pride kena jaga beb. Hahaha.

4. PROSPEK BANYAK TANYA

Bagi aku, prospek macam ni takde masalah sangat. Dia tanya sebab dia nak faham, tu je. Dengan prospek macam ni, waktu appointment boleh berlanjutan jadi dua jam. Ejen kena bersabar bila berdepan prospek macam ni. Ingat balik niat kita kenapa join bidang takaful, sebab nak tolong orang ada masa depan yang baik.

5. PROSPEK YE, EJEN PUN YE

Ha yang ni, ejen kena hati-hati. Ni kira permainan licik ni. Dia tu ejen, tapi menyamar sebagai prospek. Menyamar sebab nak dapatkan info quotation daripada syarikat-syarikat pesaing. Jaga-jaga dengan orang macam ni.

Haa... Itulah dia 5 jenis prospek yang aku pernah jumpa sepanjang pengalaman jadi ejen TAKAFUL ni. Kau orang yang bergelar prospek ni, agak-agak dalam kategori mana satu ye?

Monday, June 20, 2016

5 JENIS EJEN TAKAFUL YANG PATUT ANDA KENALI

Orait. Jom kita cerita pasal takaful lagi. Tapi aku cerita dalam bentuk yang best best lah sikit. Barulah bila baca muka ada sunyum. Ok, selama ni kita dok belajar atau tahu pasal terma-terma dalam takaful kan? So hari ni aku buat kelainan sikit lah. Apa kata kita belajar dan tahu tentang jenis-jenis ejen takaful yang ada kat sekeliling korang tu, nak? Jom start.

1. EJEN CLOSE 2 MINIT

Ejen takaful yang pertama ni diberi gelaran 'Ejen Close 2 Minit'. Kenapa macam tu? Sebab dia ni memang terer close kes cepat-cepat. Sesuai letak dia ni kat booth dalam pasaraya atau kat pasar tani. Kau tak akan ambil masa lama dengar penerangan dia. Sedar-sedar, kau kena sign borang. Tapi jaga-jaga, infonya memang tak lengkap dan dikhuatiri terlalu manis kata-katanya.

2. EJEN NANTI YE SAYA TANYA LEADER 

Ini adalah jenis ejen takaful yang knowledge dia pasal takaful tak cukup power. Apa yang dia tahu sikit sangat. So, bila kau tanya soalan yang agak detail, dia akan jawab, "Jap ye encik, saya call leader saya jap." Boleh je kau nak ambik takaful dengan ejen ni, tapi kalau tindakan dia yang asyik call leader buat kau tak yakin, maybe kau boleh consider cari ejen lain.

3. EJEN SUMBAT SEMUA

Ejen Sumbat Semua adalah ejen yang suka memasukkan semua rider dalam polisi takaful kau. Rider tak penting pun dia sumbat je. Kononnya, bila nampak banyak rider, lagi secure. Padahal, lagi barai beb. Kau ambil takaful ikut keperluan tanggungan kau, bukan main sumbat je.

4. EJEN ITU TAK POWER INI TAK POWER

Ini adalah jenis ejen yang suka buruk-burukkan company lain depan kau. Kehebatan syarikat sendiri dia tak cerita, tapi keburukan company lain dia dok gebang pung pang. Jaga-jaga dengan ejen macam ni, takut engkau pun kena game dengan. Bagi penerangan pun dah buruk, tak mustahil dia akan buat buruk dengan kau bila kau dah sign dengan dia.

5. EJEN INFORMATIF

Bagi aku, ini ejen paling bagus, berinformatif. Segala soalan dia dapat jawab. Semua produk dia tahu. Dia cuma cerita kehebatan company sendiri je. Tapi satu je, kau kena spend masa lamalah sikit ye. Yelah, kau nak ambik takaful, bayar beratus-ratus setiap bulan, kenalah korban sikit masa untuk dapat pengetahuan lanjut pasal takaful ni. Barulah tenang nak sign up polisi yang power.

Itulah dia, 5 jenis ejen TAKAFUL yang kau boleh kenali. Nanti, kalau kau jumpa mana-mana ejen yang ada ciri-ciri macam aku cerita ni, bolehlah kau kategorikan diorang mengikut jenis apa. Selain daripada tu, aku harap, kalau kau nak sign up polisi takaful, carilah ejen yang informatif. Aku yakin, ejen macam ni akan bantu kau dengan lebih baik.

Friday, June 17, 2016

5 TIP UNTUK PILIH PELAN TAKAFUL YANG BETUL BILA BERJUMPA EJEN FACE TO FACE

Ok, hari ini apa yang nak diceritakan ialah apa benda yang perlu dititikberatkan semasa anda bertindak nak tandatangan borang permohonan takaful. Ini adalah cadangan sahaja, tak nak ikut, terpulang. Tapi insyaAllah guide ni akan memudahkan urusan anda untuk memilih pelan takaful yang betul.

1. TENANG

Dalam hal ini, anda kena tenang, dan ejen anda pun kena tenang. Tenang ni dalam erti kata anda mendengar dengan baik dan ejen anda pun menerang dengan baik. Tenang penting supaya anda boleh tanya soalan-soalan yang penting. Kalau ejen pula nampak tak tenang dan rushing semacam je nak anda sign borang, baik anda tinggalkan dia, dia gelojoh tu. Mengikut pengalaman saya, kalau dua-dua pihak tak bertenang, sama ada tak sign borang ataupun anda akan sign up pelan takaful yang merapu.

2. STUDY SIKIT SEBELUM JUMPA EJEN

Jangan lupa buat kajian sikit. Tip ni berat juga saya nak nyatakan di sini, nanti anda lagi pandai daripada saya, macam-macam anda tanya. Hahaha. Ok, taklah, sebenarnya bila anda study sikit pasal takaful ni, anda boleh detect kalau ada ejen cuba menipu anda ataupun cuba menyatakan sesuatu yang tak betul. Daripada situ, bolehlah anda elakkan diri daripada sign up polisi yang manis macam gula-gula tapi coverage pahit macam kopi!

3. BUAT PERBANDINGAN

Setelah berjumpa dengan ejen takaful syarikat A, tak semestinya kena sign terus, anda boleh jumpa ejen takaful syarikat B, C dan D juga. Dari situ, bolehlah anda buat perbandingan. Tapi, anda kena tahu juga apa yang nak dibandingkan. Jangan setakat jumpa je tapi tak tahu apa benda nak buat, nanti at the end, tak ambil takaful. Tu lagi bahaya bang! So, study lah sikit bila nak buat perbandingan.

4. BAWAK KAWAN

Kalau takut jumpa ejen sorang-sorang, sebab takut kena push, bawak kawan sekali. Kalau boleh, kawan yang selamba, hati kering, otak pantas dan gemar bertanya. Dari situ, anda boleh elakkan daripada ejen takaful tu bertindak rakus terhadap anda supaya cepat-cepat sign borang takaful. Tapi, jangan pula sampai terjadinya provokasi, kalau kawan anda pula dah nampak macam nak mengganas, kawal dia. Anda nak ambil polisi, bukan nak kena tangkap polis.

5. BUAT KIRA-KIRA DEPAN ANDA

Setiap ejen ni sebenarnya mereka ada software untuk buat pengiraan pelan TAKAFUL ni. Mereka ni sebenarnya perlu tunjukkan kiraan ni kat anda kerana ini adalah hak anda. Anda kena tahu berapa coverage, berapa kena caj, bila tempoh matang polisi anda dan sebagainya. Jadi, mintak kat ejen tu supaya tunjukkan kiraannya depan anda dan mintak dia terangkan apa yang anda tak faham. Bila dah faham, barulah selesa dan tenang nak tandatangan borang, tak gitu?

Orait. Semoga dengan 5 tip ni, dapatlah memudahkan urusan anda untuk memilih pelan takaful yang betul dan mampu buat anda berpuas hati.

Wednesday, June 15, 2016

3 SEBAB TAKAFUL BAJET/ JANJI ADA AKAN JAHANAMKAN MASA DEPAN ANDA DAN KELUARGA

"Berapa kau ada? Hah, RM100? Oklah, RM100 pun ok dah, JANJI ADA takaful."

Takaful Janji Ada atau Takaful Bajet ni seriously saya tak galakkan anda untuk memilikinya. Kebanyakan yang ambil takaful macam ni sebab mereka tak nampak kepentingan takaful ni.

Jika anda boleh nampak kepentingan takaful, anda takkan ambil takaful tu mengikut bajet, tapi ikut keperluan anda dan juga keluarga.

Kenapa Takaful Bajet atau Takaful Janji Ada ni boleh jahanamkan masa depan anda dan keluarga?

1. TAK GANTI GAJI ANDA

Benda ni jangan dibuat main. Saya dah jumpa kes yang company buang pekerja sebab hilang upaya keseluruhan. Gaji masa sihat RM4000, bila dah sakit, kena buang, puuf! Gaji pun hilang. Dengan takaful bajet, anda takkan boleh ganti gaji anda sebab coverage tu mengikut berapa caruman yang anda mampu keluarkan. Biasanya takaful bajet ni, coverage dia RM20,000 je. Zaman sekarang, RM20,000 ni celah gigi je bang, kejap je habis.

2. HARAPAN PALSU

Bila dah ada takaful bajet atau janji ada ni, anda pun bagitaulah isteri, anda dah ada perlindungan kalau apa-apa jadi. Isteri pun gembira dan tenang sebab anda dah ada takaful. Tapi yang dia taktau, perlindungan anda RM20,000 je. Sikit bang. Apa-apa jadi kat anda, tak sempat isteri merasa duit, dah kena bayar macam-macam hutang. Sedih.

3. COVERAGE TIDAK MENYELURUH DAN MENCUKUPI

Disebabkan caruman yang bajet sangat, anda tidak dapat memiliki coverage ataupun perlindungan yang menyeluruh dan mencukupi. Harus anda ingat bahawa setiap coverage dan rider yang anda ambil dalam takaful ada caj-cajnya, dan semua itu akan ditolak dari caruman anda. Jadi, bila caruman anda sikit, maka coveragenya juga jadi sikit. Sebab tu, anda tidak dapat memiliki coverage yang mencukupi dan bakal menyusahkan masa depan anda nanti.

Semoga dengan nasihat yang diberikan, dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak untuk memiliki pelan takaful.

Tuesday, June 14, 2016

3 SEBAB KENAPA ELAUN HOSPITAL DALAM PELAN TAKFUL TAK PERLU TINGGI

Geram beb. Geram sebab ada yang bangga dengan elaun hospital dia yang banyak.

"Aku masuk hospital, dapat elaun satu hari RM400. 3 hari duduk, dapatlah RM1200. Bestnya!"

A'ah, bestlah sangat! Ramai yang silap bab elaun hospital ni. Ada yang ambil melebihi daripada keperluan yang sepatutnya.

Kenapa elaun hospital ni tak boleh ambil secara berlebihan?

1. DIKENAKAN CAJ YANG TINGGI

Anda ingat takde caj ke ambil elaun hospital dalam pelan takaful? Lagi tinggi elaun anda, lagi tinggi caj yang anda kena. Terhakis simpanan tunai anda dalam takaful.

2. MENGURANGKAN COVERAGE YANG LEBIH PENTING

Disebabkan nak elaun hospital yang tinggi, coverage lain dapat rendah. Kalau mati atau hilang upaya dapat RM20,000 je. Sakit kritikal RM10,000 je. Padahal, ini adalah coverage yang lebih penting. Coverage ni yang bantu ganti gaji anda bila musibah menimpa, bukan elaun hospital tu.

3. AMBIL ELAUN IKUT GAJI HARIAN

Gaji anda berapa? RM3000 sebulan. Ok, bahagi RM3000 dengan 30 hari. Dapat RM100. Ha, itulah elaun harian penghospitalan yang patut anda ambil, bukan ambik banyak-banyak.

Harap-harap, 3 nasihat ringkas ini dapat membantu anda memastikan elaun hospital yang anda ambil dalam pelan takaful adalah mengikut keperluan, bukan ikut nafsu nak duit banyak.

Monday, June 13, 2016

4 SEBAB KENAPA ANDA JANGAN MENIPU SEMASA MEMOHON TAKAFUL

Ramai orang sebenarnya yang nak ambil takaful bila dia dah tak sihat. Maksudnya, dia dah ada penyakit. Malahan, ada yang sanggup menipu semata-mata nak ada takaful ni. Yelah, takaful kan boleh selamatkan duit simpanan, terutama sekali apabila memiliki medical card.

Tapi, jangan ingat anda boleh menipu ye untuk memiliki takaful ni. Penipuan anda pasti terkantoi punyalah kerana syarikat takaful pun ada geng penyiasatnya juga. Jadi hari ini saya nak share lah sikit 4 sebab kenapa anda jangan menipu untuk memohon takaful.

1. ANDA TAKKAN DITANGGUNG

Andainya anda cuba menipu untuk memiliki takaful, percayalah, apabila kantoi penipuan anda, syarikat takaful takkan menanggung anda sesen pun! Jadi, jangan buat-buat pandai dengan menipu permohonan anda.

2. MERUGIKAN DUIT

Sudahlah tidak ditanggung, kemudian, duit yang anda bayar sebelum ni pun burn macam tu saja membayar macam-macam caj dalam polisi takaful anda. Satu perbuatan yang sia-sia.

3. DUIT SIMPANAN LEBUR

Masa masuk hospital, awal-awal ingatkan lepas. Sekali, bila nak keluar, syarikat takaful dapati ada keraguan kat penyakit anda. Maybe anda telah ada penyakit sebelum memohon. So, syarikat akan buat siasatan, dan bil hospital anda kena tanggung sendiri dahulu. Hah, korek tabunglah kau.

4. TIPU PERMOHONAN, TIPU KELUARGA

Apabila menipu, anda bukan saja menipu syarikat takaful, tapi anda menipu keluarga anda juga kerana memberikan harapan palsu. Anda katakan anda ada perlindungan, tapi perlindungan anda tak valid sebab anda dah ada penyakit sedia ada.

Jangan sesekali cuba nak menipu semasa memohon takaful. Bagilah maklumat dengan jujur. Apa penyakit yang dah ada, kalau hisap rokok nyatakan, minum arak bagitau, berat badan bagi yang betul dan sebagainya. Ingat satu benda ni, sesungguhnya syarikat takaful tu lagi pandai daripada kita.


Sunday, November 22, 2015

Tempoh Menunggu Medical Card Takaful

Satu perkara yang anda kena faham tentang medical kad takaful alah maksud "tempoh menunggu".
.
.
1. Tempoh menunggu 30 atau 120 hari bukan bermaksud kalau dah sakit sebelum beli medical kad atau sakit dalam tempoh menunggu, tunggu selepas 30-120 hari boleh covered. Ramai ejen dan pengguna medical kad salah faham part tu.

2. Penyakit yang anda nak claim tu mesti wujud selepas 30 atau 120 hari.

3. 30 hari untuk penyakit biasa.

4. 120 hari untuk penyakit tertentu yang disenaraikan.
.
.
Semoga penjelasan ini dapat membantu anda memahami dengan lebih baik maksud "tempoh menunggu" untuk medical card takaful.

Friday, January 23, 2015

Ramai Tidak Tahu Bahawa 60% Hingga 90% Daripada Duit Simpanan Anda Hangus Apabila Disimpan Dalam Takaful!

Takaful Menghanguskan Duit Simpanan Anda?

Mungkin ramai tidak tahu tentang hal ini. Ramai yang baru tahu apabila mereka nak keluarkan duit dari simpanan takaful, jumlahnya seperti tidak yang disangkakan.

Akibatnya, ada yang mengamuk tak ingat dunia kerana mereka menyangkakan duit mereka akan beranak pinak dalam sistem takaful, tapi tidak langsung!

60%-90% duit simpanan anda yang hangus itu dibayar untuk yuran wakalah.

Contoh:
Anda mencarum RM100.
Yuran wakalah ialah 60%.
Maka, duit anda yang akan hangus ialah,
RM100 x 60% = RM60.00!!!


Tinggal baki RM40 sahaja.

Sayu kan?

"Macam ni, baik aku simpan dalam ASB ke, Tabung Haji ke, hampeh tol!"

Sabar...

Anda kena tahu, menyimpan di dalam TAKAFUL, tujuan UTAMANYA bukanlah untuk perlaburan, tetapi untuk MELINDUNGI GAJI ANDA.

Bukankah menyeronokkan jika anda sudah hilang keupayaan bekerja, tetapi gaji tetap berjalan hasil bantuan takaful? Betul tak?

Norizwan Azlan 
Konsultan MAA Takaful 
017-4871417
Ipoh-Lahat-Seri Iskandar

Monday, January 5, 2015

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Ambil Takaful



Apabila dengar saja perkataan takaful, ramai yang akan melarikan diri. Ramai yang tak suka dengan takaful walaupun ia sebenarnya membantu melindungi pendapatan anda.

Jadi, di sini, saya nak kongsikan 5 sebab kenapa anda tak perlu ambil takaful. Jadi lain kali, jika ada ejen takaful cuba menjual polisi takaful kepada anda, bolehlah anda bagi 5 jawapan ini.

1. "Saya masih dapat gaji jika meninggal dunia/ hilang upaya."
Jika majikan masih boleh bagi anda gaji walaupun anda sudah meninggal dunia atau hilang upaya keseluruhan, maka anda tak perlu fikir langsung untuk ambil takaful. 

2. "Kerajaan boleh bantulah."
Jika pihak kerajaan boleh bantu keluarga anda sebaik-baiknya selepas anda meninggal dunia atau hilang upaya, maka jangan fikir langsung untuk ambil takaful.

3. "Simpanan saya banyak dah."
Jika simpanan anda sudah banyak dan cukup untuk melindungi pendapatan anda, maka takaful bukanlah suatu kewajipan untuk anda miliki.

4. "Saya dah nak pencen dah."
Jika anda sudah nak pencen, mungkin dalam tempoh masa 1-3 tahun saja lagi, maka usah risaukan langsung tentang takaful ye.

5. "Keluarga saya boleh tanggung saya la."
Jika keluarga anda mampu tanggung anda ketika anda hilang upaya, maka anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada takaful.

"Tapi macam mana jika saya tak ada kelima-lima sebab ni?"

Laa... Apa susah, ambillah takaful.

Sila SMS/ Whatsapp/ Call ke nombor di bawah:


Jom set appointment.

Monday, May 5, 2014

Mengapa Anda Perlu Kumpul Harta

Assalamualaikum.

Di sini saya ingin kongsikan kepada anda 5 sebab mengapa anda perlu kumpul harta demi kesenangan masa depan anda dan keluarga.

1.  Duit Habis Ni, Nak Mintak Kat Siapa Ni?

2.  Bagaimana Hendak Tinggalkan Harta Seperti Ismet Ulam Raja?

3.  Buat Baik Tapi Masih Berdosa?

4.  Abah, Along Ingat Tahun Depan Along Nak Kahwin La.

5. Cara Menenangkan Minda.

#5 Cara Menenangkan Minda

Bila dah tengah bulan je mesti korang pening kepala sebab duit tak cukup kan?

Lepas tu mulalah hati tak tenang memikirkan duit yang tak cukup.

Nak beli barang dapur la, susu anak la, pampers anak la, belanja sekolah anak dan macam-macam lagi.

Salah satu cara untuk membantu tambah duit yang tak cukup tu ialah dengan mencari side income.

InsyaAllah, dengan adanya side income tu, duit korang mesti cukup untuk buat belanja. Tapi, jangan tambah belanja lagi, takut ada side income pun tak cukup.

Ok, ini cerita waktu korang ada, boleh la buat side income dan kerja hakiki untuk cari duit.

Tapi pernah tak terfikir macam mana keadaan keluarga korang kalau korang dah tak ada kat dunia ni?

Macam mana kalau simpanan korang pun tak cukup untuk perbelanjaan keluarga selepas korang tiada?

Mesti lagi runsing kan? Yela, waktu korang ada boleh la carikan duit untuk keluarga.

Tapi kalau dah tak ada, nak harapkan siapa? Orang lain belum tentu nak tolong sebab diorang pun ada famiy sendiri.

Jika hati korang tak tenang memikirkan tak ada simpanan untuk bantu keluarga korang lepas korang tiada nanti, aku nasihatkan ambil takaful.

Korang simpan RM200 bulan-bulan, automatik dah ada simpanan berjumlah RM200,000 hingga RM300,000.

RM200 ni kalau simpan kat bank, memang jenuh la nak tunggu jadi RM200,000.

Kat takaful je kalau simpan RM200 boleh kadi RM200,000.

Sememangnya duit ni tak boleh ganti nyawa manusia balik, tapi sekurang-kurang korang dah tinggalkan sejumlah harta yang boleh bantu keluarga korang teruskan kehidupan tanpa perlu mengharap bantuan orang lain.

Jadi, aku harap, dengan sebab ke lima kenapa korang perlukan takaful ni akan membantu membuka mata korang untuk melihat dengan jelas kepentingan takaful dalam kehidupan korang.

So, kalau korang nak tau apa-apa pelan takaful yang sesuai dengan korang, boleh contact aku atau PM aku. InsyaAllah aku boleh tolong apa-apa yang patut.

-Norizwan Azlan, Konsultan MAA Takaful-

#4 Abah, Along ingat tahun depan Along nak kahwin la.

"Abah, Along ingat tahun depan Along nak kahwin la."

"Eh, ko dah ada calon ke? Tengok ko macam single je."

"Ada la bah. Along pandai cover line."

"Yela ko. Betul ke ko nak kawin ni?"

"Betul bah, serius ni."

"Orait. Camtu Along jangan riso, nanti abah support pape yang patut."

"Yeke bah?"

"Yela, dah anak abah nak kahwin, takkan abah taknak tolong."

"Yeah! Terima kasih abah."

Selang esok lusa, abah eksiden, dan mati di tempat kemalangan.

Along tak dapat kahwin tahun depannya sebab TAK CUKUP duit.

===

Kesian Along, dah semangat nak kahwin.

Lagi semangat bila Abah nak sponsor.

Sekali tiba-tiba Abah eksiden, dan meninggal dunia di tempat kemalangan.

Dah Along tak boleh kahwin seperti yang dirancang.

Sebab tak cukup duit.

Dan sebab hilang sponsor utama, iaitu ABAH.

Harta yang Abah tinggalkan, tak cukup untuk sponsor kahwin Along.

Semua dihabiskan untuk bayar hutang.

Kalaulah Abah ada simpanan lain lagi.

Sebenarnya Abah boleh buat simpanan lain lagi.

Simpanan ni kalau Abah meninggal, boleh dapat duit.

Simpanan apa tu?

Ni namanya Simpanan Takaful.

Dengan menyimpan dalam Takaful, Abah boleh sediakan satu dana yang besar untuk membantu keluarganya keluar dari masalah kewangan selepas dia tiada.

Sebenarnya, Takaful ni selain daripada digunakan untuk bayar hutang, tanggung perbelanjaan harian ataupun sebagai dana pendidikan, ia juga boleh digunakan sebagai sumber kewangan tambahan.

Seperti kes Along ni, kalau ikutkan dah boleh kahwin dah, tapi bila Abah meninggal dunia, habis terbantut impiannya.

Sebabnya, duit tak cukup dan kehilangan sponsor utama iaitu Abah.

Jika Abah ada ambil takaful, mesti dia boleh sediakan dana untuk Along kahwin.

Jadi, dalam hal ni, takaful ni sebenarnya versatile. 

Ia boleh digunakan untuk membantu waris-waris korang mencapai impian terutama sekali yang memerlukan duit.

So macam mana, dah semakin jelas ke jalan korang ke takaful ni?

Kalau tak jelas lagi, esok aku share point terakhir kenapa takaful ni penting dalam kehidupan korang.

-Norizwan Azlan, Konsultan MAA Takaful-

#3 Buat Baik Tapi Masih Berdosa?

Korang pernah dengar atau baca hadis ni tak?

"Seorang yang mati syahid akan diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutang." Sabda Nabi dalam Riwayat Muslim.

Bagaimana pula dengan hadis ini, biasa dengar dan baca tak?

"Suatu ketika satu jenazah dibawa kepada Nabi SAW untuk disolatkan. Nabi bertanya dulu kepada sahabatnya, apakah jenazah tersebut mempunyai hutang atau tidak. Setelah ada kepastian, bahawa jenazah tersebut tidak mempunyai hutang, Rasulullah SAW terus mensolatkannya.

Kemudian dibawanya satu lagi jenazah kepada Rasulullah, maka Rasulullah bertanya, "Apakah orang ini mempunyai hutang?" Para sahabat menjawab: "Ya". Maka Nabi bersabda: "Solatkanlah saudaramu ini". Berkata, sahabat Abu Qatadah: "Biar nanti aku yang menanggung hutangnya". Maka Beliau SAW mensolatkan jenazah itu. (HR Bukhori).

===

Kedua-dua hadis di atas menceritakan tentang isu hutang yang sangat ditekankan dalam Islam.

Dalam hadis pertama diberitahu kepada kita bahawa jika korang mati syahid sekalipun, tidak akan terhapus segala hutang korang.

Maka, matilah korang dalam keadaan berdosa.

Suka ke korang mati dalam keadaan berdosa walaupun dah banyak amalan kebaikan yang korang lakukan?

Segala ibadah yang korang lakukan selama korang hidup menjadi sia-sia gara-gara tidak melunaskan hutang korang.

Kalau korang dah mati, ada ke duit atau harta yang korang tinggalkan kepada waris-waris korang untuk setelkan hutang tu?

Ke korang cuma berharap waris korang yang tolong setelkan guna duit diorang?

Kalau seratus, dua ratus ok kot. Tapi kalau beribu-ribu, mau fikir berkali-kali orang nak tolong.

Hidup diorang pun sesak, ni nak tolong korang sampai beribu-ribu ringgit.

Dahlah hidup berhutang, anak dengan isteri pun hidup tak cukup makan sebab korang tak tinggalkan pun harta untuk diorang teruskan hidup.

Jadi, macam mana nak setel ni?

Aku boleh cadangkan kepada korang untuk ambil takaful.

Pasal apa?

Pasal takaful boleh bant SEDIAKAN harta yang banyak dalam masa yang segera.

Bayangkan, dengan bayar caruman RM200 sebulan, korang dah secara automatik boleh ada harta berjumlah RM200,000-RM300,000.

Tak ke dengan duit sebanyak tu kalau korang mati boleh tolong setelkan hutang yang tertunggak?

Contohnya macam hutang PTPTN ke, hutang kereta ke, hutang pinjam dui kawan ke dan sebagainya.

Kalau ada lebihan duit lepas bayar hutang, boleh la anak dan isteri korang guna untuk teruskan kehidupan tanpa perlu meminta bantuan orang lain.

Jadi macam mana setakat ni, dah makin jelas tak tentang kepentingan takaful ni?

Ke korang nak tau sebab yang ke empat lak?

Ok, insyaAllah esok aku kongsi sebab ke empat lak ye.

-Norizwan Azlan, Konsultan MAA Takaful-

#2 Bagaimana Hendak Tinggalkan Harta Seperti Ismet Ulam Raja?

Pernah tengok cerita 3 Abdul?

Mesti pernah punya kan.

Perasan satu babak ni, masa Abdul Wahub jumpa Sadiq Sigeraga.

Abdul Wahub jumpa Sadiq sebab nak selamatkan abang-abang dia yang kena tipu dengan Sadiq.

Tapi untuk selamatkan abang-abang dia, dia kena kahwin dengan anak Sadiq dulu.

Masalahnya, Sadiq ni nak anak dia kahwin dengan orang kaya je.

Disebabkan dia ingat Abdul Wahub ni tak kaya macam abang-abang dia dan lagi miskin dari dia, dia taknak terima Abdul Wahub.

Sekali, Abdul Wahub tunjukkan satu dokumen tentang harta-harta arwah dia iaitu Ismet Ulam Raja yang DIWASIATKAN kepadanya kepada Sadiq.

Terus Sadiq bersetuju untuk ambil Abdul Wahub sebagai menantu.

===

Harta Ismet Ulam Raja yang DIWASIATKAN kepada Abdul Wahub itu sangatlah banyak.

Ini kerana harta itu ada di banyak negara.

Memang kaya-rayalah Abdul Wahub sebab dapat harta yang sangat banyak.

Soalnya, adakah korang sudah memiliki harta sama banyak macam Tuan Ismet Ulam Raja untuk diwasiatkan kepada anak-anak korang?

Korang ada ke rumah ke, tanah ke, duit simpanan ke untuk diberikan kepada anak-anak bila korang dah tak ada nanti?

Ke korang tinggalkan hutang yang berbukit-bukit kepada anak-anak korang untuk setelkan?

Hmm... Mau marah anak-anak korang nanti.

Dah la harta tak tinggal, suruh setel hutang pulak.

Ok, ni aku nak kongsi sebab kedua kenapa korang perlu ada takaful.

Sebab kedua ialah kerana takaful ni boleh jadi HARTA PENINGGALAN untuk anak-anak korang bila korang dah tak ada nanti.

Jika korang dah tak memiliki apa-apa aset untuk diberikan kepada anak-anak korang bila korang meninggal dunia, maka takaful boleh bantu.

Kalau korang simpan RM100 sebulan dalam takaful, korang dah sediakan harta segera berjumlah RM100,000-RM200,000 (bagi umur 29 tahun) untuk ditinggalkan kepada anak-anak bila korang dah tak ada nanti.

Jadi, takaful adalah cara yang terbaik untuk meninggalkan duit dalam jumlah yang banyak di mana duit ini boleh digunakan untuk mengatasi sebarang masalah kewangan yang mungkin menimpa anak-anak korang.

Adakah korang semakin nampak kenapa takaful ni perlu dimiliki oleh korang?

Kalau tak nampak gak, takpe, esok aku kongsikan sebab yang ketiga.

-Norizwan Azlan, Konsultan MAA Takaful-

Tuesday, April 15, 2014

#1 Duit Habis Ni, Nak Mintak Kat Siapa Ni?

"Bang, barang dapur nak habis dah la. Nanti abang belikan ye."

"Bang, ni bil elektrik, air dan Astro dah sampai. Nanti bayar ye bang. Lambat bayar kena potong lak."

"Wah, ada diskaun la bang. Jom beli bang. Baju untuk saya dan anak-anak."

"Abah, nak duit belanja bah, nak gi sekolah dah ni."

"Bang, ni bank SMS, katanya installment kereta tak bayar lagi. Abang lupa ye? Nanti bayar ye bang."

"Bang, pampers dengan susu anak kita dah habislah. Tolong belikan ye nanti."

===

Korang pernah hadapi situasi ini?

Aku yakin dan pasti setiap orang MEMANG akan hadapi situasi seperti di atas.

Kelihatan di sini bahawa si suami/ bapa akan menjadi tempat bergantung untuk isteri/ ibu dan anak.

Asal perkara yang perlukan duit, pasti suami/ bapa yang akan dicari dahulu.

Ini kerana, sudah menjadi tanggungjawab seorang suami/ bapa menyediakan sumber kewangan untuk keluarga.

Tapi, pernah tak korang terfikir bagaimana keadaan isteri/ ibu dan anak andainya si suami/ bapa sudah tiada di dunia lagi?

Kepada siapa lagi mereka mahu bergantung harap?

Kepada siapa mereka mahu minta duit untuk beli barang dapur, bayar bil, bayar installment kereta, bagi belanja sekolah anak dan belikan pampers dan susu anak?

Sebab itu jika isteri/ ibu dan anak bergantung harap kepada suami/ bapa semata-mata maka si suami/ bapa perlulah MENGAMBIL takaful untuk memastikan keluarga mereka masih mempunyai sumber kewangan walaupun mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Dengan MEMILIKI takaful, ia dapat menggantikan gaji yang hilang akibat kematian si suami/ bapa.

Takaful ini penting terutama sekali untuk pasangan ibu bapa muda yang masih mempunyai anak yang masih kecil.

Takaful yang dimiliki juga haruslah cukup untuk menampung perbelanjaan harian seperti barang-barang dapur, bil-bil utiliti, pakaian, duit belanja sekolah anak dan sebagainya.

InsyaAllah esok aku akan sambung sebab kedua kenapa korang perlu MILIKI takaful ni.

-Norizwan Azlan, Konsultan MAA Takaful-

Monday, March 24, 2014

Bila Sudah Terkena

Tadi kat kolej aku ada tazkirah pasal Tabung Warisan MARA.

Tujuan Tabung Warisan MARA ni ditubuhkan adalah untuk menjadi dana membantu anak-anak bumiputera mendapat bantuan kewangan melanjutkan pelajaran.

Bagi aku, tabung seperti patut telah lama diwujudkan. Kita tak boleh nak mengharap sangat kepada PTPTN, JPA dan sebagainya.

Jadi, alternatif seperti ini patut ditubuhkan dalam membantu masyarakat bumiputera.

Bantuan kewangan


Lepas habis tazkirah yang disampaikan oleh seorang pegawai dari Yayasan Pelajaran MARA, kawan aku yang duduk kat belakang tiba-tiba menegur aku.

"Bro, ada senior aku dia kena barah payudara. Kesian dia."

"Yeke? Kat mana dia sekarang ni?"

"Ada kat hospital la. Terbaring je kat katil tu. Sekarang ni kitorang tengah buat kutipan derma untuk bayar kos rawatan dia."

"Kesian senior kau tu. Dia tak ambil takaful ke?"

"Tak bro. Sebab tu kena buat kutipan derma."

"Hmm... Kalau macam tu, kau tolonglah apa-apa yang patut dan berilah mana-mana yang kau mampu."

Tiada siapa yang tahu


Aku yakin dan pasti bahawa senior kawan aku ni pun tak sangka dia akan menghidap barah payudara.

Aku juga pasti bahawa dia mesti ingat dia akan hidup sihat sejahtera sampai ke tua.

Tapi kita juga perlu ingat bahawa tiada siapa yang tahu masa depan kita selain daripada Allah S.W.T.

Walaupun sebelum ini dia mungkin nampak sihat, tetapi hakikatnya sudah tiba masa untuk senior kawan aku ni menghidapi penyakit barah payudara.

Aku tumpang simpati dengan apa yang terjadi kepada senior kawan aku ni.

Dengan penyakit yang dihidapinya, aku percaya dia akan melalui kehidupan yang sukar berbanding pada waktu sihatnya.

Dia perlu melakukan pelbagai rawatan dan mungkin juga perlu mengambil pelbagai jenis ubat untuk melawan penyakit barahnya.

Kini, kutipan derma harus dilakukan untuk memberi bantuan kewangan dari segi membayar kos rawatan senior kawan aku ni. Mungkin duit simpanannya sudah habis digunakan untuk membayar kos rawatan sebelum ini.

Nasihat berulang


Sebagai konsultan takaful, senario-senario seperti inilah yang selalu aku ceritakan kepada prospek-prospek aku.

Namun begitu, kebanyakan orang tidak menggemari mendengar cerita sebegini walaupun pada hakikatnya ia boleh berlaku kepada mereka.

Selagi tidak kena pada batang hidung sendiri, selagi itulah mereka percaya bahawa takaful ini sebenarnya membuang duit sahaja.

Tetapi, dengan memiliki takaful lah yang boleh membantu seseorang itu yang menghadapi masalah kewangan akibat penyakit yang dihidapinya.

Andaikata senior kawan aku ni ada perlindungan takaful dan kad perubatan, aku yakin masalah kewangan tidak akan menjadi bebanan untuknya.

Dalam MAA Takaful, ada disediakan gantirugi kewangan andainya peserta menghidapi penyakit kritikal. Jadi, dengan duit yang diterima boleh lah peserta menggunakannya untuk keperluan hidupnya.

Selain itu, MAA Takaful juga mempunyai kad perubatan yang boleh membantu menjelaskan segala rawatan yang diperlukan oleh peserta termasuk kos ubat-ubatan juga.

Sudah terhantuk


Walaupun sudah banyak kali memberi nasihat tentang manfaat takaful ini, ramai yang tetap mengendahkannya.

Mereka cuma mencari konsultan takaful sesudah mereka menghidapi penyakit.

Mereka sanggup membayar caruman yang tinggi asalkan mereka dilindungi takaful.

Tapi hakikatnya, takaful bukan seperti panadol. Bila pening, baru makan.

Ia harus dimiliki sebelum anda ditimpa musibah.

Jadi, aku harap, dengan perkongsian cerita ini dapat membuka minda dan hati korang tentang takaful.

Sesungguhnya, berada di dalam keadaan siap sedia itu lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang semua.

Monday, March 17, 2014

Menjadi Penjual Yang Kreatif.

Apabila korang nak membeli atau menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan, pernah tak korang membuat suatu perbandingan antara produk-produk atau servis-servis yang sedia ada dalam pasaran?

Aku percaya korang mesti buat macam tu sebab korang mahukan produk atau servis yang terbaik dan berbaloi dengan duit yang korang keluarkan.

Sebenarnya, bukan korang je yang membuat perbandingan tentang sesuatu produk atau servis, peniaga-peniaga pun turut membuat perbandingan di antara produk atau servis mereka dengan produk atau servis para pesaingnya.

Penjual Kreatif


Menurut Brian Tracy dalam bukunya 'The Psychology of Selling', untuk menjadi seorang penjual yang kreatif, seseorang penjual itu haruslah mengetahui apakah perkara yang ditawarkan dalam produk atau servis syarikatnya yang tiada pada produk atau servis syarikat pesaingnya.

Seseorang penjual itu haruslah bertanyakan kepada diri sendiri dua soalan ini untuk membantu menjadikan produk/servis syarikatnya lebih hebat daripada syarikat lain: 

1.  Apakah keunikan produk/servis yang syarikatnya miliki?
2.  Dalam cara bagaimanakah produk/servis syarikatnya lebih hebat daripada pesaing lain dalam pasaran?

Apabila seseorang penjual itu dapat menjawab soalan ini secara jelas dan teliti, ia dapat membantu seorang penjual itu menjadi lebih kreatif untuk mendapatkan prospek dan seterusnya menjual produk/servis milik syarikatnya.

Membezakan Produk/Servis


Brian Tracy juga turut menekankan bahawa seorang penjual yang kreatif adalah orang yang mampu membezakan produk/servis syarikatnya denngan syarikat pesaingnya.

Pembezaan itu boleh diketahui apabila penjual menggunakan soalan-soalan berikut:

1.  Apakah yang menyebabkan produk/servis syarikatnya lebih hebat berbanding produk/servis syarikat pesaingnya?

2.  Apakah manfaat istimewa yang ada pada produk/servis syarikatnya untuk pelanggan yang tiada pada produk/servis syarikat lain?

3.  Dalam bahagian apakah produk/servis syarikatnya 90% lebih bagus berbanding produk/servis yang sama dalam pasaran?

Dengan soalan-soalan ini, ia dapat membantu seseorang penjual menemui perbezaan yang ada pada produk/servis syarikatnya dengan produk/servis syarikat pesaingnya di mana ia dapat membantu penjual mengenalpasti kelemahan dan kelebihan syarikat pesaing-pesaingnya.

Seseorang penjual haruslah bijak membuat perbandingan antara produk/servis syarikatnya dengan syarikat pesaing supaya ia dapat memberi keuntungan yang maksima kepada syarikatnya.

Perbandingan Baik vs Perbandingan Tidak Baik


Selain itu, dengan melakukan perbandingan yang baik, ia dapat membantu pelanggan membuat keputusan yang tepat dan berbaloi dengan duit yang dikeluarkan oleh pelanggan.

Apabila seseorang penjual melakukan perbandingan antara produk/servis syarikatnya dengan syarikat pesaing tidak bermakna ia berkata sesuatu yang buruk tentang syarikat pesaingnya.

Berkata sesuatu yang buruk tentang syarikat pesaing dan membuat perbandingan yang baik mempunya perbezaan yang sangat ketara. Contohnya:

> Perbandingan yang baik : Syarikat Takaful ABC memberi perlindungan perubatan tanpa had sehingga umur 80 tahun manakala Syarikat Takaful DEF memberi perlindungan perubatan sehingga RM2 juta sehingga umur 80 tahun.

> Perbandingan yang tidak baik (berkata buruk) : Dengan Syarikat Takaful ABC, anda akan mendapat tuntutan dengan segera manakala Syarikat Takaful DEF selalu lambat dalam urusan tuntutan.

Biasanya, perbandingan yang baik ini dilakukan menggunakan fakta-fakta sedia ada dan bukti yang kukuh. Manakala perbandingan yang tidak baik atau berkata buruk tentang syarikat pesaing biasanya dilakukan tanpa ada fakta atau bukti yang kukuh.

Jadi, tidak salah jika kita sebagai seorang penjual ingin membuat perbandingan dengan syarikat pesaing kita kerana ia membantu kita menjadi seorang penjual yang kreatif.

Oleh itu, buatlah perbandingan secara bijak dan baik dan elakkanlah daripada berkata buruk atau memfitnah syarikat pesaing kerana sesungguhnya cara ini akan merugikan kita kembali.