Sunday, July 26, 2015

3 Cara Legend Tak Ingat Untuk Buat Duit Secara Online

Dari hari ke hari, semakin ramai umat manusia yang berjaya menghasilkan income ribuan ringgit secara online. Hal ini telah menggembirakan hati dan perasaan mereka kerana berjaya memiliki duit yang banyak dengan hanya menghadap komputer atau laptop yang berinternet.

Andainya anda juga mahu tahu cara buat duit secara online, di sini saya mahu kongsikan dengan anda 3 cara buat duit secara online. Selepas ini, saya berharap anda pula boleh merasa gembira dan tenang serta senyum sampai ke telinga sebab berjaya menghasilkan pendapatan ribuan ringgit. Saya juga berharap agar anda dapat tambah pendapatan sedia ada dan boleh belanja ahli keluarga atau kawan-kawan makan KFC. Hmm... Shedap!

----------------------------------
1. Guna Google Adsense
----------------------------------

Ini adalah cara paling legend dan ramai blogger-blogger otai yang dah amalkan Adsense ni untuk buat duit. Sambil tidur pun, otai-otai ni selamba je buat duit. Siap tersenyum ketika tidur sebab macam dah tau-tau je duit masuk.

Macam mana nak buat duit dengan Adsense ni? Caranya ialah anda kena ada blog dan selepas tu pasanglah iklan Adsense dalam blog anda. Ha, ayah mudah kan? Tapi sebenarnya, bukanlah mudah macam tu je, kita kena pastikan trafik ke blog kita mantap.

Trafik ni ialah orang ramai yang mengunjungi blog anda. Lagi ramai orang berkunjung, lagi cerahlah harapan anda untuk buat duit dengan banyak. Jadi, anda kena belajar skil yang power dan betul tentang cara menarik trafik ke blog anda. Bila dah terer tarik trafik, masa tu duit pun masuk menderu-deru dalam akaun anda. Kepala asyik dengar bunyi kaching-kaching saja!

-----------------------------------
2. Guna program Affiliate
-----------------------------------

Yaa... Cara ni pun banyak geng-geng blogger di luar sana guna untuk buat duit secara online . Cara ini juga satu cara yang senang untuk kita hasilkan pendapatan yang lumayan dengan hanya menghadap komputer atau laptop.

Melalui program Affiliate ini, anda dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan produk orang lain dan apabila anda berjaya melakukan jualan, anda akan dibayar komisen. Komisen yang diberikan juga agak tinggi. Ada program Affiliate yang boleh bagi sampai 70% komisen daripada harga produk tau! Kerja anda cuma duduk depan laptop dan promote, tapi komisen power nak hidup!

Jika anda nak belajar cara power buat program Affiliate, boleh belajar dengan Haji Rahman Basri DI SINI.

----------------------------
3. Guna Advertorial
----------------------------

Ok, yang ni dia kena berseni sikit. Lagi berseni anda, lagi masyuklah anda. Tapi bukan seni pendidikan seni yang saya maksudkan seperti buat corak guna cop kentang mahupun pisang, ni anda kena ada seni penulisan sikit.

Advertorial.my adalah satu platform untuk anda buat duit secara online di mana anda perlu tuliskan satu artikel untuk pihak ketiga. Artikel itu biasanya berkaitan dengan promosi sesuatu produk pihak ketiga tu. Sebab tu anda kena ada skil menulis supaya artikel anda tu dapat tarik orang beli produk tu.

Setiap artikel yang anda hasilkan, akan dibayar upah. Tapi, untuk mendapat upah Advertorial ni, anda kena tunjuk dulu ke-power-an anda menulis. Artikel-artikel dalam blog anda haruslah mantap dan sedap dibaca. Lagi hebat kalau orang baca, mulut dia ternganga sebab terlalu asyik membaca.

----------------------------

Jadi, itulah dia 3 cara legend untuk BUAT DUIT SECARA ONLINE. Sekarang ni turn anda pula untuk buat seperti apa yang saya dah rekemenkan ni.

Kalau rasa macam takut sesat jalan, anda boleh dapatkan panduan daripada Haji Rahman Basri (KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PANDUAN) ni. Haji Rahman ni punya baik, selamba je dia ajar orang lain rahsia dia tentang bagaimana nak buat duit puluhan ribu ringgit hanya melalui online. Entah apa baik sangat Haji Rahman ni pun saya tak tau. Jadi, kepada anda yang nak buat duit dengan menghadap komputer atau laptop sahaja, cepat-cepatlah dapatkan panduan Haji Rahman ni. Tak silap saya masih ada potongan harga ni. Cepat woi!

No comments:

Post a Comment