Zaman sekarang memang ramai yang sedang mencari cara untuk menghasilkan pendapatan tambahan. Lagi-lagi sekarang kat Malaysia ni tengah dilanda kegawatan ekonomi. Harga minyak naik, barang naik, cukai baru, tol naik, semuanya naik. Jadi, nak tak nak, anda pun kenalah cari cara untuk naikkan pendapatan anda.
Tapi, ramai yang malas nak buat side income yang memakan masa yang lama dan memenatkan seperti seperti jual nasi lemak, jual roti canai, jual buku meja ke meja, jual perfume kat pasar malam dan seangkatan dengannya di mana bisnes ini memerlukan kita keluar rumah dan menjalankan aktivitinya.
Jadi di sini, saya nak cadangkan kepada anda 4 cara buat duit secara online tanpa anda perlu keluar rumah dan hanya perlu ada komputer/ laptop dan internet untuk jalankan bisnes ini.
Tanpa membuang masa, jom kita tengok 4 cara ni. Lagi cepat baca, lagi cepat boleh mula, lagi cepat duit masuk.
-----------
Affiliate
-----------
Ini cara paling senang bagi sesiapa yang malas buat bisnes bergerak sana sini dan cara paling true bagi kaki internet yang nak buat duit melalui online. Kerja anda cuma duduk depan komputer dan laptop dan promosikan sahaja produk orang lain.
Cukup masa, anda cuma perlu tunggu emel mengatakan komisen dah masuk. Masa tu, anda boleh senyum girang dan pergi belanja sesiapa sahaja yang anda nak pergi makan KFC dengan duit komisen affiliate tu.
Selain membantu anda yang malas bangun dari depan komputer tu, affiliate ni juga satu bisnes yang cukup power sebab anda boleh buat duit online secara percuma dan tanpa mengeluarkan modal serta anda bukan sahaja boleh mempromosikan produk dari Malaysia, malah dari seluruh negara!
Peh, anda boleh bayangkan tak kalau komisen tu dalam nilai USD? Mesti lagi banyak KFC yang anda boleh belanja kawan-kawan kan?
-------------
Dropship
-------------
Saya pernah buat dropship. Stail bisnes ni pun stail lepak-lepak dan tak perlu nak pergi sana sini. Anda cuma tolong promosi produk orang lain saja. Dapat jualan, dapatlah komisen.
Anda hanya duduk depan komputer atau laptop, lepas tu lakukan promosi tanpa henti sehinggalah dapat pembeli. Tak payah nak pergi mana-mana. Proses penghantaran tokey dropship setelkan, anda hanya tolong promokan sahaja. Senang cerita, ini memang cara mudah untuk anda buat duit secara online. Sambil makan kacang shandong pun boleh buat kerja ni kan?
Dapat komisen, pergi belanja kawan-kawan makan KFC. Bila kawan tanya apahal kau asyik belanja kami je? Sebelum jawab tu, buat muka berlagak dan beritahulah dengan gagah, "Aku buat bisnes online sekarang!"
Make sure berdiri dan peluk tubuh masa cakap tu tau.
---------------------------
Jual Produk Sendiri
---------------------------
Yang ni mungkin berat sikit bagi anda. Saya pun tak pernah jual produk sendiri, tapi saya lihat ramai juga yang sudah berjaya buat duit dengan lumayan hasil pengeluaran produk sendiri.
Contohnya macam tokey MZ Secret Soap, brader Muhammad Zukermi, produk keluarannya iaitu sebuku sabun untuk selesaikan masalah kulit muka dan badan telah membantunya menghasilkan jualan yang lumayan! Oh ye, saya juga merupakan ejen sabun MZ ni.
Jadi, macam mana nak keluarkan produk sendiri? Ok, produk fizikal akan memakan modal yang agak tinggi. Jika anda mahu mulakan produk yang tanpa modal, boleh buat produk digital, contohnya seperti ebook.
Andaikata anda ni pandai memasak dan dalam kepala anda ada bermacam-macam resepi yang power dan lazat yang telah diwariskan oleh nenek anda kepada anda. Apa kata, anda buat satu ebook resepi warisan nenek anda ini dan jual kepada mereka yang suka sangat memasak tu.
Dengan cara promosi yang betul, power dan mantap, ebook anda boleh menjadi produk laku keras dek kerana resepi yang anda ajar dalam ebook tu power gila dan lazat nak hidup! Oh ye, tak lupa juga, duit akan masuk berbondong-bondong dalam akaun bank anda.
Boleh belanja kawan-kawan KFC lagi woi!
-------------
Blogging
-------------
Blogging ni biasanya orang buat pasal nak kongsikan kisah-kisah peribadi seperti hari ni masak apa, dah pernah melancong ke mana, tayar kereta pancit, pengalaman dikejar anjing dan sebagainya.
Tapi tahukah anda bahawa dengan membuat blog boleh menghasilkan pendapatan kepada anda? Anda boleh menggunakan medium pengiklanan seperti Nuffnang, Komli, Innity, MediaWhite, Geniee dan macam-macam lagi medium yang boleh berikan income kepada anda.
Oh ye, anda juga boleh buat duit dengan menghasilkan artikel untuk orang lain dengan mendaftarkan diri dalam Advertorial.my. Tapi, kalau nak dapat job kat sini, anda kena terer menulis la ye. Bukan apa, sebab anda kena buat artikel untuk pihak lain yang mengupah anda. Orang dah upah kan, so kena la buat terer dan gempak sikit, baru orang rasa terpesona. Next time, insyaAllah mereka nak pilih anda lagi sebagai penulis mereka.
Dapat upah, tunggu apa lagi, belanja KFC la!
----------
Jadi, itulah dia 4 cara untuk anda BUAT DUIT SECARA ONLINE. Daripada 4 cara ni anda boleh mana satu yang anda nak buat. Nasihat saya, buatlah satu persatu dahulu. Janganlah tamak sangat nak buat semua sekali. Benda paling penting yang kita kena ada untuk berjaya ialah komited dan konsisten, sebab tu kena fokus satu cara dulu.
Oh ye, jika anda berminat nak buat bisnes secara online, anda boleh dapatkan panduan daripada Tuan Rahman Basri ni (KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PANDUAN), ramai yang dia dah tolong buat jualan ribuan ringgit hasil daripada panduan ni. Nanti bila anda dah dapat ribuan ringgit, belanjalah lebih sikit kawan-kawan tu, jangan takat KFC je. Maybe boleh bawak pergi makan kat restoran berpusing di Menara KL tu. Barulah kawan sayang. Makwe pun boleh jatuh cinta.
Semoga berjaya ye semua!
No comments:
Post a Comment