Monday, July 27, 2015

4 Sebab Tip-top Tedong Kenapa Blog Tidak Jana Income dan Tidak Dapat Buat Duit Secara Online

4 siri dah saya bercerita pasal buat duit secara online. Semuanya saya cerita tentang duit masuk menderu-deru ke dalam akaun anda. Semuanya nampak cantik dan indah je kan? Rasa macam Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee berlari-lari turun bukit sambil menyanyi je kan?

Ok, kali ni saya nak tunjuk side berbeza pula bila buat bisnes online ni. Yup, saya akui, buat bisnes online ni memerlukan kita berusaha secara power dan bersungguh-sungguh. Selain itu, kita juga kena istiqamah supaya kita tak mudah putus asa.

Untuk hal ini, saya cuma akan fokuskan kepada blog. Pada peringkat permulaan, mungkin anda bersemangat waja memulakan blog untuk bisnes online anda. Anda ibarat Satria Baja Hitam yang gagah perkasa yang mahu menumpaskan raksasa. Dalam masa sehari saja, 1-3 artikel anda boleh buat.

Tapi, apabila anda menyedari blog anda tak memberikan anda pulangan langsung, anda mula rasa nak give up. Anda mula rasakan usaha anda tidak berbaloi. Anda diibaratkan seperti Batman yang tidak lagi diterima oleh penduduk Gotham City. Anda lari masuk bilik, lompat atas katil dan menangis semahu-mahunya.

Sebenarnya, ada 4 sebab utama kenapa blog anda tidak menjana income yang anda mahukan. Jadi di sini, saya mahu berkongsi dengan anda semua agar anda dapat lakukan penambahbaikan dan seterusnya menghasilkan blog yang boleh lebatkan duit dalam akaun anda atau sekurang-kurangnya menghasilkan SATU jualan!

Ada banyak cabang dan sumber, tetapi kenapa blog anda masih tidak mampu jana income yang anda harapkan?

-------------------
1. Trafik Blog
-------------------

Ini benda basic. Analogi dia macam anda buka kedai makan tapi anda buka kat tempat yang orang tak lalu langsung. Contohnya anda buka kedai makan tepi kubur yang terpencil. Kalau takde orang, siapa nak beli kan?

Trafik ini ialah para pengunjung blog anda. Lagi banyak pengunjung yang berkunjung ke blog anda, lagi cerah peluang anda untuk menghasilkan jualan. Daripada 1000 orang yang mengunjung blog anda, ada kemungkinan 10% akan jadi pelanggan anda.

Tapi kalau trafik rendah atau tiada langsung, macam mana jualan nak terhasil kan? So, anda perlu belajar skil untuk tarik trafik ke blog anda agar anda boleh menghasilkan jualan dan seterusnya membina pendapatan yang power rangers!

----------------------------------
2. Stail dan cara penulisan
----------------------------------

Ini skil yang penting untuk buat duit secara online. Dengan stail dan cara penulisan yang mantap dan menarik, para pelawat blog anda akan suka dan akan kerapkali melawat blog anda semula.

Penulisan yang ada unsur komedi dan berinformasi adalah gaya penulisan yang disukai orang ramai. Siapa yang tak suka kelakar kan? Cuba tengok Ustaz Azhar Idrus, beliau bagi ceramah yang berinformasi dan ada unsur komedi, sebab tu ramai yang suka tengok.

Sama juga halnya dengan blog ni. Anda kena anda skil penulisan yang bagus. Tapi ingat, benda ni kena gilap selalu, maksudnya kena berlatih selalu, bukan tiba-tiba je terus jadi handal bukan main. Messi pun tak tetibe je jadi terer tau. Dia berlatih dan terus berlatih.

-------------------------------------------------
3. Berharap pada satu saluran sahaja
-------------------------------------------------

Saluran apa ni? Saluran pembentungan ke? Eh, bukanlah, ni saluran nak hasilkan duit anda la. Rata-rata blogger baru hanya bergantung kepada satu jenis saluran sahaja untuk hasilkan duit, sedangkan ada banyak lagi saluran yang boleh memperlebatkan lagi duit anda.

Ada yang sekadar pilih Nuffnang sahaja dan kemudian berharap duit masuk berbondong-bondong. Boleh tu memang boleh, tapi kenapa perlu bergantung pada satu sahaja sedangkan kita boleh pelbagaikan lagi salurannya.

Cuba cari lagi medium pengiklanan yang lain selain daripada Nuffnang supaya anda boleh jana pendapatan dengan banyak dan seterusnya menjadi blogger yang power dan disegani ramai dan juga kacak (ini bonus).

---------------------------
4. Jenis tak bersabar
---------------------------

Anda mesti tahu bahawa berbisnes menggunakan blog tidak boleh memberikan pulangan lumayan dalam masa satu hari, lebih-lebih lagi jika anda baru bermula. Anda perlu bersabar, bukan sikit, tapi baaaaanyak supaya anda boleh bertahan dalam dunia bisnes blog ini.

Anda mungkin akan ambil masa 3 bulan, atau 6 bulan, atau mungkin juga selama setahun untuk menjadikan blog anda dikenali dan berada di page pertama enjin carian seperti Google. Jika ini yang terjadi, insyaAllah jualan senang masuk dan anda mungkin akan tersenyum sepanjang hari kerana selalu sangat cek akaun bank yang duit asyik masuk tanpa henti.

So, bersabar tau!

---------------------------

Itulah dia 3 sebab kenapa anda sukar BUAT DUIT SECARA ONLINE walaupun sudah ada blog. Jadi, anda perlu jadikan ini sebagai sumber rujukan dan cuba perbaiki apa-apa yang patut agar anda berjaya menjana pendapatan dari perniagaan online ini.

Oh ye, jika anda mahu belajar bisnes melalui internet yang power dan awesome, anda boleh dapatkan panduan yang dihasilkan oleh Haji Rahman Basri ini (KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PANDUAN). Bukan nak sembang hebatlah, tapi Haji Rahman ni dah banyak gila tolong orang ramai kat luar sana hasilkan income puluhan ribu ringgit hanya melalui internet sahaja.

Hanya menghadap laptop atau komputer, kemudian buat seperti panduan yang diberikan oleh Haji Rahman, insyaAllah anda boleh cipta mesin duit anda sendiri. Selalu bank je kan yang ada mesin ATM sendiri? Kali ini, apa kata anda pun buat mesin ATM sendiri hasil bisnes online ini. Cubalah dapatkan panduan ini dahulu dan pelajarilah ia. Semoga anda semakin kacak atau cantik dan bertambah kaya.

No comments:

Post a Comment