Tuesday, June 30, 2015

Bagaimana Nak Pastikan Pemasaran Facebook Tak Membosankan?

Kejap-kejap iklan, kejap-kejap iklan.

Seriously saya nak tanya, anda semua suka ke tengok iklan yang berlambak-lambak ni? Sudahlah kat tv pun penuh dengan iklan, buka FB pun iklan, Insta iklan, Twitter iklan dan semuanya nak iklan.

Serius ke tak bosan? Saya pasti, kita semua bosan menghadap iklan dan ini adalah cara pemasaran facebook yang membosankan.

Media sosial seperti FB yang kita guna sekarang ni, ramai yang sertai bukan sebab nak tengok iklan, mereka join sebab nak berseronok, nak cari hiburan, nak release tension. Agak-agak kitalah, adakah dengan tengok iklan, kita boleh release tension? Lagi tension ada la kot.

Sebenarnya, tak ada salah apa pun kalau nak beriklan, tapi kena ada cara yang betul. Pemasaran facebook sepatutnya perlu dijalankan dengan cara yang tidak membosankan. Sampai masanya, bila anda letak iklan, orang takkan bosan. Silap hari bulan, orang beli produk anda.

Salah satu cara yang terbaik untuk anda seronokkan atau hiburkan orang baca iklan kita ialah anda kena buat apa yang mereka sedang ikuti sekarang. Maksudnya, apa yang sedang jadi fenomena ketika itu.

Contohnya. Sekarang ni, banyak orang tengah hot berkata pasal kes Azwan Ali maki seorang wanita di laman Twitter nya. So, anda pun kena post sesuatu di FB anda tentang hal Azwan Ali. Tapi, make sure apa yang anda post tu boleh dikaitkan dengan kes tersebut dan Azwan Ali.



Tujuannya, supaya orang seronok nak baca apa yang ada pada laman FB anda. Lagi kerap anda post yang menarik tentang kes Azwan Ali, lagi ramai yang nak baca. Kemudian, dalam masa yang sama, selitkan iklan produk anda yang boleh dikaitkan dengan Azwan Ali.

Anda dah bagi orang seronok, seronok dan seronok, sampai masa, anda minta sesuatu daripada mereka dengan membeli produk anda tapi secara tersirat dan tanpa mereka sedar dan ini adalah cara PEMASARAN FACEBOOK yang bagus untuk bisnes anda.

Jadi ingat, anda kena follow apa yang orang ramai tengah syok atau minat sekarang dan post sesuatu tentang ia. Sekarang ni kita bercakap soal bakal pelanggan kita, bukan diri kita sendiri. So, anda kena hiburkan bakal customer anda la.

Cuba buat apa yang saya kongsikan ni, tengok macam mana hasilnya nanti. Mungkin memakan sedikit masa, tetapi saya percaya ia boleh mengubah prestasi perniagaan anda.


Jika anda adalah seorang peniaga baru, di sini ada cara untuk bantu anda memulakan perniagaan. Klik sini >>> http://bit.ly/1TZn3a6

Wednesday, June 24, 2015

Kenapa Konsultan Takaful Dituduh Menipu?

Hari saya sedikit rajin, jadi nak kongsikan satu perkara mustahak di mana saya sebagai konsultan takaful rasakan ia amat penting. Kepentingannya bukan saja kepada saya, malah melibatkan anda di luar sana juga.

Salah satu sebab kenapa ramai orang menganggap konsultan takaful penipu dan pembohong adalah kerana 'misleading'. 'Misleading' ni maksudnya di sini ialah, seorang konsultan takaful menyampaikan sesuatu yang tidak betul pada tempatnya.


Gambar sumber dari: http://www.memesly.com/meme/rnkasc

Ok, saya ringkaskan saja cerita ini dengan memberi contoh.

Ada konsultan takaful bercerita tentang 'income replacement' kepada prospek. Kemudian, prospek itu bersetuju dengan plan yang disediakan lalu menandatanganinya.

Tetapi, apa yang berlaku, konsultan tersebut telah menyusun plan untuk prospek itu tidak mengikut konsep 'income replacement'. Di mana, dia menyediakan kadar perlindungan yang rendah dan langsung tidak boleh menggantikan gaji si prospek tadi.

Andaikan si prospek tadi mempunyai gaji tahunan RM80,000. Adakah dengan jumlah perlindungan sebanyak RM20,000 jika berlaku hilang upaya kepada prospek adakah ia boleh menggantikan gaji si prospek?

Sudah tentu tidak! Kerana jumlah perlindungan tu pun sudah lebih rendah dari gaji tahunannya.

Bila klien nak claim, dia pun mesti terkejut dengan jumlah yang dia dapat. Masa sebelum sign borang cakap boleh ganti gaji, tapi ni dapat RM20,000 saja, nak ganti gaji apa benda?

Ini yang buatkan klien tu terus mengamuk dan berang lalu mengatakan konsultan takaful penipu. Lepas tu, terus dia anggap semua konsultan takaful sama saja, kaki penipu. Huhuhu... Sentap abang taw.

Satu cara untuk mengelakkan daripada 'misleading' ini ialah, anda sebagai bakal pelanggan haruslah buat kajian dan pembacaan tentang perlindungan takaful ini. Jangan mudah termakan dengan kata-kata manis konsultan kerana kita sedang berbicara tentang duit anda di sini.

Maksimakan penggunaan pengeluaran duit anda untuk mengambil takaful ini dengan memahami setiap butir perlindungan takaful anda. Pastikan setiap konsep yang disampaikan oleh konsultan adalah sama dengan perlindungan yang direka untuk anda.

Saya harap, apa yang saya sampaikan di sini dapat membantu mengelakkan anda daripada mudah terpedaya dengan janji-janji manis konsultan-konsultan di luar sana dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan daripada menuduh para konsultan takaful penipu. Hehehe...

Norizwan Azlan
Konsultan MAA Takaful
0174871417