Ok, kita jumpa lagi untuk tips yang seterusnya. Punyalah saya berusaha nak kongsikan sesuatu yang boleh bagi manfaat kepada anda. Jarang ada anak Melayu macam saya ni kongsi kebaikan dengan anda semua.
Baiklah, kali ini saya nak kongsikan dengan anda 3 tips buat duit secara online. Dengan 3 tips ini saya percaya dan yakin bahawa anda dapat melakukan bisnes online dengan begitu mudah. Jika sebelum ini anda rasa susah nak hidup, selepas anda habis membaca artikel ini, barulah anda akan tahu betapa mudahnya lakukan bisnes secara online ini.
Ayuh kita lihat tips yang telah saya sediakan untuk anda semua.
------------------------------------
1. Fikirkan tentang produk
------------------------------------
Tentang hal produk ni, bagi yang baru nak bermula, eloklah cari produk yang senang terjual dan memang ramai orang cari. Contohnya macam produk berkaitan kecantikan ataupun pelangsingan badan. Ini antara produk yang laku keras dalam perniagaan online. Sebab apa laku keras? Sebab rakyat Malaysia ramai tak yakin depa cantik dan ramai yang obes.
Tapi, kalau malas jual produk fizikal, boleh join perniagaan affiliate. Anda cuma perlu register sebagai ejen affiliate mana-mana produk digital dan anda boleh terus promosikan. Oh ye, pendaftaran pun percuma saja, tak perlu keluar modal. Promolah sampai nak termuntah dan tunggu jela duit masuk dalam akaun.
--------------------------------------------
2. Wujudkan akaun media sosial
--------------------------------------------
Ok, produk dah pilih, tibalah masa untuk promosi. So, ini senjata utama untuk buat promosi, lebih-lebih lagi zaman sekarang ni. Sebabnya, kat sinilah tempat ramai orang lepak secara maya. Tak caya? Cuba tengok kiri kanan anda sekarang, semua tengah sibuk menghadap henpon atau tab masing-masing. Tu tengah hadap media sosial la tu.
Wujudkan akaun media sosial yang popular seperti Facebook, Instagram dan Twitter untuk membantu anda buat duit secara online. Ini adalah 3 laman media sosial yang sering dikunjungi umat manusia. Lautan manusia inilah mangsa-mangsa yang akan berikan duit kepada anda.
Selepas mewujudkan akaun-akaun media sosial anda, promosilah produk anda sehabis baik, pagi, petang, siang, malam sehingga dapat pelanggan dan sehingga mampu memberi pulangan duit yang power kepada poket anda.
-----------------------------------
3. Komited dan konsisten
-----------------------------------
Ok, ni tahap ketiga yang biasanya ramai orang gagal bertahan. Walaupun namanya buat duit secara online, tetapi dengan mengharapkan dapat pulangan lumayan dalam masa satu hari sahaja adalah sesuatu yang mustahak, eh, maksud saya mustahil.
Anda perlu komited dengan usaha promosi anda dan lakukannya secara konsisten dan bersungguh-sungguh. Jangan pernah berhenti melakukan promosi kerana jika anda berhenti, siapa pula yang nak tolong jualkan untuk anda? Kalau tak jual, macam mana poket anda nak penuh dengan duit?
Ye saya tahu, mungkin anda akan temui kekecewaan apabila melakukan bisnes online ini, tapi itu semua adalah lumrah perniagaan, anda tak boleh berjaya dengan hanya one-shot sahaja. Anda perlu terus menerus berusaha sehingga anda berjaya dapatkan apa yang anda impikan.
Percayalah kata-kata saya, apabila anda berjaya mendapat pelanggan pertama, anda pasti akan rasa bangga nak hidup kerana usaha anda akhirnya berbaloi. Jadi jangan berhenti buat promosi!
-----------------------------------
Itulah dia 3 tips buat duit secara online yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Tips ini terhasil daripada pengalaman saya sendiri sepanjang melakukan bisnes online sejak tahun 2010. Saya harap agar anda semua dapat melakukan yang terbaik dan jangan pernah putus asa dalam menjalankan bisnes online ini.
Andainya anda perlukan panduan yang lebih power dan mantap untuk BUAT DUIT SECARA ONLINE dengan mudah dan hanya dari rumah, anda boleh dapatkan tunjuk ajar daripada Haji Rahman Basri (KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PANDUAN) ni. Ramai orang yang dah berjaya hasilkan jualan puluhan ribu ringgit hasil tunjuk ajar beliau. Mungkin sudah tiba pula masa anda untuk mengecapi kejayaan seperti anak didik Haji Rahman Basri itu.
Nanti, bila dah ada duit banyak tu, bolehlah belanja keluarga ke, saudara mara ke, kawan-kawan supaya mereka akan nampak anda kacak dan gagah macam superhero yang selalu kita tengok dalam TV tu.

No comments:
Post a Comment