Thursday, August 14, 2014

3 salah faham tentang menyimpan duit

Simpan duit, simpan duit, simpan duit.

Semasa saya kecil, ibu saya selalu berpesan menyuruh saya menyimpan duit supaya saya dapat gunakan ia pada waktu yang diperlukan.

Kadangkala saya simpan, kadangkala tidak. Ada waktu saya simpan duit sebab nak beli komik kegemaran saya iaitu 'Mutiara Naga' atau lebih dikenali sebagai 'Dragon Ball'.

Di sini saya ingin memberitahu kepada anda semua 3 salah faham tentang menyimpan duit.

Salah faham ini sering berlaku kepada sesiapa sahaja di luar sana termasuk anda.


Salah faham pertama: Belanja dulu baru simpan

Inilah adalah kesilapan biasa yang sering manusia lakukan. Apabila dapat gaji, mereka akan belanjakannya dahulu dan jika ada lebih baru mereka simpan.

Itu pun jika ada lebih, jika tidak ada lebih bagaimana? Pasti simpanan tidak dapat dilakukan langsung.

Jadi, anda sepatutnya menyimpan dahulu sebahagian duit gaji anda sebelum dibelanjakan. Selepas membuat simpanan, maka anda boleh belanjakan kesemua baki duit gaji anda.


Salah faham kedua: Tunggu gaji naik

Inipun salah satu salah faham yang sudah menjadi kelaziman pada semua manusia.

Nak tunggu gaji naik baru nak buat simpanan.

Sebenarnya, apabila gaji naik, selera membeli anda juga bertambah. Jadi itu tetap membuatkan gaji anda sentiasa tidak cukup untuk menyimpan walaupun gaji anda naik.

Sebaiknya, anda disiplinkan diri anda untuk menyimpan bermula dari sekarang dan bukan tunggu gaji naik. Disiplinkan diri walaupun dengan gaji yang kecil.


Salah faham ketiga: Nantilah. Semuanya ok

Semuanya ok la, takkan jadi apa-apa la.

Ramai orang yang tidak menyimpan duit kerana mereka menganggap semua perkara akan berjalan lancar dan tidak akan timbul masalah.

Siapalah kita nak tentukan semuanya akan berjalan lancar, lambat laun pasti akan ada musibah menimpa. Tidak kira sama ada kecil atau besar musibah tersebut, ia mungkin memerlukan duit.

Kereta saya pernah sekali tiba-tiba suhunya naik dan bila dihantar ke bengkel untuk dibaiki didapati kipas sudah tidak berfungsi dan radiator juga sudah rosak dan lama. Maka, melayanglah RM600.00 saya untuk membayar kos tersebut. 

Mujur saya ada buat simpanan. Jika tidak, tersadailah kereta saya di bengkel lalu mengganggu tugas kerja saya.

Dalam hidup ini, kita kena sentiasa bersedia kerana malang sememangnya tidak berbau. Jadi, simpanlah duit anda untuk perkara-perkara kecemasan yang mungkin akan menimpa kita.

Saya berharap agar artikel ringkas saya ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Jika anda rasakan artikel saya bermanfaat, saya mohon agar anda dapat klik button 'Share' di bawah untuk dikongsikan dengan rakan-rakan anda pula. Mana tahu mereka turut mendapat manfaat yang sama macam anda.

Wednesday, August 13, 2014

Teknik terbaik menyimpan duit


Orang dulu-dulu menghasilkan pepatah berdasarkan perkara-perkara yang mereka alami.

Sehingga kini, banyak pepatah zaman dahulu digunakan di dalam cerita-cerita untuk dijadikan pengajaran.

Antara pepatah yang paling sesuai dijadikan pengajaran agar anda semua beramal untuk menyimpan duit ialah, 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.

Simpan sedikit pun sudah OK!

Apabila anda mendapat gaji setiap hujung bulan, perkara pertama yang sepatutnya anda lakukan ialah menyimpan duit anda.

Anda boleh simpan duit di mana-mana tempat yang anda mahu. Sama ada di bank, perlaburan amanah, insurans/ takaful dan sebagainya.

Namun hakikatnya, masih ramai yang tidak bertindak sebegitu rupa.

Jadi bagaimana hendak mengatasi masalah ini?

Jika anda tidak boleh menyimpan sewaktu anda dapat gaji, maka simpanlah duit baki yang anda dapat bagi setiap perkara yang dibelanjakan.

Contohnya, kita membeli barang di pasaraya. Apabila kita membayar dan mendapat bakinya, maka simpanlah duit itu di dalam tabung khas.

Contoh lain, jika anda makan di luar dan sewaktu membayar, anda akan dapat bakinya dan baki itulah anda akan simpan di dalam tabung.

Tak kisahlah jumlahnya 10 sen ke, 20 sen ke, 50 sen ke, asalkan anda menyimpan sudah dikira bagus.

Biarlah jumlah simpanan anda bermula sedikit, asalkan anda jadikan ia sebagai amalan.

Bak kata pepatah, 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.


Awal-awal memang nampak lesu bekas tabung anda, tetapi jika diamalkan amalan yang saya sebutkan tadi, insyaAllah tabung anda akan penuh juga nanti.

Saya juga mempunyai tabung khas untuk duit baki bagi setiap perbelanjaan yang saya buat. Saya tak sempat kira, tapi bila ditimbang tabung itu, jumlah beratnya ialah 7 kilogram!

Hmm... Agak-agak berapalah jumlah duit saya dalam tabung tu ye?

Tuesday, August 12, 2014

3 Persediaan Sebelum ...


Mati adalah satu perkara yang misteri dan tiada sesiapa di dunia ini yang mengetahui tentang tarikh kematiannya.

Ia akan datang pada bila-bila masa tanpa ada isyarat ataupun tanda-tanda. Bila ia mahu terjadi, maka akan jadilah ia.

Sebab itulah kita perlu melakukan persediaan sebelum tarikh kematian kita tiba. Tanpa disangka mungkin esok, minggu depan ataupun bulan depan akan tiba masa kita.

Jadi di sini ada disenaraikan 3 perkara yang perlu kita sediakan sebelum mati.

===




#1.  Amalan
Pastikan amalan kita kepada Allah dibuat sebanyak mungkin, bukan secukupnya. Ini kerana kita tidak tahu berapa jumlah amalan yang cukup itu.

Makin banyak amalan kita kepada Allah, semakin mudah Allah sediakan laluan untuk kita ke syurga.

Amalan kepada Allah hanya boleh dibuat apabila kita masih hidup di dunia ini sahaja. Apabila kita sudah mati, tiada amalan yang dapat kita lakukan lagi.



#2.  Hutang
Langsaikan segala hutang piutang kita. Jangan buat tak tahu dan jangan ditinggalkan begitu sahaja.

Allah sangat menitikberatkan hal hutang kepada umat Islam. Sehingga satu tahap, mereka yang mati syahid pun tidak akan mendapat ganjaran jika mempunyai hutang di dunia.

Masalah hutang ini memang sangat berat bagi manusia, tetapi ramai yang masih menganggap ia perkara kecil sahaja. 

Jadi, cuba ambil masa seketika dan fikirkan kepada siapa yang kita masih berhutang dan langsaikanlah dengan sesegera mungkin.


#3.  Harta
Sewaktu kita hidup, isteri dan anak-anak banyak bergantung kepada kita untuk mendapatkan keperluan hidup.

Makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya banyak yang disediakan oleh kita sebagai suami.

Maka, sebelum kita meninggal dunia, pastikan kita meninggalkan sejumlah simpanan yang boleh membantu isteri dan anak-anak kita dapat meneruskan kehidupan sama seperti ketika kita masih hidup.

Adalah lebih baik jika simpanan itu dapat menggantikan gaji kita yang telah hilang akibat kematian kita dan dengan itu isteri kita tidak perlu lagi bekerja untuk menyara kehidupannya dan anak-anak kita.

===

Semoga dengan perkongsian ringkas ni saya harap dapat membantu anda semua membuka mata lebih luas tentang persediaan yang harus kita ambil sebelum kita pergi berjumpa Illahi.

Jika anda rasa artikel ini sesuai dikongsikan dengan rakan anda, jangan ragu-ragu untuk klik button 'Share' di bawah ye. Semoga kita dapat manfaatnya beramai-ramai.

Monday, August 4, 2014

Biar Ibu Yang Jaga

Assalamualaikum.

 
 
Apahal aku letak gambar kek ni? Saja nak tunjuk aku baru lepas makan kek ke?

Bukan, bukan. Itu bukan tujuan aku upload gambar kek ni.

Tiada apa yang istimewa pada kek ni. Sedap memang sedap, tapi ia sama je macam kek buah yang lain.
Kek ni tak istimewa, tapi yang istimewanya ialah kisah disebalik kewujudan kek ni.

Kek ni dihasilkan oleh seorang mak cik yang duduk di Johor.

Nak tau kenapa mak cik ni buat kek?

Sebab dia nak tolong anak dia. Kenapa dia nak tolong anak dia?

Menurut abah aku, anak dia adalah bekas pemain ragbi sekolah dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

Dia ni memang seorang pemain ragbi yang bagus dan sentiasa mempamerkan permainan yang baik.

Tapi, sesungguhnya perancangan Allah tu lagi baik.

"Masa tengah buat scrum, tiba-tiba dia pengsan sebab oksigen tak cukup untuk sampai ke otak. Dan sampai sekarang dia lumpuh."

 
Itulah yang diberitahu oleh abang aku yang juga bekas pelajar STAR Ipoh ni.

Oleh kerana tidak cukup bekalan oksigen untuk ke otak, anak mak cik ni akhirnya lumpuh sehingga kini. Abang aku cakap dia ni student STAR batch 89 kot, takpun 91.

Abang aku bagitau lagi, dulu player ragbi sekolah ni takde insurans, tak macam sekarang. Kalau ada musibah berlaku masa game, player akan dibayar pampasan daripada pihak insurans.

Demi kasih sayang kepada anaknya ini, mak cik ni memulakan perusahaan membuat kek buah secara kecil-kecil untuk menanggung anaknya yang lumpuh ni.

Anak dia memang lumpuh habis satu badan. Kencing pun pakai tiub. Kesian.

Mak cik ni jaga anak dia ni dengan anak dia lagi sorang, iaitu kakak kepada bekas budak STAR ni.

Sampai bila mak cik ni dapat jaga anak dia yang lumpuh ni pun aku tak pasti. Yelah, mak cik ni pun dah berumur kan.

Cuma bapak aku ada cakap, anak mak cik yang lumpuh ni ada kawan-kawan yang baik, selalu melawat dia.

Mungkin jika suatu hari Allah jemput mak cik ni pergi dulu, aku harap ada kawan-kawan dia sudi tolong.

Tapi apa yang aku nak sampaikan di sini ialah cuba lihat betapa hebatnya kuasa kasih sayang seorang mak. Di kala usianya sudah semakin lanjut, mak cik ni tetap berusaha bekerja demi anaknya yang lumpuh.

Memang tak terbalas langsunglah jasa seorang mak ni. Dia punya jasa ni macam lautan dia punya luas. Takde penghujung.

Di kala mak kita masih ada ni, adakah kita menghargai jasa-jasa mak kita?

Jom renung-renungkan bersama ye kawan-kawan. Ini sebagai peringatan kita bersama-sama ye.


Monday, June 23, 2014

Melabur untuk akhirat.

Assalamualaikum.
 
Semalam agak kepenatan selepas satu hari bertungkus lumus menyiapkan surau sementara kat taman aku ni. Proses pembinaan surau sementara bermula seawal 7 pagi.

Satu pengalaman yang sangat baru bagi aku. Sebelum ni, aku duduk mana-mana taman, surau memang dah siap tersedia dah. Tapi bila masuk taman baru ni, tapak je ada, surau belum ada.

Yelah, dulu masa aku kecik, takkan tiba-tiba nak libatkan diri dalam pembinaan surau kan? Dah tentu aku lebih gemar bermain bola bersama kawan-kawan ataupun layan micro genius yang baru 2 bulan beli dah barai. Budak-budaklah katakan.

Jadi, dengan menggunakan modal yang ada yang dikutip dari penduduk yang baru berapa kerat je duduk kat taman aku ni berserta tenaga manusia lebih kurang dalam 10 orang, operasi pembinaan pun dimulakan.

Aku pegang posisi sebagai pembancuh simen. Alhamdulillah, ada sorang brader ni dapat pinjam pembancuh simen daripada kawan dia, senang sikit kerja kitorang. Kalau tak mau patah pinggang bancuh simen secara manual.

Aku tak pernah pun bergelumang dengan simen sebelum ni. Jadi, sukatan bancuhan simen dan pasir tu memang tak reti. Mujur ada sorang brader ni lagi kerja sebagai kontraktor.

"Macam mana nak bancuh ni bro?"
 
"Simen guna 3 skop je."

"Pasir lak?"

"Sesedap mata. Jangan kelabu gelap sangat, jangan kelabu cerah sangat."

"Oh."

Puk, pak, puk, pak. Dipendekkan cerita. Surau sementara pun siap dibina akhirnya. Kitorang buat lantai je sebenarnya. Dinding guna kain kanvas je. Bajet tak cukuplah katakan. Tapi lebih baik ada daripada takde kan?

Semalam pun Allah bagi cuaca elok, alhamdulillah. Panas tak, hujan pun tak. Sedap-sedap kulit je.

Syukur sangat-sangat sebab dapat berkhidmat untuk komuniti penduduk taman aku ni. Dengan terbinanya surau sementara ni dapatlah tambah perlaburan akhirat aku. Selagi ia digunakan, selagi tu lah ada pahala free masuk. Nak juga aku toreh kat lantai simen tu "Izwan yang bancuh simen ni." Tapi risau jadi takbur lak, aku batalkan niat aku tu.

Ni lah dua keping gambar yang sempat aku ambik. Tak dan ambik banyak-banyak sebab tangan penuh simen. Balik rumah, dah mandi pun, simen takleh hilang. Keras beb tangan aku. Tak mungil dah kulit aku.

Terima kasih Allah kerana masih beri aku kesempatan untuk membina rumahMu.

P/s: Ada ustaz kabor dah macam surau yang dibina awal-awal pada zaman Nabi.


Monday, May 5, 2014

Mengapa Anda Perlu Kumpul Harta

Assalamualaikum.

Di sini saya ingin kongsikan kepada anda 5 sebab mengapa anda perlu kumpul harta demi kesenangan masa depan anda dan keluarga.

1.  Duit Habis Ni, Nak Mintak Kat Siapa Ni?

2.  Bagaimana Hendak Tinggalkan Harta Seperti Ismet Ulam Raja?

3.  Buat Baik Tapi Masih Berdosa?

4.  Abah, Along Ingat Tahun Depan Along Nak Kahwin La.

5. Cara Menenangkan Minda.

#5 Cara Menenangkan Minda

Bila dah tengah bulan je mesti korang pening kepala sebab duit tak cukup kan?

Lepas tu mulalah hati tak tenang memikirkan duit yang tak cukup.

Nak beli barang dapur la, susu anak la, pampers anak la, belanja sekolah anak dan macam-macam lagi.

Salah satu cara untuk membantu tambah duit yang tak cukup tu ialah dengan mencari side income.

InsyaAllah, dengan adanya side income tu, duit korang mesti cukup untuk buat belanja. Tapi, jangan tambah belanja lagi, takut ada side income pun tak cukup.

Ok, ini cerita waktu korang ada, boleh la buat side income dan kerja hakiki untuk cari duit.

Tapi pernah tak terfikir macam mana keadaan keluarga korang kalau korang dah tak ada kat dunia ni?

Macam mana kalau simpanan korang pun tak cukup untuk perbelanjaan keluarga selepas korang tiada?

Mesti lagi runsing kan? Yela, waktu korang ada boleh la carikan duit untuk keluarga.

Tapi kalau dah tak ada, nak harapkan siapa? Orang lain belum tentu nak tolong sebab diorang pun ada famiy sendiri.

Jika hati korang tak tenang memikirkan tak ada simpanan untuk bantu keluarga korang lepas korang tiada nanti, aku nasihatkan ambil takaful.

Korang simpan RM200 bulan-bulan, automatik dah ada simpanan berjumlah RM200,000 hingga RM300,000.

RM200 ni kalau simpan kat bank, memang jenuh la nak tunggu jadi RM200,000.

Kat takaful je kalau simpan RM200 boleh kadi RM200,000.

Sememangnya duit ni tak boleh ganti nyawa manusia balik, tapi sekurang-kurang korang dah tinggalkan sejumlah harta yang boleh bantu keluarga korang teruskan kehidupan tanpa perlu mengharap bantuan orang lain.

Jadi, aku harap, dengan sebab ke lima kenapa korang perlukan takaful ni akan membantu membuka mata korang untuk melihat dengan jelas kepentingan takaful dalam kehidupan korang.

So, kalau korang nak tau apa-apa pelan takaful yang sesuai dengan korang, boleh contact aku atau PM aku. InsyaAllah aku boleh tolong apa-apa yang patut.

-Norizwan Azlan, Konsultan MAA Takaful-

#4 Abah, Along ingat tahun depan Along nak kahwin la.

"Abah, Along ingat tahun depan Along nak kahwin la."

"Eh, ko dah ada calon ke? Tengok ko macam single je."

"Ada la bah. Along pandai cover line."

"Yela ko. Betul ke ko nak kawin ni?"

"Betul bah, serius ni."

"Orait. Camtu Along jangan riso, nanti abah support pape yang patut."

"Yeke bah?"

"Yela, dah anak abah nak kahwin, takkan abah taknak tolong."

"Yeah! Terima kasih abah."

Selang esok lusa, abah eksiden, dan mati di tempat kemalangan.

Along tak dapat kahwin tahun depannya sebab TAK CUKUP duit.

===

Kesian Along, dah semangat nak kahwin.

Lagi semangat bila Abah nak sponsor.

Sekali tiba-tiba Abah eksiden, dan meninggal dunia di tempat kemalangan.

Dah Along tak boleh kahwin seperti yang dirancang.

Sebab tak cukup duit.

Dan sebab hilang sponsor utama, iaitu ABAH.

Harta yang Abah tinggalkan, tak cukup untuk sponsor kahwin Along.

Semua dihabiskan untuk bayar hutang.

Kalaulah Abah ada simpanan lain lagi.

Sebenarnya Abah boleh buat simpanan lain lagi.

Simpanan ni kalau Abah meninggal, boleh dapat duit.

Simpanan apa tu?

Ni namanya Simpanan Takaful.

Dengan menyimpan dalam Takaful, Abah boleh sediakan satu dana yang besar untuk membantu keluarganya keluar dari masalah kewangan selepas dia tiada.

Sebenarnya, Takaful ni selain daripada digunakan untuk bayar hutang, tanggung perbelanjaan harian ataupun sebagai dana pendidikan, ia juga boleh digunakan sebagai sumber kewangan tambahan.

Seperti kes Along ni, kalau ikutkan dah boleh kahwin dah, tapi bila Abah meninggal dunia, habis terbantut impiannya.

Sebabnya, duit tak cukup dan kehilangan sponsor utama iaitu Abah.

Jika Abah ada ambil takaful, mesti dia boleh sediakan dana untuk Along kahwin.

Jadi, dalam hal ni, takaful ni sebenarnya versatile. 

Ia boleh digunakan untuk membantu waris-waris korang mencapai impian terutama sekali yang memerlukan duit.

So macam mana, dah semakin jelas ke jalan korang ke takaful ni?

Kalau tak jelas lagi, esok aku share point terakhir kenapa takaful ni penting dalam kehidupan korang.

-Norizwan Azlan, Konsultan MAA Takaful-

#3 Buat Baik Tapi Masih Berdosa?

Korang pernah dengar atau baca hadis ni tak?

"Seorang yang mati syahid akan diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutang." Sabda Nabi dalam Riwayat Muslim.

Bagaimana pula dengan hadis ini, biasa dengar dan baca tak?

"Suatu ketika satu jenazah dibawa kepada Nabi SAW untuk disolatkan. Nabi bertanya dulu kepada sahabatnya, apakah jenazah tersebut mempunyai hutang atau tidak. Setelah ada kepastian, bahawa jenazah tersebut tidak mempunyai hutang, Rasulullah SAW terus mensolatkannya.

Kemudian dibawanya satu lagi jenazah kepada Rasulullah, maka Rasulullah bertanya, "Apakah orang ini mempunyai hutang?" Para sahabat menjawab: "Ya". Maka Nabi bersabda: "Solatkanlah saudaramu ini". Berkata, sahabat Abu Qatadah: "Biar nanti aku yang menanggung hutangnya". Maka Beliau SAW mensolatkan jenazah itu. (HR Bukhori).

===

Kedua-dua hadis di atas menceritakan tentang isu hutang yang sangat ditekankan dalam Islam.

Dalam hadis pertama diberitahu kepada kita bahawa jika korang mati syahid sekalipun, tidak akan terhapus segala hutang korang.

Maka, matilah korang dalam keadaan berdosa.

Suka ke korang mati dalam keadaan berdosa walaupun dah banyak amalan kebaikan yang korang lakukan?

Segala ibadah yang korang lakukan selama korang hidup menjadi sia-sia gara-gara tidak melunaskan hutang korang.

Kalau korang dah mati, ada ke duit atau harta yang korang tinggalkan kepada waris-waris korang untuk setelkan hutang tu?

Ke korang cuma berharap waris korang yang tolong setelkan guna duit diorang?

Kalau seratus, dua ratus ok kot. Tapi kalau beribu-ribu, mau fikir berkali-kali orang nak tolong.

Hidup diorang pun sesak, ni nak tolong korang sampai beribu-ribu ringgit.

Dahlah hidup berhutang, anak dengan isteri pun hidup tak cukup makan sebab korang tak tinggalkan pun harta untuk diorang teruskan hidup.

Jadi, macam mana nak setel ni?

Aku boleh cadangkan kepada korang untuk ambil takaful.

Pasal apa?

Pasal takaful boleh bant SEDIAKAN harta yang banyak dalam masa yang segera.

Bayangkan, dengan bayar caruman RM200 sebulan, korang dah secara automatik boleh ada harta berjumlah RM200,000-RM300,000.

Tak ke dengan duit sebanyak tu kalau korang mati boleh tolong setelkan hutang yang tertunggak?

Contohnya macam hutang PTPTN ke, hutang kereta ke, hutang pinjam dui kawan ke dan sebagainya.

Kalau ada lebihan duit lepas bayar hutang, boleh la anak dan isteri korang guna untuk teruskan kehidupan tanpa perlu meminta bantuan orang lain.

Jadi macam mana setakat ni, dah makin jelas tak tentang kepentingan takaful ni?

Ke korang nak tau sebab yang ke empat lak?

Ok, insyaAllah esok aku kongsi sebab ke empat lak ye.

-Norizwan Azlan, Konsultan MAA Takaful-

#2 Bagaimana Hendak Tinggalkan Harta Seperti Ismet Ulam Raja?

Pernah tengok cerita 3 Abdul?

Mesti pernah punya kan.

Perasan satu babak ni, masa Abdul Wahub jumpa Sadiq Sigeraga.

Abdul Wahub jumpa Sadiq sebab nak selamatkan abang-abang dia yang kena tipu dengan Sadiq.

Tapi untuk selamatkan abang-abang dia, dia kena kahwin dengan anak Sadiq dulu.

Masalahnya, Sadiq ni nak anak dia kahwin dengan orang kaya je.

Disebabkan dia ingat Abdul Wahub ni tak kaya macam abang-abang dia dan lagi miskin dari dia, dia taknak terima Abdul Wahub.

Sekali, Abdul Wahub tunjukkan satu dokumen tentang harta-harta arwah dia iaitu Ismet Ulam Raja yang DIWASIATKAN kepadanya kepada Sadiq.

Terus Sadiq bersetuju untuk ambil Abdul Wahub sebagai menantu.

===

Harta Ismet Ulam Raja yang DIWASIATKAN kepada Abdul Wahub itu sangatlah banyak.

Ini kerana harta itu ada di banyak negara.

Memang kaya-rayalah Abdul Wahub sebab dapat harta yang sangat banyak.

Soalnya, adakah korang sudah memiliki harta sama banyak macam Tuan Ismet Ulam Raja untuk diwasiatkan kepada anak-anak korang?

Korang ada ke rumah ke, tanah ke, duit simpanan ke untuk diberikan kepada anak-anak bila korang dah tak ada nanti?

Ke korang tinggalkan hutang yang berbukit-bukit kepada anak-anak korang untuk setelkan?

Hmm... Mau marah anak-anak korang nanti.

Dah la harta tak tinggal, suruh setel hutang pulak.

Ok, ni aku nak kongsi sebab kedua kenapa korang perlu ada takaful.

Sebab kedua ialah kerana takaful ni boleh jadi HARTA PENINGGALAN untuk anak-anak korang bila korang dah tak ada nanti.

Jika korang dah tak memiliki apa-apa aset untuk diberikan kepada anak-anak korang bila korang meninggal dunia, maka takaful boleh bantu.

Kalau korang simpan RM100 sebulan dalam takaful, korang dah sediakan harta segera berjumlah RM100,000-RM200,000 (bagi umur 29 tahun) untuk ditinggalkan kepada anak-anak bila korang dah tak ada nanti.

Jadi, takaful adalah cara yang terbaik untuk meninggalkan duit dalam jumlah yang banyak di mana duit ini boleh digunakan untuk mengatasi sebarang masalah kewangan yang mungkin menimpa anak-anak korang.

Adakah korang semakin nampak kenapa takaful ni perlu dimiliki oleh korang?

Kalau tak nampak gak, takpe, esok aku kongsikan sebab yang ketiga.

-Norizwan Azlan, Konsultan MAA Takaful-

Tuesday, April 15, 2014

#1 Duit Habis Ni, Nak Mintak Kat Siapa Ni?

"Bang, barang dapur nak habis dah la. Nanti abang belikan ye."

"Bang, ni bil elektrik, air dan Astro dah sampai. Nanti bayar ye bang. Lambat bayar kena potong lak."

"Wah, ada diskaun la bang. Jom beli bang. Baju untuk saya dan anak-anak."

"Abah, nak duit belanja bah, nak gi sekolah dah ni."

"Bang, ni bank SMS, katanya installment kereta tak bayar lagi. Abang lupa ye? Nanti bayar ye bang."

"Bang, pampers dengan susu anak kita dah habislah. Tolong belikan ye nanti."

===

Korang pernah hadapi situasi ini?

Aku yakin dan pasti setiap orang MEMANG akan hadapi situasi seperti di atas.

Kelihatan di sini bahawa si suami/ bapa akan menjadi tempat bergantung untuk isteri/ ibu dan anak.

Asal perkara yang perlukan duit, pasti suami/ bapa yang akan dicari dahulu.

Ini kerana, sudah menjadi tanggungjawab seorang suami/ bapa menyediakan sumber kewangan untuk keluarga.

Tapi, pernah tak korang terfikir bagaimana keadaan isteri/ ibu dan anak andainya si suami/ bapa sudah tiada di dunia lagi?

Kepada siapa lagi mereka mahu bergantung harap?

Kepada siapa mereka mahu minta duit untuk beli barang dapur, bayar bil, bayar installment kereta, bagi belanja sekolah anak dan belikan pampers dan susu anak?

Sebab itu jika isteri/ ibu dan anak bergantung harap kepada suami/ bapa semata-mata maka si suami/ bapa perlulah MENGAMBIL takaful untuk memastikan keluarga mereka masih mempunyai sumber kewangan walaupun mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Dengan MEMILIKI takaful, ia dapat menggantikan gaji yang hilang akibat kematian si suami/ bapa.

Takaful ini penting terutama sekali untuk pasangan ibu bapa muda yang masih mempunyai anak yang masih kecil.

Takaful yang dimiliki juga haruslah cukup untuk menampung perbelanjaan harian seperti barang-barang dapur, bil-bil utiliti, pakaian, duit belanja sekolah anak dan sebagainya.

InsyaAllah esok aku akan sambung sebab kedua kenapa korang perlu MILIKI takaful ni.

-Norizwan Azlan, Konsultan MAA Takaful-

Tuesday, April 8, 2014

Cara Paling Ulung Menjadi Manusia Hebat

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari kedua aku berkursus di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah juga sebab aku dihantar ke kursus yang diberi nama 'Pedagogi Kasih Sayang' ni.

Dalam kursus ini aku dan peserta lain dikongsikan satu sistem pelajaran yang sangat hebat dan sangat lengkap berbanding sistem pelajaran yang sedia ada sekarang ini.

Penceramah kursus ini atau lebih suka dipanggil sebagai Bro Hasni Mohammed (CEO Sekolah Islam Adni) sedang mengongsikan satu sistem pelajaran yang telah dikajinya selama 30 tahun dan dia temui bahawa sistem ini adalah paling efektif dan efisien.

Bro telah menunjukkan beberapa produk yang telah dihasilkan oleh sistem ini. Pelajar-pelajar atau produk-produk yang dihasilkan daripada sistem ini telah membantu mereka mendapat ijazah sarjana dan Phd pada usia hanya belasan tahun sahaja.

Bukan seorang dua yang memiliki ijazah sarjana atau Phd pada usia yang cukup muda, tetapi bilangannya telah mencecah belasan orang. Jadi ini terbukti bahawa pelajar-pelajar yang ada ini bukanlah seorang yang genius, tetapi ia lahir hasil dari sistem pelajaran ini.

Selain mendapat pengikitirafan yang tinggi dari segi akademik, pelajar-pelajar ini juga dibina sahsiah dan akhlaknya dengan begitu baik hasil menggunakan sistem pelajaran ini.

Ramai pelajar daripada sistem ini dengan sukarelanya dan dengan suka hatinya sudi mengorbankan masa dan tenaga untuk melakukan kebajikan di negara-negara yang sedang menghadapi masalah.

Tanpa perlu dipaksa untuk menyertai mana-mana misi kebajikan, pelajar-pelajar hasil sistem pelajaran ini sanggup menempuhi kesusahan demi membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan.

Apakah sistem pelajaran yang digunakan untuk melahirkan jawapan sebegini rupa?

Sebenarnya ia telah disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri bahawa apabila kita berpegang kepada dua perkara ini, nescaya kita selamat dunia dan akhirat.

Apakah dia 2 perkara itu?

Itulah Al-Quran dan sunnah.

Sistem pelajaran yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah inilah yang telah membantu melahirkan pelajar-pelajar yang bijak dan terpuji akhlaknya.

Subhanallah. 

Jika selama ini kita sering melupakan dua sumber ilmu yang paling ulung ini, apa kata kita berpatah balik dari jalan yang salah dan ayuhlah kembali ke jalan yang lurus lagi benar ini.

Jadikanlah Al-Quran dan sunnah ini seperti dahan untuk kita berpaut. Jika dilepaskan kita jatuh, jika berpegang padanya pasti kita selamat.

Semoga perkongsian ilmu yang panjang lebar ini mampu memberi manfaat kepada semua sahabat yang membaca blog aku ni. InsyaAllah.