Thursday, July 28, 2016

GL DAH ADA PUN TAKAFUL TAK TANGGUNG?

Seorang kawan tanya saya, betul ke medical kad yang terbaik ni, ialah kad yang mudah masuk, mudah diterima oleh hospital?

Saya tanya balik, dari mana dapat info begitu?

"Ada lah sorang ejen ni approach aku. Dia cakap, kalau tak percaya, cuba tanya hospital hospital, medical kad mana mudah masuk wad? Siap kasi contoh lagi, kes client ejen tu, nak masuk wad, doktor siap cakap, kalau medical kad syarikat XXX ni, boleh terus masuk wad, TANPA PERLU MINTA PENGESAHAN DARI SYARIKAT TAKAFUL berkenaan."

(Dalam hati saya) Fuhhh hebat ayat marketing, punyalah nak kejar sales sampai cakap tak berlapik.

Begini la saya cakap. Lihat contoh gambar ni. Client yang dah dapat INITIAL GL pun (guarantee letter), syarikat Takaful boleh U-TURN decline GL tak cover rawatan tu dan minta bayar dulu.



"Eh, kenapa dah dapat GL boleh kensel kensel plak? Naya la client kalau macam tu, ingatkan FREE, tapi last last kena bayar jugak?" marah kawan saya.

Dalam kes gambar ni, suami beliau mengadu sakit dada. Ingatkan gastrik, rupanya ada batu dalam hempedu (gallstones). Memang ada tempoh menunggu 120 hari kalau nak claim dan suaminya masuk wad pada bulan ke 7 selepas beli medical kad. 

Walaupun dah 7 bulan, GL decline jugak sebab suaminya cakap baru kena. Tapi bila doktor check, batu dah berbiji biji dan besar besar saiznya. Besar kemungkinan dah lama ada, bukan baru kena. Maka kena investigation, tunggu final diagnosis report. So, GL terpaksa decline, kena bayar dulu.

"Laaa.. naya la kawan tu. Tak pasal pasal kena bayar," kata dia.

Tak boleh buat apa. Medical kad cover bukan ikut cakap orang "tak tau, tak sedar ada penyakit tu". Sykt akan ikut report doktor. Ini kes dah kasi GL awal dah pun. 

Cuba kau fikir sendiri, APA JADI KALAU DOKTOR MASUKKAN KAU KE WAD, TANPA DAPAT PENGESAHAN SYARIKAT TAKAFUL DULU? Dan kemudian TENGOK TENGOK GL KAU TAK COVER RAWATAN TU, DECLINE KERANA UNDER SIASATAN ATAU REJECT TERUS? 

Kos operate hempedu pulak dekat 15-20 ribu!!

"Woihhhh... bahaya lah gitu. Better dapatkan pengesahan dulu sebelum masuk wad. Masuk hospital swasta ni bukan murah," katanya setelah dapat pencerahan.

Yang penting, sebagai pengguna anda kena hati hati dengan ayat promosi yang ejen-ejen guna dalam pemasaran mereka seperti:

"MEDICAL KAD KAMI SWIPE JE, TERUS DAPAT GL."
"MEDICAL KAD KAMI BOLEH MASUK WAD TANPA DAPAT PENGESAHAN SYARIKAT. DOKTOR SENDIRI CAKAP GITU."

Mana-mana syarikat insurans/takaful akan semak dulu setiap kemasukan hospital. Swipe ke, isi form manual ke, semakan kemasukan akan dibuat dengan merujuk kepada laporan doktor. Malahan dah kasi INITIAL GL sekalipun, FINAL GL MASIH BOLEH DECLINE JIKA ADA KERAGUAN. 

Syarikat takkan buta-buta tanggung claim client tanpa pemeriksaan rapi.

Bila marketing, cakap BIARLAH BERLAPIK dan fahami dulu prosedur claim medical kad sebelum berjanji atau beri gambaran bukan bukan seolah olah terlalu perfect.