Monday, November 18, 2013

Tips Nak Banyak Duit [Versi Orang Bujang]

Assalamualaikum. Orang bujang tak pandai simpan duit, betul ke? Mungkin betul, mungkin juga tidak. Ada segelintir orang bujang yang pandai menyimpan, tetapi majoritinya ramai yang tak pandai menyimpan duit.

Macam mana boleh jadi macam ni? Sebabnya, mereka tidak tahu tujuan mereka menyimpan dan bagaimana hendak menyimpan dengan betul. Jadi, mereka sehabis boleh nak habiskan duit gaji mereka.

Oleh kerana itu, saya ingin kongsikan di sini beberapa tips yang mungkin boleh membantu orang-orang bujang untuk menyimpan duit dengan cara yang betul:


1. Simpan sebelum berbelanja
Amalkan menyimpan dahulu duit gaji anda sebelum berbelanja. Anda boleh simpan dalam 10%-15% daripada gaji anda. Jika anda risau anda tidak dapat disiplinkan diri, jangan risau, anda boleh buat pemotongan gaji untuk simpanan atau potong terus dari akaun bank anda untuk buat simpanan.


2. Bagi motivasi kepada diri sendiri untuk capai matlamat
Tetapkan matlamat kenapa kita menabung. Mungkin untuk kecemasan ke, untuk beli rumah ke, beli kereta ke atau apa-apa sahaja. Dengan menetapkan matlamat, anda lebih terdorong untuk menyimpan.


3. Jadikan sikap menabung sebagai amalan
Walaupun sudah menyimpan 10%-15% daripada gaji anda tadi, amalkan juga untuk meningkatkan jumlah simpanan anda secara berperingkat.



4. Belanja bonus separuh, separuh lagi simpan
Apabila mendapat bonus daripada majikan, jangan belanjakan kesemuanya. Simpan separuh, dan separuh lagi barulah anda belanjakan.

Semoga dengan tips ringkas ini, dapat membantu anda mengamalkan gaya hidup menabung yang baik dan seterusnya dapat membantu anda dalam memiliki keadaan kewangan yang kukuh dan baik. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment