Monday, July 27, 2015

4 Sebab Tip-top Tedong Kenapa Blog Tidak Jana Income dan Tidak Dapat Buat Duit Secara Online

4 siri dah saya bercerita pasal buat duit secara online. Semuanya saya cerita tentang duit masuk menderu-deru ke dalam akaun anda. Semuanya nampak cantik dan indah je kan? Rasa macam Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee berlari-lari turun bukit sambil menyanyi je kan?

Ok, kali ni saya nak tunjuk side berbeza pula bila buat bisnes online ni. Yup, saya akui, buat bisnes online ni memerlukan kita berusaha secara power dan bersungguh-sungguh. Selain itu, kita juga kena istiqamah supaya kita tak mudah putus asa.

Untuk hal ini, saya cuma akan fokuskan kepada blog. Pada peringkat permulaan, mungkin anda bersemangat waja memulakan blog untuk bisnes online anda. Anda ibarat Satria Baja Hitam yang gagah perkasa yang mahu menumpaskan raksasa. Dalam masa sehari saja, 1-3 artikel anda boleh buat.

Tapi, apabila anda menyedari blog anda tak memberikan anda pulangan langsung, anda mula rasa nak give up. Anda mula rasakan usaha anda tidak berbaloi. Anda diibaratkan seperti Batman yang tidak lagi diterima oleh penduduk Gotham City. Anda lari masuk bilik, lompat atas katil dan menangis semahu-mahunya.

Sebenarnya, ada 4 sebab utama kenapa blog anda tidak menjana income yang anda mahukan. Jadi di sini, saya mahu berkongsi dengan anda semua agar anda dapat lakukan penambahbaikan dan seterusnya menghasilkan blog yang boleh lebatkan duit dalam akaun anda atau sekurang-kurangnya menghasilkan SATU jualan!

Ada banyak cabang dan sumber, tetapi kenapa blog anda masih tidak mampu jana income yang anda harapkan?

-------------------
1. Trafik Blog
-------------------

Ini benda basic. Analogi dia macam anda buka kedai makan tapi anda buka kat tempat yang orang tak lalu langsung. Contohnya anda buka kedai makan tepi kubur yang terpencil. Kalau takde orang, siapa nak beli kan?

Trafik ini ialah para pengunjung blog anda. Lagi banyak pengunjung yang berkunjung ke blog anda, lagi cerah peluang anda untuk menghasilkan jualan. Daripada 1000 orang yang mengunjung blog anda, ada kemungkinan 10% akan jadi pelanggan anda.

Tapi kalau trafik rendah atau tiada langsung, macam mana jualan nak terhasil kan? So, anda perlu belajar skil untuk tarik trafik ke blog anda agar anda boleh menghasilkan jualan dan seterusnya membina pendapatan yang power rangers!

----------------------------------
2. Stail dan cara penulisan
----------------------------------

Ini skil yang penting untuk buat duit secara online. Dengan stail dan cara penulisan yang mantap dan menarik, para pelawat blog anda akan suka dan akan kerapkali melawat blog anda semula.

Penulisan yang ada unsur komedi dan berinformasi adalah gaya penulisan yang disukai orang ramai. Siapa yang tak suka kelakar kan? Cuba tengok Ustaz Azhar Idrus, beliau bagi ceramah yang berinformasi dan ada unsur komedi, sebab tu ramai yang suka tengok.

Sama juga halnya dengan blog ni. Anda kena anda skil penulisan yang bagus. Tapi ingat, benda ni kena gilap selalu, maksudnya kena berlatih selalu, bukan tiba-tiba je terus jadi handal bukan main. Messi pun tak tetibe je jadi terer tau. Dia berlatih dan terus berlatih.

-------------------------------------------------
3. Berharap pada satu saluran sahaja
-------------------------------------------------

Saluran apa ni? Saluran pembentungan ke? Eh, bukanlah, ni saluran nak hasilkan duit anda la. Rata-rata blogger baru hanya bergantung kepada satu jenis saluran sahaja untuk hasilkan duit, sedangkan ada banyak lagi saluran yang boleh memperlebatkan lagi duit anda.

Ada yang sekadar pilih Nuffnang sahaja dan kemudian berharap duit masuk berbondong-bondong. Boleh tu memang boleh, tapi kenapa perlu bergantung pada satu sahaja sedangkan kita boleh pelbagaikan lagi salurannya.

Cuba cari lagi medium pengiklanan yang lain selain daripada Nuffnang supaya anda boleh jana pendapatan dengan banyak dan seterusnya menjadi blogger yang power dan disegani ramai dan juga kacak (ini bonus).

---------------------------
4. Jenis tak bersabar
---------------------------

Anda mesti tahu bahawa berbisnes menggunakan blog tidak boleh memberikan pulangan lumayan dalam masa satu hari, lebih-lebih lagi jika anda baru bermula. Anda perlu bersabar, bukan sikit, tapi baaaaanyak supaya anda boleh bertahan dalam dunia bisnes blog ini.

Anda mungkin akan ambil masa 3 bulan, atau 6 bulan, atau mungkin juga selama setahun untuk menjadikan blog anda dikenali dan berada di page pertama enjin carian seperti Google. Jika ini yang terjadi, insyaAllah jualan senang masuk dan anda mungkin akan tersenyum sepanjang hari kerana selalu sangat cek akaun bank yang duit asyik masuk tanpa henti.

So, bersabar tau!

---------------------------

Itulah dia 3 sebab kenapa anda sukar BUAT DUIT SECARA ONLINE walaupun sudah ada blog. Jadi, anda perlu jadikan ini sebagai sumber rujukan dan cuba perbaiki apa-apa yang patut agar anda berjaya menjana pendapatan dari perniagaan online ini.

Oh ye, jika anda mahu belajar bisnes melalui internet yang power dan awesome, anda boleh dapatkan panduan yang dihasilkan oleh Haji Rahman Basri ini (KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PANDUAN). Bukan nak sembang hebatlah, tapi Haji Rahman ni dah banyak gila tolong orang ramai kat luar sana hasilkan income puluhan ribu ringgit hanya melalui internet sahaja.

Hanya menghadap laptop atau komputer, kemudian buat seperti panduan yang diberikan oleh Haji Rahman, insyaAllah anda boleh cipta mesin duit anda sendiri. Selalu bank je kan yang ada mesin ATM sendiri? Kali ini, apa kata anda pun buat mesin ATM sendiri hasil bisnes online ini. Cubalah dapatkan panduan ini dahulu dan pelajarilah ia. Semoga anda semakin kacak atau cantik dan bertambah kaya.

Sunday, July 26, 2015

3 Cara Legend Tak Ingat Untuk Buat Duit Secara Online

Dari hari ke hari, semakin ramai umat manusia yang berjaya menghasilkan income ribuan ringgit secara online. Hal ini telah menggembirakan hati dan perasaan mereka kerana berjaya memiliki duit yang banyak dengan hanya menghadap komputer atau laptop yang berinternet.

Andainya anda juga mahu tahu cara buat duit secara online, di sini saya mahu kongsikan dengan anda 3 cara buat duit secara online. Selepas ini, saya berharap anda pula boleh merasa gembira dan tenang serta senyum sampai ke telinga sebab berjaya menghasilkan pendapatan ribuan ringgit. Saya juga berharap agar anda dapat tambah pendapatan sedia ada dan boleh belanja ahli keluarga atau kawan-kawan makan KFC. Hmm... Shedap!

----------------------------------
1. Guna Google Adsense
----------------------------------

Ini adalah cara paling legend dan ramai blogger-blogger otai yang dah amalkan Adsense ni untuk buat duit. Sambil tidur pun, otai-otai ni selamba je buat duit. Siap tersenyum ketika tidur sebab macam dah tau-tau je duit masuk.

Macam mana nak buat duit dengan Adsense ni? Caranya ialah anda kena ada blog dan selepas tu pasanglah iklan Adsense dalam blog anda. Ha, ayah mudah kan? Tapi sebenarnya, bukanlah mudah macam tu je, kita kena pastikan trafik ke blog kita mantap.

Trafik ni ialah orang ramai yang mengunjungi blog anda. Lagi ramai orang berkunjung, lagi cerahlah harapan anda untuk buat duit dengan banyak. Jadi, anda kena belajar skil yang power dan betul tentang cara menarik trafik ke blog anda. Bila dah terer tarik trafik, masa tu duit pun masuk menderu-deru dalam akaun anda. Kepala asyik dengar bunyi kaching-kaching saja!

-----------------------------------
2. Guna program Affiliate
-----------------------------------

Yaa... Cara ni pun banyak geng-geng blogger di luar sana guna untuk buat duit secara online . Cara ini juga satu cara yang senang untuk kita hasilkan pendapatan yang lumayan dengan hanya menghadap komputer atau laptop.

Melalui program Affiliate ini, anda dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan produk orang lain dan apabila anda berjaya melakukan jualan, anda akan dibayar komisen. Komisen yang diberikan juga agak tinggi. Ada program Affiliate yang boleh bagi sampai 70% komisen daripada harga produk tau! Kerja anda cuma duduk depan laptop dan promote, tapi komisen power nak hidup!

Jika anda nak belajar cara power buat program Affiliate, boleh belajar dengan Haji Rahman Basri DI SINI.

----------------------------
3. Guna Advertorial
----------------------------

Ok, yang ni dia kena berseni sikit. Lagi berseni anda, lagi masyuklah anda. Tapi bukan seni pendidikan seni yang saya maksudkan seperti buat corak guna cop kentang mahupun pisang, ni anda kena ada seni penulisan sikit.

Advertorial.my adalah satu platform untuk anda buat duit secara online di mana anda perlu tuliskan satu artikel untuk pihak ketiga. Artikel itu biasanya berkaitan dengan promosi sesuatu produk pihak ketiga tu. Sebab tu anda kena ada skil menulis supaya artikel anda tu dapat tarik orang beli produk tu.

Setiap artikel yang anda hasilkan, akan dibayar upah. Tapi, untuk mendapat upah Advertorial ni, anda kena tunjuk dulu ke-power-an anda menulis. Artikel-artikel dalam blog anda haruslah mantap dan sedap dibaca. Lagi hebat kalau orang baca, mulut dia ternganga sebab terlalu asyik membaca.

----------------------------

Jadi, itulah dia 3 cara legend untuk BUAT DUIT SECARA ONLINE. Sekarang ni turn anda pula untuk buat seperti apa yang saya dah rekemenkan ni.

Kalau rasa macam takut sesat jalan, anda boleh dapatkan panduan daripada Haji Rahman Basri (KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PANDUAN) ni. Haji Rahman ni punya baik, selamba je dia ajar orang lain rahsia dia tentang bagaimana nak buat duit puluhan ribu ringgit hanya melalui online. Entah apa baik sangat Haji Rahman ni pun saya tak tau. Jadi, kepada anda yang nak buat duit dengan menghadap komputer atau laptop sahaja, cepat-cepatlah dapatkan panduan Haji Rahman ni. Tak silap saya masih ada potongan harga ni. Cepat woi!

Saturday, July 25, 2015

3 Sebab Power Tak Tahan Kenapa Anda Kena Buat Duit Secara Online

Yaa... Lagi tips saya nak bagi tentang buat duit secara online. Ramai orang yang memang nak buat bisnes online sebab ini adalah salah satu cara untuk buat duit dengan mudah.

Kenapa mudah? Sebab anda tak perlu luangkan banyak masa untuk setup bisnes ni dan yang paling power, anda tak perlu keluarkan modal langsung. Kenapa tak perlu keluar modal? Moh kita tengok sebabnya.

---------------------------------
1. Tak perlu sewa kedai
---------------------------------

Ye, anda berniaga, tapi tak perlu ada kedai mahupun gerai apatah lagi kiosk-kiosk seperti yang kita jumpa dalam Tesco ataupun Aeon. Anda tak perlu pening kepala tentang kos sewa kedai kerana apa yang anda perlukan hanyalah komputer dan juga internet.

Bila cukup dua benda tu, tanpa rasa gundah gulana, anda boleh mulakan bisnes online dengan tenang tanpa perlu risau duit terbang pasal nak bayar sewa. Sambil duduk bersila atau bersimpuh pun bisnes boleh jalan.

---------------------------------
2. Pekerja pun tak perlu
---------------------------------

Bisnes online adalah cara buat duit secara online tanpa perlu keluar duit. Dengan menjalankan perniagaan online, anda tak perlu pun nak upah pekerja. Dalam hal ini, andalah bos, andalah pekerja.

Anda yang buat promosi, anda yang bungkus barang, anda yang pos barang. Semua anda yang buat. Segala upah hanyalah untuk anda semula dan tak perlu bagi kepada orang lain.

Yelah, apahal anda penat-penat buat semuanya lepas tu nak bagi kat orang lain kan? Macam tak patut pulak kan?

------------------------------------
3. Pasaran luas nak hidup!
------------------------------------

Dah nama pun online kan, so pasaran bisnes kita ni memang luas gila kot. Tambahan pula, dengan menggunakan kemudahan media sosial, kita boleh lakukan promosi yang boleh sampai ke seluruh negara yang ada dalam dunia ni.

Saya sendiri pernah berurusan dengan pelanggan luar dari Malaysia disebabkan promosi saya melalui Facebook.

Menariknya, kita boleh tembusi pasaran antarabangsa tanpa perlu kita keluarkan duit. Gunalah medium Facebook ke, Instagram ke, Twitter ke dan apa-apa sahaja untuk lakukan promosi dan seterusnya mencipta jualan. Yang penting, duit takyah keluar.

------------------------------------

Jadi, inilah antara beberapa sebab kenapa anda kena BUAT DUIT SECARA ONLINE. Kesimpulannya, ia adalah satu bisnes yang tak perlu keluarkan modal. Gunakan kemudahan yang ada dengan sebaiknya dan duit akan masuk ke poket anda. Hahaha.

Namun begitu, jika anda perlukan panduan yang lebih lengkap, mungkin anda boleh pelajari daripada Haji Rahman Basri (KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PANDUAN). Beliau sudah mengajar ramai orang bagaimana mahu memulakan perniagaan secara online dan ramai yang sudah menghasilkan jualan ribuan ringgit. Apabila anda sudah mampu menjana ribuan ringgit hanya melalui online, anda tengoklah sendiri perubahan pada diri anda. Anda ibarat ikon negara kerana ramai secara tiba-tiba akan mengkagumi anda disebabkan kejayaan anda.

Jadi, jika anda berminat, anda boleh dapatkan panduan tersebut dengan KLIK DI SINI.

Friday, July 24, 2015

3 Tips Sepadu Tumbukan Di Langit Untuk Buat Duit Secara Online

Ok, kita jumpa lagi untuk tips yang seterusnya. Punyalah saya berusaha nak kongsikan sesuatu yang boleh bagi manfaat kepada anda. Jarang ada anak Melayu macam saya ni kongsi kebaikan dengan anda semua.

Baiklah, kali ini saya nak kongsikan dengan anda 3 tips buat duit secara online. Dengan 3 tips ini saya percaya dan yakin bahawa anda dapat melakukan bisnes online dengan begitu mudah. Jika sebelum ini anda rasa susah nak hidup, selepas anda habis membaca artikel ini, barulah anda akan tahu betapa mudahnya lakukan bisnes secara online ini.

Ayuh kita lihat tips yang telah saya sediakan untuk anda semua.

------------------------------------
1. Fikirkan tentang produk
------------------------------------

Tentang hal produk ni, bagi yang baru nak bermula, eloklah cari produk yang senang terjual dan memang ramai orang cari. Contohnya macam produk berkaitan kecantikan ataupun pelangsingan badan. Ini antara produk yang laku keras dalam perniagaan online. Sebab apa laku keras? Sebab rakyat Malaysia ramai tak yakin depa cantik dan ramai yang obes.

Tapi, kalau malas jual produk fizikal, boleh join perniagaan affiliate. Anda cuma perlu register sebagai ejen affiliate mana-mana produk digital dan anda boleh terus promosikan. Oh ye, pendaftaran pun percuma saja, tak perlu keluar modal. Promolah sampai nak termuntah dan tunggu jela duit masuk dalam akaun.

--------------------------------------------
2. Wujudkan akaun media sosial
--------------------------------------------

Ok, produk dah pilih, tibalah masa untuk promosi. So, ini senjata utama untuk buat promosi, lebih-lebih lagi zaman sekarang ni. Sebabnya, kat sinilah tempat ramai orang lepak secara maya. Tak caya? Cuba tengok kiri kanan anda sekarang, semua tengah sibuk menghadap henpon atau tab masing-masing. Tu tengah hadap media sosial la tu.

Wujudkan akaun media sosial yang popular seperti Facebook, Instagram dan Twitter untuk membantu anda buat duit secara online. Ini adalah 3 laman media sosial yang sering dikunjungi umat manusia. Lautan manusia inilah mangsa-mangsa yang akan berikan duit kepada anda.

Selepas mewujudkan akaun-akaun media sosial anda, promosilah produk anda sehabis baik, pagi, petang, siang, malam sehingga dapat pelanggan dan sehingga mampu memberi pulangan duit yang power kepada poket anda.

-----------------------------------
3. Komited dan konsisten
-----------------------------------

Ok, ni tahap ketiga yang biasanya ramai orang gagal bertahan. Walaupun namanya buat duit secara online, tetapi dengan mengharapkan dapat pulangan lumayan dalam masa satu hari sahaja adalah sesuatu yang mustahak, eh, maksud saya mustahil.

Anda perlu komited dengan usaha promosi anda dan lakukannya secara konsisten dan bersungguh-sungguh. Jangan pernah berhenti melakukan promosi kerana jika anda berhenti, siapa pula yang nak tolong jualkan untuk anda? Kalau tak jual, macam mana poket anda nak penuh dengan duit?

Ye saya tahu, mungkin anda akan temui kekecewaan apabila melakukan bisnes online ini, tapi itu semua adalah lumrah perniagaan, anda tak boleh berjaya dengan hanya one-shot sahaja. Anda perlu terus menerus berusaha sehingga anda berjaya dapatkan apa yang anda impikan.

Percayalah kata-kata saya, apabila anda berjaya mendapat pelanggan pertama, anda pasti akan rasa bangga nak hidup kerana usaha anda akhirnya berbaloi. Jadi jangan berhenti buat promosi!

-----------------------------------

Itulah dia 3 tips buat duit secara online yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Tips ini terhasil daripada pengalaman saya sendiri sepanjang melakukan bisnes online sejak tahun 2010. Saya harap agar anda semua dapat melakukan yang terbaik dan jangan pernah putus asa dalam menjalankan bisnes online ini.

Andainya anda perlukan panduan yang lebih power dan mantap untuk BUAT DUIT SECARA ONLINE dengan mudah dan hanya dari rumah, anda boleh dapatkan tunjuk ajar daripada Haji Rahman Basri (KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PANDUAN) ni. Ramai orang yang dah berjaya hasilkan jualan puluhan ribu ringgit hasil tunjuk ajar beliau. Mungkin sudah tiba pula masa anda untuk mengecapi kejayaan seperti anak didik Haji Rahman Basri itu.

Nanti, bila dah ada duit banyak tu, bolehlah belanja keluarga ke, saudara mara ke, kawan-kawan supaya mereka akan nampak anda kacak dan gagah macam superhero yang selalu kita tengok dalam TV tu.

Thursday, July 23, 2015

4 Cara Buat Duit Secara Online Dengan Gagah Perkasa!

Zaman sekarang memang ramai yang sedang mencari cara untuk menghasilkan pendapatan tambahan. Lagi-lagi sekarang kat Malaysia ni tengah dilanda kegawatan ekonomi. Harga minyak naik, barang naik, cukai baru, tol naik, semuanya naik. Jadi, nak tak nak, anda pun kenalah cari cara untuk naikkan pendapatan anda.

Tapi, ramai yang malas nak buat side income yang memakan masa yang lama dan memenatkan seperti seperti jual nasi lemak, jual roti canai, jual buku meja ke meja, jual perfume kat pasar malam dan seangkatan dengannya di mana bisnes ini memerlukan kita keluar rumah dan menjalankan aktivitinya.

Jadi di sini, saya nak cadangkan kepada anda 4 cara buat duit secara online tanpa anda perlu keluar rumah dan hanya perlu ada komputer/ laptop dan internet untuk jalankan bisnes ini.

Tanpa membuang masa, jom kita tengok 4 cara ni. Lagi cepat baca, lagi cepat boleh mula, lagi cepat duit masuk.

-----------
Affiliate
-----------

Ini cara paling senang bagi sesiapa yang malas buat bisnes bergerak sana sini dan cara paling true bagi kaki internet yang nak buat duit melalui online. Kerja anda cuma duduk depan komputer dan laptop dan promosikan sahaja produk orang lain. 

Cukup masa, anda cuma perlu tunggu emel mengatakan komisen dah masuk. Masa tu, anda boleh senyum girang dan pergi belanja sesiapa sahaja yang anda nak pergi makan KFC dengan duit komisen affiliate tu.

Selain membantu anda yang malas bangun dari depan komputer tu, affiliate ni juga satu bisnes yang cukup power sebab anda boleh buat duit online secara percuma dan tanpa mengeluarkan modal serta anda bukan sahaja boleh mempromosikan produk dari Malaysia, malah dari seluruh negara!

Peh, anda boleh bayangkan tak kalau komisen tu dalam nilai USD? Mesti lagi banyak KFC yang anda boleh belanja kawan-kawan kan?

-------------
Dropship
-------------

Saya pernah buat dropship. Stail bisnes ni pun stail lepak-lepak dan tak perlu nak pergi sana sini. Anda cuma tolong promosi produk orang lain saja. Dapat jualan, dapatlah komisen.

Anda hanya duduk depan komputer atau laptop, lepas tu lakukan promosi tanpa henti sehinggalah dapat pembeli. Tak payah nak pergi mana-mana. Proses penghantaran tokey dropship setelkan, anda hanya tolong promokan sahaja. Senang cerita, ini memang cara mudah untuk anda buat duit secara online. Sambil makan kacang shandong pun boleh buat kerja ni kan?

Dapat komisen, pergi belanja kawan-kawan makan KFC. Bila kawan tanya apahal kau asyik belanja kami je? Sebelum jawab tu, buat muka berlagak dan beritahulah dengan gagah, "Aku buat bisnes online sekarang!" 

Make sure berdiri dan peluk tubuh masa cakap tu tau.

---------------------------
Jual Produk Sendiri
---------------------------

Yang ni mungkin berat sikit bagi anda. Saya pun tak pernah jual produk sendiri, tapi saya lihat ramai juga yang sudah berjaya buat duit dengan lumayan hasil pengeluaran produk sendiri.


Contohnya macam tokey MZ Secret Soap, brader Muhammad Zukermi, produk keluarannya iaitu sebuku sabun untuk selesaikan masalah kulit muka dan badan telah membantunya menghasilkan jualan yang lumayan! Oh ye, saya juga merupakan ejen sabun MZ ni.

Jadi, macam mana nak keluarkan produk sendiri? Ok, produk fizikal akan memakan modal yang agak tinggi. Jika anda mahu mulakan produk yang tanpa modal, boleh buat produk digital, contohnya seperti ebook.

Andaikata anda ni pandai memasak dan dalam kepala anda ada bermacam-macam resepi yang power dan lazat yang telah diwariskan oleh nenek anda kepada anda. Apa kata, anda buat satu ebook resepi warisan nenek anda ini dan jual kepada mereka yang suka sangat memasak tu.

Dengan cara promosi yang betul, power dan mantap, ebook anda boleh menjadi produk laku keras dek kerana resepi yang anda ajar dalam ebook  tu power gila dan lazat nak hidup! Oh ye, tak lupa juga, duit akan masuk berbondong-bondong dalam akaun bank anda.

Boleh belanja kawan-kawan KFC lagi woi!

-------------
Blogging
-------------

Blogging ni biasanya orang buat pasal nak kongsikan kisah-kisah peribadi seperti hari ni masak apa, dah pernah melancong ke mana, tayar kereta pancit, pengalaman dikejar anjing dan sebagainya.

Tapi tahukah anda bahawa dengan membuat blog boleh menghasilkan pendapatan kepada anda? Anda boleh menggunakan medium pengiklanan seperti Nuffnang, Komli, Innity, MediaWhite, Geniee dan macam-macam lagi medium yang boleh berikan income kepada anda.

Oh ye, anda juga boleh buat duit dengan menghasilkan artikel untuk orang lain dengan mendaftarkan diri dalam Advertorial.my. Tapi, kalau nak dapat job kat sini, anda kena terer menulis la ye. Bukan apa, sebab anda kena buat artikel untuk pihak lain yang mengupah anda. Orang dah upah kan, so kena la buat terer dan gempak sikit, baru orang rasa terpesona. Next time, insyaAllah mereka nak pilih anda lagi sebagai penulis mereka.

Dapat upah, tunggu apa lagi, belanja KFC la!

----------

Jadi, itulah dia 4 cara untuk anda BUAT DUIT SECARA ONLINE. Daripada 4 cara ni anda boleh mana satu yang anda nak buat. Nasihat saya, buatlah satu persatu dahulu. Janganlah tamak sangat nak buat semua sekali. Benda paling penting yang kita kena ada untuk berjaya ialah komited dan konsisten, sebab tu kena fokus satu cara dulu.

Oh ye, jika anda berminat nak buat bisnes secara online, anda boleh dapatkan panduan daripada Tuan Rahman Basri ni (KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PANDUAN), ramai yang dia dah tolong buat jualan ribuan ringgit hasil daripada panduan ni. Nanti bila anda dah dapat ribuan ringgit, belanjalah lebih sikit kawan-kawan tu, jangan takat KFC je. Maybe boleh bawak pergi makan kat restoran berpusing di Menara KL tu. Barulah kawan sayang. Makwe pun boleh jatuh cinta.

Semoga berjaya ye semua!