Showing posts with label cara yang betul ambil takaful. Show all posts
Showing posts with label cara yang betul ambil takaful. Show all posts

Thursday, July 28, 2016

GL DAH ADA PUN TAKAFUL TAK TANGGUNG?

Seorang kawan tanya saya, betul ke medical kad yang terbaik ni, ialah kad yang mudah masuk, mudah diterima oleh hospital?

Saya tanya balik, dari mana dapat info begitu?

"Ada lah sorang ejen ni approach aku. Dia cakap, kalau tak percaya, cuba tanya hospital hospital, medical kad mana mudah masuk wad? Siap kasi contoh lagi, kes client ejen tu, nak masuk wad, doktor siap cakap, kalau medical kad syarikat XXX ni, boleh terus masuk wad, TANPA PERLU MINTA PENGESAHAN DARI SYARIKAT TAKAFUL berkenaan."

(Dalam hati saya) Fuhhh hebat ayat marketing, punyalah nak kejar sales sampai cakap tak berlapik.

Begini la saya cakap. Lihat contoh gambar ni. Client yang dah dapat INITIAL GL pun (guarantee letter), syarikat Takaful boleh U-TURN decline GL tak cover rawatan tu dan minta bayar dulu.



"Eh, kenapa dah dapat GL boleh kensel kensel plak? Naya la client kalau macam tu, ingatkan FREE, tapi last last kena bayar jugak?" marah kawan saya.

Dalam kes gambar ni, suami beliau mengadu sakit dada. Ingatkan gastrik, rupanya ada batu dalam hempedu (gallstones). Memang ada tempoh menunggu 120 hari kalau nak claim dan suaminya masuk wad pada bulan ke 7 selepas beli medical kad. 

Walaupun dah 7 bulan, GL decline jugak sebab suaminya cakap baru kena. Tapi bila doktor check, batu dah berbiji biji dan besar besar saiznya. Besar kemungkinan dah lama ada, bukan baru kena. Maka kena investigation, tunggu final diagnosis report. So, GL terpaksa decline, kena bayar dulu.

"Laaa.. naya la kawan tu. Tak pasal pasal kena bayar," kata dia.

Tak boleh buat apa. Medical kad cover bukan ikut cakap orang "tak tau, tak sedar ada penyakit tu". Sykt akan ikut report doktor. Ini kes dah kasi GL awal dah pun. 

Cuba kau fikir sendiri, APA JADI KALAU DOKTOR MASUKKAN KAU KE WAD, TANPA DAPAT PENGESAHAN SYARIKAT TAKAFUL DULU? Dan kemudian TENGOK TENGOK GL KAU TAK COVER RAWATAN TU, DECLINE KERANA UNDER SIASATAN ATAU REJECT TERUS? 

Kos operate hempedu pulak dekat 15-20 ribu!!

"Woihhhh... bahaya lah gitu. Better dapatkan pengesahan dulu sebelum masuk wad. Masuk hospital swasta ni bukan murah," katanya setelah dapat pencerahan.

Yang penting, sebagai pengguna anda kena hati hati dengan ayat promosi yang ejen-ejen guna dalam pemasaran mereka seperti:

"MEDICAL KAD KAMI SWIPE JE, TERUS DAPAT GL."
"MEDICAL KAD KAMI BOLEH MASUK WAD TANPA DAPAT PENGESAHAN SYARIKAT. DOKTOR SENDIRI CAKAP GITU."

Mana-mana syarikat insurans/takaful akan semak dulu setiap kemasukan hospital. Swipe ke, isi form manual ke, semakan kemasukan akan dibuat dengan merujuk kepada laporan doktor. Malahan dah kasi INITIAL GL sekalipun, FINAL GL MASIH BOLEH DECLINE JIKA ADA KERAGUAN. 

Syarikat takkan buta-buta tanggung claim client tanpa pemeriksaan rapi.

Bila marketing, cakap BIARLAH BERLAPIK dan fahami dulu prosedur claim medical kad sebelum berjanji atau beri gambaran bukan bukan seolah olah terlalu perfect.

Friday, June 17, 2016

5 TIP UNTUK PILIH PELAN TAKAFUL YANG BETUL BILA BERJUMPA EJEN FACE TO FACE

Ok, hari ini apa yang nak diceritakan ialah apa benda yang perlu dititikberatkan semasa anda bertindak nak tandatangan borang permohonan takaful. Ini adalah cadangan sahaja, tak nak ikut, terpulang. Tapi insyaAllah guide ni akan memudahkan urusan anda untuk memilih pelan takaful yang betul.

1. TENANG

Dalam hal ini, anda kena tenang, dan ejen anda pun kena tenang. Tenang ni dalam erti kata anda mendengar dengan baik dan ejen anda pun menerang dengan baik. Tenang penting supaya anda boleh tanya soalan-soalan yang penting. Kalau ejen pula nampak tak tenang dan rushing semacam je nak anda sign borang, baik anda tinggalkan dia, dia gelojoh tu. Mengikut pengalaman saya, kalau dua-dua pihak tak bertenang, sama ada tak sign borang ataupun anda akan sign up pelan takaful yang merapu.

2. STUDY SIKIT SEBELUM JUMPA EJEN

Jangan lupa buat kajian sikit. Tip ni berat juga saya nak nyatakan di sini, nanti anda lagi pandai daripada saya, macam-macam anda tanya. Hahaha. Ok, taklah, sebenarnya bila anda study sikit pasal takaful ni, anda boleh detect kalau ada ejen cuba menipu anda ataupun cuba menyatakan sesuatu yang tak betul. Daripada situ, bolehlah anda elakkan diri daripada sign up polisi yang manis macam gula-gula tapi coverage pahit macam kopi!

3. BUAT PERBANDINGAN

Setelah berjumpa dengan ejen takaful syarikat A, tak semestinya kena sign terus, anda boleh jumpa ejen takaful syarikat B, C dan D juga. Dari situ, bolehlah anda buat perbandingan. Tapi, anda kena tahu juga apa yang nak dibandingkan. Jangan setakat jumpa je tapi tak tahu apa benda nak buat, nanti at the end, tak ambil takaful. Tu lagi bahaya bang! So, study lah sikit bila nak buat perbandingan.

4. BAWAK KAWAN

Kalau takut jumpa ejen sorang-sorang, sebab takut kena push, bawak kawan sekali. Kalau boleh, kawan yang selamba, hati kering, otak pantas dan gemar bertanya. Dari situ, anda boleh elakkan daripada ejen takaful tu bertindak rakus terhadap anda supaya cepat-cepat sign borang takaful. Tapi, jangan pula sampai terjadinya provokasi, kalau kawan anda pula dah nampak macam nak mengganas, kawal dia. Anda nak ambil polisi, bukan nak kena tangkap polis.

5. BUAT KIRA-KIRA DEPAN ANDA

Setiap ejen ni sebenarnya mereka ada software untuk buat pengiraan pelan TAKAFUL ni. Mereka ni sebenarnya perlu tunjukkan kiraan ni kat anda kerana ini adalah hak anda. Anda kena tahu berapa coverage, berapa kena caj, bila tempoh matang polisi anda dan sebagainya. Jadi, mintak kat ejen tu supaya tunjukkan kiraannya depan anda dan mintak dia terangkan apa yang anda tak faham. Bila dah faham, barulah selesa dan tenang nak tandatangan borang, tak gitu?

Orait. Semoga dengan 5 tip ni, dapatlah memudahkan urusan anda untuk memilih pelan takaful yang betul dan mampu buat anda berpuas hati.

Wednesday, June 15, 2016

3 SEBAB TAKAFUL BAJET/ JANJI ADA AKAN JAHANAMKAN MASA DEPAN ANDA DAN KELUARGA

"Berapa kau ada? Hah, RM100? Oklah, RM100 pun ok dah, JANJI ADA takaful."

Takaful Janji Ada atau Takaful Bajet ni seriously saya tak galakkan anda untuk memilikinya. Kebanyakan yang ambil takaful macam ni sebab mereka tak nampak kepentingan takaful ni.

Jika anda boleh nampak kepentingan takaful, anda takkan ambil takaful tu mengikut bajet, tapi ikut keperluan anda dan juga keluarga.

Kenapa Takaful Bajet atau Takaful Janji Ada ni boleh jahanamkan masa depan anda dan keluarga?

1. TAK GANTI GAJI ANDA

Benda ni jangan dibuat main. Saya dah jumpa kes yang company buang pekerja sebab hilang upaya keseluruhan. Gaji masa sihat RM4000, bila dah sakit, kena buang, puuf! Gaji pun hilang. Dengan takaful bajet, anda takkan boleh ganti gaji anda sebab coverage tu mengikut berapa caruman yang anda mampu keluarkan. Biasanya takaful bajet ni, coverage dia RM20,000 je. Zaman sekarang, RM20,000 ni celah gigi je bang, kejap je habis.

2. HARAPAN PALSU

Bila dah ada takaful bajet atau janji ada ni, anda pun bagitaulah isteri, anda dah ada perlindungan kalau apa-apa jadi. Isteri pun gembira dan tenang sebab anda dah ada takaful. Tapi yang dia taktau, perlindungan anda RM20,000 je. Sikit bang. Apa-apa jadi kat anda, tak sempat isteri merasa duit, dah kena bayar macam-macam hutang. Sedih.

3. COVERAGE TIDAK MENYELURUH DAN MENCUKUPI

Disebabkan caruman yang bajet sangat, anda tidak dapat memiliki coverage ataupun perlindungan yang menyeluruh dan mencukupi. Harus anda ingat bahawa setiap coverage dan rider yang anda ambil dalam takaful ada caj-cajnya, dan semua itu akan ditolak dari caruman anda. Jadi, bila caruman anda sikit, maka coveragenya juga jadi sikit. Sebab tu, anda tidak dapat memiliki coverage yang mencukupi dan bakal menyusahkan masa depan anda nanti.

Semoga dengan nasihat yang diberikan, dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak untuk memiliki pelan takaful.

Tuesday, June 14, 2016

3 SEBAB KENAPA ELAUN HOSPITAL DALAM PELAN TAKFUL TAK PERLU TINGGI

Geram beb. Geram sebab ada yang bangga dengan elaun hospital dia yang banyak.

"Aku masuk hospital, dapat elaun satu hari RM400. 3 hari duduk, dapatlah RM1200. Bestnya!"

A'ah, bestlah sangat! Ramai yang silap bab elaun hospital ni. Ada yang ambil melebihi daripada keperluan yang sepatutnya.

Kenapa elaun hospital ni tak boleh ambil secara berlebihan?

1. DIKENAKAN CAJ YANG TINGGI

Anda ingat takde caj ke ambil elaun hospital dalam pelan takaful? Lagi tinggi elaun anda, lagi tinggi caj yang anda kena. Terhakis simpanan tunai anda dalam takaful.

2. MENGURANGKAN COVERAGE YANG LEBIH PENTING

Disebabkan nak elaun hospital yang tinggi, coverage lain dapat rendah. Kalau mati atau hilang upaya dapat RM20,000 je. Sakit kritikal RM10,000 je. Padahal, ini adalah coverage yang lebih penting. Coverage ni yang bantu ganti gaji anda bila musibah menimpa, bukan elaun hospital tu.

3. AMBIL ELAUN IKUT GAJI HARIAN

Gaji anda berapa? RM3000 sebulan. Ok, bahagi RM3000 dengan 30 hari. Dapat RM100. Ha, itulah elaun harian penghospitalan yang patut anda ambil, bukan ambik banyak-banyak.

Harap-harap, 3 nasihat ringkas ini dapat membantu anda memastikan elaun hospital yang anda ambil dalam pelan takaful adalah mengikut keperluan, bukan ikut nafsu nak duit banyak.

Wednesday, June 24, 2015

Kenapa Konsultan Takaful Dituduh Menipu?

Hari saya sedikit rajin, jadi nak kongsikan satu perkara mustahak di mana saya sebagai konsultan takaful rasakan ia amat penting. Kepentingannya bukan saja kepada saya, malah melibatkan anda di luar sana juga.

Salah satu sebab kenapa ramai orang menganggap konsultan takaful penipu dan pembohong adalah kerana 'misleading'. 'Misleading' ni maksudnya di sini ialah, seorang konsultan takaful menyampaikan sesuatu yang tidak betul pada tempatnya.


Gambar sumber dari: http://www.memesly.com/meme/rnkasc

Ok, saya ringkaskan saja cerita ini dengan memberi contoh.

Ada konsultan takaful bercerita tentang 'income replacement' kepada prospek. Kemudian, prospek itu bersetuju dengan plan yang disediakan lalu menandatanganinya.

Tetapi, apa yang berlaku, konsultan tersebut telah menyusun plan untuk prospek itu tidak mengikut konsep 'income replacement'. Di mana, dia menyediakan kadar perlindungan yang rendah dan langsung tidak boleh menggantikan gaji si prospek tadi.

Andaikan si prospek tadi mempunyai gaji tahunan RM80,000. Adakah dengan jumlah perlindungan sebanyak RM20,000 jika berlaku hilang upaya kepada prospek adakah ia boleh menggantikan gaji si prospek?

Sudah tentu tidak! Kerana jumlah perlindungan tu pun sudah lebih rendah dari gaji tahunannya.

Bila klien nak claim, dia pun mesti terkejut dengan jumlah yang dia dapat. Masa sebelum sign borang cakap boleh ganti gaji, tapi ni dapat RM20,000 saja, nak ganti gaji apa benda?

Ini yang buatkan klien tu terus mengamuk dan berang lalu mengatakan konsultan takaful penipu. Lepas tu, terus dia anggap semua konsultan takaful sama saja, kaki penipu. Huhuhu... Sentap abang taw.

Satu cara untuk mengelakkan daripada 'misleading' ini ialah, anda sebagai bakal pelanggan haruslah buat kajian dan pembacaan tentang perlindungan takaful ini. Jangan mudah termakan dengan kata-kata manis konsultan kerana kita sedang berbicara tentang duit anda di sini.

Maksimakan penggunaan pengeluaran duit anda untuk mengambil takaful ini dengan memahami setiap butir perlindungan takaful anda. Pastikan setiap konsep yang disampaikan oleh konsultan adalah sama dengan perlindungan yang direka untuk anda.

Saya harap, apa yang saya sampaikan di sini dapat membantu mengelakkan anda daripada mudah terpedaya dengan janji-janji manis konsultan-konsultan di luar sana dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan daripada menuduh para konsultan takaful penipu. Hehehe...

Norizwan Azlan
Konsultan MAA Takaful
0174871417

Monday, March 9, 2015

7 Perkara Yang Anda Patut Tahu Sebelum Memiliki Takaful


Kebanyakan daripada kita membuat sesuatu keputusan berkaitan pemilikan takaful adalah disebabkan pengaruh atau pujukan yang sebenarnya tak membantu kewangan kita.

Kesannya, jika kita ditimpa musibah, maka duit gantirugi yang diterima tidak cukup untuk kita mahupun keluarga meneruskan hidup dengan selesa, sama seperti sebelum kita ditimpa musibah.

Maka, atas sebab itulah, saya mahu kongsikan kepada anda 7 perkara yang patut kita tahu sebelum membuat keputusan untuk memiliki takaful hayat.

1. Reviu keperluan takaful anda
Berjumpalah dengan mana-mana konsultan takaful yang anda percaya dan mintalah mereka bantu anda untuk menentukan polisi takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda.

2. Tentukan berapa jumlah perlindungan yang anda perlukan
Berapa pendapatan anda sekarang? Siapa yang bergantung kepada pendapatan anda? Bagaimana keluarga anda nak dapatkan duit perbelanjaan dan melangsaikan hutang apabila anda sudah tiada?

Berdasarkan soalan-soalan inilah, anda boleh tentukan berapa jumlah perlindungan yang patut anda miliki. Selain itu, anda juga boleh putuskan berapakan jumlah caruman yang anda mampu bayar agar perlindungan yang anda ada boleh selesaikan masalah yang disebutkan di dalam soalan-soalan di atas.

3. Nilai semula polisi takaful semasa anda
Jika anda sudah memiliki polisi takaful, mungkin anda patut menilainya semula agar ia bersesuaian dengan kedudukan kewangan anda sekarang. Contohnya, jika polisi takaful semasa anda diambil ketika gaji anda RM2000, tetapi kini gaji anda sudah meningkat menjadi RM5000, maka anda patut menilai polisi anda semula.

4. Pastikan anda mampu membayar caruman takaful
Pilihlah caruman takaful di dalam kadar yang anda mampu bayar tetapi pada masa yang sama boleh melindungi kewangan anda andainya ditimpa musibah.

5. Ketahui penjanaan tunai dalam simpanan takaful anda
Minta ejen takaful yang anda jumpa untuk tunjukkan ilustrasi penjanaan tunai dalam simpanan takaful agar anda boleh ketahui segala caj yang dikenakan dan juga jumlah simpanan terkumpul.

6. Simpan polisi semasa anda
Jika anda berhasrat untuk mengambil perlindungan takaful yang baru, jangan terus membatalkan polisi lama anda kerana proses polisi takaful yang baru akan mengambil sedikit masa untuk disiapkan. Andainya sesuatu terjadi kepada anda dan polisi lama sudah dibatalkan dan yang baru belum siap, anda tidak akan dapat satu manfaat pun daripada syarikat takaful.

7. Fahami segala info sebelum bertindak menandatangani borang
Pastikan anda faham segala info yang diberikan oleh ejen anda. Jika tidak faham, tanya ejen anda semula. Anda berhak untuk ketahui semua info tentang takaful.