Ok, hari ini apa yang nak diceritakan ialah apa benda yang perlu dititikberatkan semasa anda bertindak nak tandatangan borang permohonan takaful. Ini adalah cadangan sahaja, tak nak ikut, terpulang. Tapi insyaAllah guide ni akan memudahkan urusan anda untuk memilih pelan takaful yang betul.
1. TENANG
Dalam hal ini, anda kena tenang, dan ejen anda pun kena tenang. Tenang ni dalam erti kata anda mendengar dengan baik dan ejen anda pun menerang dengan baik. Tenang penting supaya anda boleh tanya soalan-soalan yang penting. Kalau ejen pula nampak tak tenang dan rushing semacam je nak anda sign borang, baik anda tinggalkan dia, dia gelojoh tu. Mengikut pengalaman saya, kalau dua-dua pihak tak bertenang, sama ada tak sign borang ataupun anda akan sign up pelan
takaful yang merapu.
2. STUDY SIKIT SEBELUM JUMPA EJEN
Jangan lupa buat kajian sikit. Tip ni berat juga saya nak nyatakan di sini, nanti anda lagi pandai daripada saya, macam-macam anda tanya. Hahaha. Ok, taklah, sebenarnya bila anda study sikit pasal takaful ni, anda boleh detect kalau ada ejen cuba menipu anda ataupun cuba menyatakan sesuatu yang tak betul. Daripada situ, bolehlah anda elakkan diri daripada sign up polisi yang manis macam gula-gula tapi coverage pahit macam kopi!
3. BUAT PERBANDINGAN
Setelah berjumpa dengan ejen takaful syarikat A, tak semestinya kena sign terus, anda boleh jumpa ejen
takaful syarikat B, C dan D juga. Dari situ, bolehlah anda buat perbandingan. Tapi, anda kena tahu juga apa yang nak dibandingkan. Jangan setakat jumpa je tapi tak tahu apa benda nak buat, nanti at the end, tak ambil takaful. Tu lagi bahaya bang! So, study lah sikit bila nak buat perbandingan.
4. BAWAK KAWAN
Kalau takut jumpa ejen sorang-sorang, sebab takut kena push, bawak kawan sekali. Kalau boleh, kawan yang selamba, hati kering, otak pantas dan gemar bertanya. Dari situ, anda boleh elakkan daripada ejen takaful tu bertindak rakus terhadap anda supaya cepat-cepat sign borang takaful. Tapi, jangan pula sampai terjadinya provokasi, kalau kawan anda pula dah nampak macam nak mengganas, kawal dia. Anda nak ambil polisi, bukan nak kena tangkap polis.
5. BUAT KIRA-KIRA DEPAN ANDA
Setiap ejen ni sebenarnya mereka ada software untuk buat pengiraan pelan
TAKAFUL ni. Mereka ni sebenarnya perlu tunjukkan kiraan ni kat anda kerana ini adalah hak anda. Anda kena tahu berapa coverage, berapa kena caj, bila tempoh matang polisi anda dan sebagainya. Jadi, mintak kat ejen tu supaya tunjukkan kiraannya depan anda dan mintak dia terangkan apa yang anda tak faham. Bila dah faham, barulah selesa dan tenang nak tandatangan borang, tak gitu?
Orait. Semoga dengan 5 tip ni, dapatlah memudahkan urusan anda untuk memilih pelan takaful yang betul dan mampu buat anda berpuas hati.