Tuesday, November 19, 2013

Tips dan Teknik Menjaga Hati Pelanggan

Sepanjang saya berkhidmat sebagai ejen takaful ni, satu perkara yang selalu saya tekankan ialah MENJAGA HATI PELANGGAN.


Dengan menjaga hati pelanggan, secara automatik kita boleh buat dia suka pada kita dan akan membeli produk/ servis yang kita tawarkan. Tidak kisahlah sama ada harganya mahal atau tidak, tetapi bilamana hati pelanggan ini dapat kita 'tawan' maka mudahlah untuk kita menjual.

Janganlah kita terlalu memaksa pelanggan untuk membeli produk/servis kita kerana mereka berhak untuk dilayan dan dipujuk seperti raja/permaisuri sebelum kita boleh meminta mereka untuk membeli produk/serivs kita.

Tadi saya ada menerima satu panggilan daripada seorang telemarketer yang mahu menjual produk berunsurkan insurans di mana dengan RM80.00 pada setiap hujung tahun saya akan dapat RM200.00 selama 15 tahun.


Tetapi, memandangkan saya dah ada polisi takaful dan skim simpanan saya sendiri, saya menolak dengan baik tawaran dia. Sebagai seorang jurujual yang tak mudah putus asa, dia cuba memujuk saya dengan manfaat-manfaat yang ada pada produknya.

Namun begitu, saya tetap dengan keputusan yang saya memang tak berminat buat masa ini untuk ambil produknya. Waktu inilah terjadi perkara yang saya rasa tak puas hati.

Dengan nada macam tak puas hati, dia ucapkan terima kasih dan dia letak telefon tanpa memberi salam dahulu. Haa... Ni saya panas hati.


Sebagai seorang jurujual, jika kita tidak berjaya sekalipun untuk memujuk pelanggan kita membeli produk/servis kita, JANGAN sesekali menunjukkan KEKECEWAAN kita. Kita sepatutnya lebih positif bila menghadapi perkara-perkara macam ni.

Layanlah pelanggan itu dengan baik walaupun dia tidak membeli. Ucapkan terima kasih dengan baik dan jangan lupa untuk senyum. Mana tau, rezeki kita mungkin bukan pada hari ini, tapi akan datang, Allah bagi berlipat kali ganda disebabkan apa yang kita buat.

Kalau setakat nak dapat jualan sahaja niat kita, maka akan kecewalah kita kalau tak dapat menjual. Tapi, kalau niat kita nak BANTU pelanggan, walaupun pelanggan menolak, kita takkan rasa kecewa sebab sekurang-kurangnya kita dah BANTU bagi ilmu kepada pelanggan. So, be positive and proceed to next customer. ^_^

No comments:

Post a Comment