Friday, November 29, 2013

Jika Nyawaku Gantinya, Aku Sanggup [Demi Anakku]

Sebelum itu saya ingin memohon maaf kerana menggunakan kata ganti diri 'aku' untuk entri kali ini. Tujuannya ialah supaya saya dapat menyampaikan cerita ini dengan lebih berkesan.

Mohon bersabar ye andainya cerita ini panjang. Tapi, mana tahu dengan kesabaran anda, anda boleh memberikan pertolongan. Terima kasih kerana sudi membaca.

=========================================





Tengah hari tadi aku menerima panggilan telefon daripada abang aku. Dia tahu yang aku sekarang bekerja sebagai seorang konsultan takaful.

Sebagai seorang konsultan takaful, tugas aku ialah memberi nasihat dan juga menyampaikan info-info tentang kepentingan takaful dalam kehidupan kita.

Tujuan abang aku menelefon aku adalah untuk meminta nasihat berkaitan dengan takaful. Kebetulan pula aku lapang waktu tu, bolehlah aku bantu abang aku ni.

Abang aku memulakan ceritanya. Ada seorang kawannya dari sekolah lamanya sedang ditimpa dugaan yang begitu berat.

Anaknya yang baru berusia 2 minggu telah diuji oleh Allah S.W.T untuk menanggung penderitaan yang sangat hebat.

Seorang bayi yang comel, yang indah kurniaan Tuhan, tanpa diduga disahkan menghidapi penyakit jantung berlubang.



Allah… Jika aku berada di tempat kawan abang aku tu, rasa macam nak luluh jantung dengar khabar berita macam tu. Rasa macam tak nak percaya pun ada, tapi itulah yang sebenar-benarnya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Aku pasti dalam kepala kawan abang aku, banyak perkara yang hendak difikirkannya. Mungkin ada masalah di tempat kerja ke, masalah peribadi ke, sekali tiba-tiba, dia diuji oleh Allah dengan penyakit anaknya yang baru lahir ini.

Adatlah, bila ditimpa masalah, kita pasti akan mencari seseorang sama ada adik beradik ke, saudara mara ke ataupun rakan-rakan untuk meminta bantuan. Jadi, kawan abang aku ni pun meminta pertolongan abang aku untuk mendapatkan pandangan tentang di mana dia boleh rujuk untuk dapatkan rawatan penyakit jantung berlubang ini.

Jadi, abang aku pun memberikan pendapat dan pandangan yang sekurang-kurangnya boleh membantu kawannya ini. Sebagai seorang bapa, abang aku juga berasa simpati dengan kejadian yang menimpa kawannya ini. Hanya seorang bapa akan memahami hati seorang bapa.

Aku juga turut memahami apa yang dirasakan oleh kawan abang aku ini. Ini kerana anak aku pun pernah menjalani pembedahan untuk menyembuhkan penyakit hernia yang dihidapinya dulu.

Rasa nak menangis tengok anak aku kena cucuk bius sebab nak tidurkan dia untuk pembedahan dia. Ibu dia, tak payah ceritalah, sampai merah-merah mata. Bila dah keluar dari bilik pembedahan, tengok dia kena usung keluar, nampak lemah je keadaannya.



Ketika keluar dari bilik pembedahan, anak aku menangis seolah-olah macam mengatakan, abah, ibu, Zara sakit ni, tolonglah Zara, ibu, abah.

Sedih sangat bila terbayang waktu itu. Tapi, apa yang menimpa kawan abang aku ini, lagi hebat ujiannya. Penyakit jantung berlubang ini memang penyakit yang serius dan boleh membawa maut.

Tiada ibu atau bapa di dunia ini yang mahu melihat anak mereka meninggal dunia begitu sahaja tanpa mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Sambil memberi nasihat dan pendapat, sempat juga abang aku bertanya kepada kawannya sama ada dia sudah memiliki medical card untuk anaknya.

Kawannya menjawab belum ada kerana tidak sempat memilikinya. Memandangkan abang aku sudah memiliki medical card, abang aku berpendapat mungkin sempat lagi untuk memohon. Atas sebab inilah abang aku menelefon aku untuk meminta nasihat.



Abang aku bertanya sama ada masih sempat tak untuk memohon medical card bagi kawan anaknya yang sudah menghidapi jantung berlubang ini?

Aku bertanya berapa usia anaknya? Abang aku menjawab baru 2 minggu. Aku bertanya lagi, bila dapat detect penyakit tu? Abang aku cakap baru lagi.

Memang aku sedih dengan keadaan yang menimpa anak kawan abang aku tu, tapi apakan daya aku, aku memang tak boleh bantu mendapatkan medical card untuk anak kawan abang aku tu.

Ini kerana, mana-mana syarikat takaful ataupun insurans tidak akan menanggung mana-mana individu yang sudah mempunyai penyakit sedia ada. Dalam hal ini aku tidak akan salahkan kawan abang aku ini, ini kerana dia pun tak tahu anaknya ada penyakit jantung berlubang sehinggalah baru-baru ini.

Untuk pengetahuan korang semua, kos untuk menjalani rawatan penyakit jantung berlubang ini boleh mencecah sehingga RM50,000.00. Ini bukan nilai yang kecil, tambah-tambah lagi kita hidup di zaman kos kehidupan yang sangat tinggi.

Ini pasti menjadi beban kepada kawan abang aku ni. Jika benarlah dia perlukan RM50,000.00 untuk rawatan anaknya, di mana dia boleh dapatkan wang sebanyak itu? Jika dia memiliki simpanan kecemasan, insyaAllah dia boleh keluarkan. Tetapi kalau tiada, bagaimana?





Ya Allah, RM50,000.00 ini bukan kecil nilainya. Kita pun, kadangkala nak bersedekah RM5.00 pun berkira, inikan pula hendak keluarkan RM50,000.00. Ya Allah, ya Tuhanku, kau bantulah kawan abang aku ini ya Allah. Ringankanlah bebannya, bantulah dia menghadapi ujian Mu ya Allah.

Sebelum mengakhiri perbualan dengan abang aku, sekali lagi aku beritahu kepadanya yang aku tak boleh nak bantu kawannya memohon medical card. Jangan kata aku sahaja, malah mana-mana syarikat takaful pun tidak akan menerima permohonan daripada sesiapa yang sudah mempunyai penyakit sedia ada.

Namun begitu, apa yang aku boleh buat hanyalah berdoa agar kawan abang aku ni tabah menghadapi ujian yang berat ini dan semoga dia mampu memberikan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa anaknya itu. Semoga Allah membantu hambaNya ini ya Allah.


Jadi, nasihat saya kepada anda semua, jika anda masih belum memiliki medical card untuk anak-anak dan juga diri sendiri, dapatkanlah dengan segera.

Hubungi mana-mana konsultan takaful yang boleh membantu anda mendapatkan pelan yang terbaik untuk anda dan keluarga.

Jangan bila sudah terhantuk, baru nak terngadah. Ketika itu semuanya sudah terlambat.

Semoga anda semua dijauhkan daripada musibah seperti cerita ini.

Sayangilah Sendi Anda

Assalamualaikum.

Untuk entri kali ini saya hendak kongsikan kisah yang berlaku kepada ibu mertua saya

Ibu mertuaku

Sepanjang mengenali ibu mertua saya, saya lihat beliau ini seorang yang sangat rajin membuat kerja-kerja rumah.

Jika saya berada di rumahnya, beliau memang tidak boleh duduk diam. Pasti ada saja perkara yang hendak dilakukannya.

Siram pokok bunga, sapu laman rumah, memasak, menjahit pakaian... Oh ye, ibu mertua saya juga pandai menjahit pakaian. Selalunya beliau menerima tempahan daripada kenalan-kenalan terdekat sahaja.

Boleh kata, setiap hari pasti dia akan buat aktiviti yang saya sebutkan. Bagi beliau, kalau beliau duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa, pasti akan melemahkan lagi badannya. Jadi, baik dia buat sesuatu yang mendatangkan faedah.

Tugasan baru

Pada 12 Mac 2012 yang lepas, isteri saya melahirkan anak kami yang pertama. Namanya Nor Zara Qaisara binti Norizwan. Alhamdulillah, anak saya dilahirkan dalam keadaan sihat walafiat.

Kedatangan Zara menambahkan lagi keceriaan saya dan isteri. Ini kerana, kami menanti hampir 9 bulan sebelum isteri saya mengandung. Syukur alhamdulillah, Allah memperkenankan doa saya dan isteri untuk 
memiliki cahaya mata.

Oleh kerana saya dan isteri bekerja, ibu mertua saya menawarkan dirinya untuk menjaga anak kami. Tambahan pula, apabila melihat berita-berita yang menakutkan tentang rumah-rumah pengasuh, ia membuatkan kami berfikir adalah lebih selamat tinggalkan anak kami dengan ibu mertua saya.

Maka, bertambahlah lagi tugasan ibu mertua saya selain daripada tugasan hakikinya seperti mengemas rumah, menyiram pokok bunga, menyapu laman rumah dan sebagainya.

Sakit lutut

Ibu mertua saya ini memang seorang yang aktif. Jarang saya nak lihat dia berehat lama. Mesti ada saja kerja yang beliau nak buat.

Sehingga saya menawarkan diri nak membantu pun beliau tidak bagi. Rajin betul ibu mertuaku.

Ibu mertua saya pernah bercerita bahawa sewaktu dia berpantang selepas bersalin dulu, dia sudah mula membuat kerja-kerja yang berat. Baginya, duduk diam tanpa buat apa-apa ketika berpantang, sesuatu yang merimaskan.

Walaupun saya kagum dengan tindakannya, tetapi saya dapat lihat tindakannya mula memberi kesan pada masa sekarang.

Ibu mertua saya sering mengadu sakit lutut. Nak bangun dari duduk sakit. Nak berdiri lama pun sakit. 

Kadang-kadang tu sampai terbarin-baring dia menahan sakit.

Allah, kesian saya melihatnya. Tambahan pula dia menjaga anak saya yang sangat aktif.

Anak saya juga tidak boleh duduk diam. Kejap lari ke sana, kejap lari ke sini. Ibu mertua saya pula mengikut saja ke mana saja dia pergi.

Keadaan ini telah menambahkan lagi keperitan sakit lututnya. Kadangkala beliau akan meminta bapa mertua saya untuk mengurut kakinya.

Untuk meredakan sakit lutut beliau, ibu mertua saya pun mencuba pelbagai jenis ubat. Namun begitu, hasilnya sangat mengecewakan. Ibu saya tetap sakit juga.

Lama kelamaan, beliau menjadi kurang aktif. Nak buat banyak kerja pun tak boleh dah, sebabnya beliau tidak boleh berdiri lama, lututnya akan menjadi sangat sakit.

Kasihan saya melihatnya bila dia duduk seorang diri di atas kerusi sambil mengurut-ngurut kakinya.

Isteri saya yang melihat keadaannya pun berasa sangat kasihan. Jadi kami memutuskan mesti ada sesuatu yang kami harus lakukan untuk bantu ibu mertua saya.

Advance Joint Health Tablet dari Shaklee

Memandangkan isteri saya adalah ejen jualan Shaklee, dia telah mencadangkan kepada ibu mertua saya untuk menggunakan produk Advance Joint Health Tablet (AJHT) untuk mengubati sakit lututnya.



Di sini ada 10 sebab mengapa isteri saya mengesyorkan ibunya untuk menggunakan AJHT ini:

1) Menyokong keselesaan sendi
2) Membantu kekalkan tulang rawan
3) Memelihara tisu penyambung yang sihat
4) Melancarkan pergerakan harian
5) Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal)
6) Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
7) Anti radang semulajadi
8) Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi memberi kekuatan kepada struktur sendi
9) Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan
10) Membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligament


Selain itu, isteri saya juga mengesyorkan kepada ibunya supaya mengambil lagi 2 produk iaitu Ostematrix dan OmegaGuard untuk kesan yang lebih baik bagi sakit lutunya.

OmegaGuard bertindak sebagai anti radang, menurunkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung.

Ostematrix pula bertindak sebagai sumber kalsium yang terbaik. Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas, juga melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan.


Ibu mertuaku aktif semula

Selepas beberapa hari menggunakan AJHT, Ostematrix dan OmegaGuard, ibu mertua saya mula menunjukkan perkembangan yang positif.

Menurut isteri saya yang seringkali singgah rumah ibu mertua saya untuk mengambil anak kami pada sebelah petang, bapa mertua saya menceritakan kepada isteri saya bahawa ibu mertua saya sudah macam tidak mahu masuk rumah, sebab terlalu asyik buat kerja di luar rumah.

Saya yang mendengarnya pun agak terkejut juga. Jika sebelum ini dia asyik mengadu tak larat untuk buat kerja rumah, tapi selepas menggunakan produk Shaklee, terus aktif buat kerja sampai tak nak masuk rumah.

Macam kelakar juga bunyinya, tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya kesakitan yang dialaminya semakin pulih. 

Saya dan isteri berasa sangat lega kerana dapat membantu ibu mertua saya mendapatkan semula kekuatan tubuh badannya. Kini, dia bukan sahaja kembali aktif, malah lebih aktif lagi.

Kini, tidak menjadi masalah untuk dia mengejar anak saya yang suka berlari ke sana sini tu.

Saya juga sudah mula menggunakan AJHT ini. Saya risau jika semasa usia tua nanti, saya juga akan sakit lutut seperti ibu mertua saya, jadi adalah lebih baik saya mencegahnya daripada terjadi mulai sekarang.

Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk daripada Shaklee ini, apa anda harus buat ialah...

===========================
SMS "Call Saya" ke 014-3086191
===========================

Selepas itu, isteri saya atau saya sendiri akan hubungi anda.


Semoga anda semua mendapat manfaat hasil daripada perkongsian ini dan saya doakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. InsyaAllah.

Wednesday, November 27, 2013

Aku tidak bernilai lagi


Assalamualaikum. Sebagai konsultan takaful, kena reject itu adalah perkara biasa. Tapi kena reject+maki hamun itu cari gaduh namanya.


Baru lepas membaca satu status seorang sahabat yang juga konsultan takaful yang menceritakan pengalamannya di mana dia di reject dan dimaki oleh seorang wanita ketika cuba menerangkan tentang takaful.

Dengan penuh angkuh wanita ini mengatakan bahawa dia tak memerlukan takaful kerana syarikat tempat dia bekerja ada memberi perlindungan insurans kepadanya.

Tetapi, baru-baru ini wanita ini telah menghubungi kawan saya semula dan meminta bantuannya untuk membuat permohonan takaful. Ini kerana, wanita ini telah dibuang kerja kerana menghidap kanser usus.


Sebenarnya, dia dibuang bukan disebabkan penyakitnya, tetapi dia buang kerana dia selalu mengambil cuti tanpa gaji untuk mendapatkan rawatan untuk penyakitnya.

Tapi, sampai bila syarikat nak tanggung bil rawatan dia kalau dia dah tak boleh nak berbakti kepada syarikatnya kan? Jadi, keputusannya, buang sahajalah.

Wanita ini berasa sangat sedih kerana dianggap seperti tiada nilai lagi kepada syarikat yang dia pernah berbakti. Tapi, business is business. Syarikat nak buat untung, bukan rugi, bukan nak tanggung kos staf yang tak boleh berkhidmat lagi.


Apakan daya, kawan saya ini tidak dapat membantu kerana mana-mana syarikat takaful pasti akan reject individu yang sudah memiliki penyakit sedia ada. Tidak kisah besar mana pun yang dia sanggup bayar, pasti kena reject.

Saya doakan semoga wanita ini tabah menghadapi dugaannya dan kepada kawan-kawan yang membaca entri ni, saya doakan anda semua dijauhkan daripada musibah-musibah macam ini.

Monday, November 25, 2013

Mahu Bisnes Anda Bertahan Lama?

Assalamualaikum. Semalam saya terima feedback daripada client takaful saya. Alhamdulillah, dia sudah terima kesemua item yang dijanjikan, iaitu buku polisi dan medical card. Selain itu, dia juga tidak lupa untuk upload gambar buku polisi dan medical card yang diterimanya ke Facebook.


Untuk pengetahuan semua, saya closing dengan Puan Maya hanya melalui FB sahaja. Apa yang menarik di sini ialah, dia langsung tidak mengenali saya sebelum ini dan saya pun tidak pernah mengenalinya. Namun begitu, dia tetap mahu memilih saya sebagai ejennya untuk medical card yang diambil olehnya.

Dari sini, apa yang saya dapat pelajari ialah apabila wujudnya KEPERCAYAAN, maka apa sahaja bisnes yang akan hendak dilakukan akan menjadi mudah. Pelanggan perlu mempercayai kita terlebih dahulu sebelum kita boleh mula menjual dan itulah yang saya lakukan apabila closing dengan Puan Maya.


Untuk mendapatkan kepercayaan, anda harus melakukan sesuatu yang membolehkan orang percaya kepada anda. Antaranya ialah meningkatkan kredibiliti anda sebagai orang yang tahu atau pakar tentang produk/servis yang anda jual.

Bagaimana orang nak percaya kepada anda kalau anda sendiri pun tidak tahu tentang produk atau servis yang anda niagakan? Jadi, anda seharusnya berkongsi dahulu dengan prospek-prospek anda tentang produk/servis yang anda jual.

Maka, melalui perkongsian ini, anda dapat mewujudkan kepercayaan prospek kerana mereka tahu anda pakar tentang produk/servis yang anda jual.

Jadi, jika anda adalah seorang peniaga, janganlah terburu-buru sangat untuk membuat jualan sekiranya anda mahu kekal lama dalam bidang ini. Dapatkan dahulu KEPERCAYAAN daripada prospek dan automatik mereka dengan rela hati mahu menjadi pelanggan anda.

Percaya atau tidak dengan apa saya katakan ini? Bertindaklah dahulu dan lihat hasilnya nanti.

Saturday, November 23, 2013

Tangani Masalah Sakit Lutut

Assalamualaikum. Saya ni ada masalah lutut sebenarnya. Puncanya ialah saya kena tackle masa main bola. Saya dah pass bola, tapi kawan saya buat late tackle. High tackle pula tu.

Memang sakit betul waktu tu. Rasa macam nak tercabut lutut. Kaki pun longlai je. Lepas tu saya pergi mengurut, tapi tak jugak lega. Bila lutut bermasalah ni, maka berlakulah perkara yang paling menakutkan kepada saya.


Akibat peristiwa ini saya tak dapat bersukan macam biasa. Nak berlari sakit, nak melompat sakit, nak rembat bola, buka saja sakit, tapi kompem lutut meletup.

Ada kawan saya cakap yang saya mengalami kecederaan yang biasa dialami atlet. So, nak tak nak dia cakap kena operate. Hah, operate? Ish, tak naklah saya.

Kemudian, saya dapat tahu yang Shaklee ada jual supplement khas untuk orang sakit lutut ni. Namanya, Advance Joint Health Tablet. Jadi saya ingat nak try la supplement ni.

Memandangkan wife saya dealer Shaklee, so nanti saya order jelah dengan dia. Lepas saya dah try supplement ni, nanti saya bagitau perkembangannya kepada anda semua. So kita tengok, sama ada produk ni berkesan ke tak.

Friday, November 22, 2013

Teknik Asas Menguruskan Kewangan Dengan Bijak

Assalamualaikum. Hari ini saya ada buat sedikit pembacaan dan saya temui satu teknik asas di mana ia dapat membantu anda menguruskan kewangan secara bijak dan betul. Jadi, jom teruskan pembacaan anda untuk mengetahui teknik yang power ini.


1. Mula mengurus

Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah mula mengurus perbelanjaan anda. Cetak kalendar penuh dan tandakan tarikh akhir bil anda perlu dibayar. Membayar bil anda tepat pada masanya akan membantu mengelakkan anda daripada mendapat bil tertunggak dan dikenakan penalti.


2. Utamakan yang utama

Senaraikan hutang-piutang yang perlu dibayar. Kemudian, tandakan hutang yang mana satu menjadi keutamaan anda untuk selesaikan. Dengan cara ini, selepas anda selesaikan hutang yang utama, anda akan simpan duit untuk selesaikan pula hutang yang seterusnya.


3. Jejak kewangan

Kenalpasti aliran keluar wang tunai anda sama ada secara mingguan atau bulanan. Lakukan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua bulan. 


4. Ikut bajet anda

Pastikan anda belanja kurang daripada apa yang anda dapat. Jika anda ada masalah untuk menuruti bajet anda, semak semula perbelanjaan anda dan potong mana-mana belanja yang dirasakan tidak perlu.


5. Simpan, simpan dan simpan

Sama seperti anda membayar bil dan segala hutang-piutang, jangan lupa menyimpan untuk diri anda sendiri. Tujuannya adalah untuk memastikan anda ada sumber kewangan yang boleh digunakan ketika kecemasan.


6. Gunakan internet

Gunakan perbankan online untuk membayar bil-bil dan segala hutang piutang anda. Selain itu, perbankan online ini juga ada menyediakan jadual kepada anda untuk mengingatkan bil-bil dan hutang piutang yang perlu dibayar.


7. Buat perancangan

Jika anda mahu dapatkan suatu barangan yang mahal harganya, rancang bila dan berapa banyak yang anda mahu simpan agar anda boleh mendapatkan barangan tersebut. Apabila simpanan sudah mencukupi, jangan lupa untuk survey dahulu harga-harga barangan tersebut di pasaran agar anda mendapat harga yang terbaik.

Jadi, sekian sahaja teknik-teknik yang saya ingin kongsikan kepada anda. InsyaAllah, saya akan kongsikan dengan anda lebih banyak lagi agar saya dapat membantu anda menguruskan wang anda dengan lebih baik.

Wednesday, November 20, 2013

Pada Syurga Di Wajahmu

KANSER. Apa itu kanser sebenarnya? 

Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor, jika tumor ini merebak ke bahagian lain ia dinamakan “tumor bernigna” (bukan kanser) tetapi jika ia merebak ke tisu-tisu dan organ-organ berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa ia dinamakan “tumor malignan” (kanser).

Begitulah yang terjadi kepada seorang bekas guru ini, Zuhaily Wan Chik. Allah S.W.T telah menduga dia di mana dia disahkan menghidapi 3 jenis kanser iaitu, kanser buah pinggang, paru-paru dan otak.




Kesemua kanser ini dikesan dalam tempoh tak sampai setahun. Beliau kini berada dalam keadaan sangat kritikal. Namun begitu masih tabah bertahan dengan bantuan suaminya, Razak Rahim.

"Selagi ada kudrat, biarlah saya jaga dia, uruskan kehidupannya walaupun terpaksa berhenti kerja. Saya yang sihat perlu beri semangat kepadanya yang dilihat semakin lemah. Dia anugerah terindah untuk saya hingga diuji sebegini." 

Itulah kenyataan yang diberikan oleh Razak Rahim apabila dia ditanyakan soalan tentang isterinya. Razak telahpun berhenti bekerja demi menjaga isterinya yang sakit tenat itu.

Demi isterinya yang tercinta, Razak tabah menjaga Zuhaily dari hujung rambut hingga hujung kaki dan tidak pernah mengeluh untuk menjaganya. Betapa mulia pengorbanan yang dilakukan oleh Razak.

Setiap hari Razak memapah isterinya untuk dimandikan selain menyuapkan makanan kepadanya. Semua ini Razak lakukan seikhlas hati demi menjaga suaminya yang tercinta.

"Dia isteri saya dan tanggungjawab diamanahkan Allah untuk menjaganya selagi saya hidup. Saya gembira kerana berupaya bersihkan isteri yang sakit, menyuapkan makan dengan penuh kasih sayang, bawa keluar bersiar-siar di halaman rumah, ia coretan indah buat kami,"

Begitu kuat sayang dan cinta Razak kepada Zuhaily. Dia sanggup melepaskan segala kesenangan yang dia boleh miliki demi menjaga isterinya. Semoga Razak dan Zuhaily tabah menghadapi dugaan ini.

PADA SYURGA DI WAJAHMU (NASH)
Tuhan sengaja menduga kita 
Dimana kesabaran manusia 
Engkau isteri yang kusanjungi 
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan 
Peristiwa semalam 
Saatku menggadaikan cinta 
Pada onak dan duri asmara
Entah dimana akal fikiran 
Hingga sesat di jalan yang terang 
Ini suratan yang diberikan 
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau kulupakan 
Dalam kemarau cinta 
Betapa hatimu rela 
Demi melihat kubahgia
Kau menahan segala siksa 
Di hati hanya berdoa 
Mengharapkan aku kan pulang 
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus gersang 
Di laut ribut melanda 
Dan berenang ke pelabuhan 
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu 
Ku menjadi rindu 
Pada syurga di wajahmu 
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tanganmu 
Membasuh lumpur di muka 
Ku yang hanyut berarus gersang 
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala siksa 
Di hati hanya berdoa 
Kuberenang ke pelabuhan 
Mencari cinta sebenar
Dan kutahan apa hukuman 
Di hati hanya berdoa 
Biar aku cium tanganmu 
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri 
Hanya Tuhan yang pasti mengerti

Sumber: Berita Harian

Tuesday, November 19, 2013

Tips dan Teknik Menjaga Hati Pelanggan

Sepanjang saya berkhidmat sebagai ejen takaful ni, satu perkara yang selalu saya tekankan ialah MENJAGA HATI PELANGGAN.


Dengan menjaga hati pelanggan, secara automatik kita boleh buat dia suka pada kita dan akan membeli produk/ servis yang kita tawarkan. Tidak kisahlah sama ada harganya mahal atau tidak, tetapi bilamana hati pelanggan ini dapat kita 'tawan' maka mudahlah untuk kita menjual.

Janganlah kita terlalu memaksa pelanggan untuk membeli produk/servis kita kerana mereka berhak untuk dilayan dan dipujuk seperti raja/permaisuri sebelum kita boleh meminta mereka untuk membeli produk/serivs kita.

Tadi saya ada menerima satu panggilan daripada seorang telemarketer yang mahu menjual produk berunsurkan insurans di mana dengan RM80.00 pada setiap hujung tahun saya akan dapat RM200.00 selama 15 tahun.


Tetapi, memandangkan saya dah ada polisi takaful dan skim simpanan saya sendiri, saya menolak dengan baik tawaran dia. Sebagai seorang jurujual yang tak mudah putus asa, dia cuba memujuk saya dengan manfaat-manfaat yang ada pada produknya.

Namun begitu, saya tetap dengan keputusan yang saya memang tak berminat buat masa ini untuk ambil produknya. Waktu inilah terjadi perkara yang saya rasa tak puas hati.

Dengan nada macam tak puas hati, dia ucapkan terima kasih dan dia letak telefon tanpa memberi salam dahulu. Haa... Ni saya panas hati.


Sebagai seorang jurujual, jika kita tidak berjaya sekalipun untuk memujuk pelanggan kita membeli produk/servis kita, JANGAN sesekali menunjukkan KEKECEWAAN kita. Kita sepatutnya lebih positif bila menghadapi perkara-perkara macam ni.

Layanlah pelanggan itu dengan baik walaupun dia tidak membeli. Ucapkan terima kasih dengan baik dan jangan lupa untuk senyum. Mana tau, rezeki kita mungkin bukan pada hari ini, tapi akan datang, Allah bagi berlipat kali ganda disebabkan apa yang kita buat.

Kalau setakat nak dapat jualan sahaja niat kita, maka akan kecewalah kita kalau tak dapat menjual. Tapi, kalau niat kita nak BANTU pelanggan, walaupun pelanggan menolak, kita takkan rasa kecewa sebab sekurang-kurangnya kita dah BANTU bagi ilmu kepada pelanggan. So, be positive and proceed to next customer. ^_^

Monday, November 18, 2013

Buat Bisnes Baru Ye? Bagus.

Assalamualaikum. Saya dan isteri saya sebenarnya tengah cuba buat bisnes. Saya libatkan diri dalam industri takaful dan isteri saya pula sebelum ini dah libatkan diri dalam bisnes tudung. Tetapi, baru-baru ini isteri saya ni dah cuba nak buat bisnes baru iaitu bisnes menjual produk Shaklee.


Sebelum ini, isteri saya cumalah pengguna produk Shaklee. Saya pun sebelum tak pernahlah dengar pasal Shaklee ni. Saya ingat Shaklee ni ada kena mengena dengan Shakey's Pizza, tapi rupa-rupanya tidak. Jadi, saya pun cubalah research apa benda Shaklee ni.

Setelah melakukan sedikit kajian tentang Shaklee, rupa-rupanya ia adalah sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis produk untuk membantu orang ramai yang ada masalah kesihatan, berat badan, kecantikan dan kebersihan.


Produk yang dijual oleh Shaklee saya tengok ada bermacam-macam jenis, memang banyak. Saya juga dapati yang produk Shaklee ini mempunyai set produk yang ditujukan kepada orang-orang tertentu. Contohnya set untuk ibu mengandung/ menyusu/ bersalin, set untuk kanak-kanak dan juga set untuk orang sakit sendi.

InsyaAllah, dari semasa ke semasa, saya akan berkongsi dengan anda apakah khasiat dan manfaat yang boleh anda dapati daripada produk-produk Shaklee ini. Selain itu, ini juga sebagai tanda saya menyokong dan memberi motivasi kepada isteri saya untuk berbisnes. Doakan kami berjaya ye.

Tips Nak Banyak Duit [Versi Orang Bujang]

Assalamualaikum. Orang bujang tak pandai simpan duit, betul ke? Mungkin betul, mungkin juga tidak. Ada segelintir orang bujang yang pandai menyimpan, tetapi majoritinya ramai yang tak pandai menyimpan duit.

Macam mana boleh jadi macam ni? Sebabnya, mereka tidak tahu tujuan mereka menyimpan dan bagaimana hendak menyimpan dengan betul. Jadi, mereka sehabis boleh nak habiskan duit gaji mereka.

Oleh kerana itu, saya ingin kongsikan di sini beberapa tips yang mungkin boleh membantu orang-orang bujang untuk menyimpan duit dengan cara yang betul:


1. Simpan sebelum berbelanja
Amalkan menyimpan dahulu duit gaji anda sebelum berbelanja. Anda boleh simpan dalam 10%-15% daripada gaji anda. Jika anda risau anda tidak dapat disiplinkan diri, jangan risau, anda boleh buat pemotongan gaji untuk simpanan atau potong terus dari akaun bank anda untuk buat simpanan.


2. Bagi motivasi kepada diri sendiri untuk capai matlamat
Tetapkan matlamat kenapa kita menabung. Mungkin untuk kecemasan ke, untuk beli rumah ke, beli kereta ke atau apa-apa sahaja. Dengan menetapkan matlamat, anda lebih terdorong untuk menyimpan.


3. Jadikan sikap menabung sebagai amalan
Walaupun sudah menyimpan 10%-15% daripada gaji anda tadi, amalkan juga untuk meningkatkan jumlah simpanan anda secara berperingkat.



4. Belanja bonus separuh, separuh lagi simpan
Apabila mendapat bonus daripada majikan, jangan belanjakan kesemuanya. Simpan separuh, dan separuh lagi barulah anda belanjakan.

Semoga dengan tips ringkas ini, dapat membantu anda mengamalkan gaya hidup menabung yang baik dan seterusnya dapat membantu anda dalam memiliki keadaan kewangan yang kukuh dan baik. InsyaAllah.

Hanya Kau Yang Mampu

Assalamualaikum. Anda tau tak pasal rancangan Versus yang ditayangkan di TV9 tu? Ala, rancangan TV realiti yang menunjukkan bakat band-band muzik yang ada di Malaysia.




Bagi saya, rancangan Versus ada satu rancangan yang bagus kerana ia membantu untuk mengasah bakat sedia ada band-band muzik di Malaysia, di samping membolehkan mereka keluar dari kepompong muzik yang biasa dimainkan mereka.

Setiap band yang saya lihat, mereka mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri setiap kali mempamerkan hasil muzik yang telah mereka cipta. Kelainan yang ditampilkan mereka ini boleh membantu meningkatkan industri muzik negara.

Apa kesan Versus ni?

Sejak mengikut rancangan Versus ni menyebabkan saya rasa bersemangat nak ber-jamming. Saya memang minat muzik, cuma saya tak jumpa kawan-kawan yang nak ber-jamming bersama saya. Tambah-tambah lagi yang mempunyai citarasa yang sama macam saya.

Oleh kerana saya tidak dapat mencari ahli untuk ber-jamming bersama, saya cuba mencari aplikasi yang boleh membantu saya untuk ber-jamming seorang diri dan ini hasilnya.

Garageband




Garageband, satu aplikasi yang cukup hebat dan mantap yang patut dimiliki oleh mana-mana individu yang meminati muzik. Dengan Garageband, anda boleh cipta, reka dan ubahsuai lagu mengikut minat dan citarasa anda.

Selain itu, di dalam Garageband ini ada banyak instrumen yang boleh digunakan untuk mencipta muzik. Ada gitar, piano, drum, orkestra, bass dan macam-macam sound effect yang anda boleh jumpa untuk kreatifkan rekaan muzik anda.

Bagi saya pula, sudah tentu saya boleh jamming seorang diri tanpa ada ahli. Sayalah yang main gitar, sayalah main bass, sayalah main drum dan saya jugalah yang main piano. Saya dapat cipta dan reka muzik mengikut minat dan citarasa saya.

Apa hasilnya?




Disebabkan saya terpengaruh dan terkesima dengan muzik yang ditampilkan oleh Kyoto Protocol semasa menyampaikan lagu Tiada Lagi Kidungmu, maka saya telah memutuskan untuk ber-jamming seorang diri dengan lagu ini.

Anda nak dengar ke? Terus terang saya cakap, suara saya tak sedap sangat dan muzik yang saya buat pun tak berapa nak sedap juga. Tapi saya puas, kerana saya dapat buat muzik yang saya suka, minat dan memenuhi citarasa saya. Jom layan.