Ha, semalam seronok kau orang baca jenis-jenis ejen kan? Mesti dalam hati kata, eh dulu aku pernah jumpalah ejen macam ni, eh ejen aku macam ni lah, eh betullah mamat ni cakap, eh, eh... Hahaha! Tak kisahlah ejen kau macam mana sekalipun, tapi pastikan, coverage takaful yang kau ada tu cukup dan sesuai mengikut keperluan kau.
Hari ini, aku nak kongsi pulak jenis-jenis prospek yang ada. Eh ada? Eh, apa, kau ingat takde ke? Mesti ada punyalah. Kalau ejen pun ada jenisnya, prospek pun mesti ada. Kita ni sama-sama manusia, so ada macam-macam ragam. Jom aku perkenalkan jenis-jenis prospek yang boleh dijumpai.
1. PROSPEK TERUS SENYAP
Prospek ni adalah prospek yang bilamana ejen dah bagi proposal atau quotation kat dia, dia akan terus senyap. Prospek jenis ni adalah yang paling popular sekali kau tau. Nisbah dia boleh kata 999,9999 dalam sejuta. Hahaha. Aku selalu sangat dah jumpa prospek macam ni. Takpelah, senyaplah kau di sana.
2. PROSPEK PENGUMPUL QUOTATION
Prospek ni kerja dia kumpul quotation saja. Semua quotation syarikat takaful dia mintak. Tak cukup dengan tu, dia suruh adjust pula quotation sedia ada, lepas hantar balik kat dia. Kerja dia adjust dan kumpul, adjust dan kumpul. At the end, dia pun pening mana satu quotation yang patut dia ambik.
3. PROSPEK BAJET TERER
Prospek ni letih sikit nak layan kerenah dia sebab dia bajet macam tau semua benda padahal tak. Depan ejen dia akan tunjuk terer dia padahal info dia salah. Tapi mana boleh dia mengaku salah kan? Kenalah tunjuk terer jugak, pride kena jaga beb. Hahaha.
4. PROSPEK BANYAK TANYA
Bagi aku, prospek macam ni takde masalah sangat. Dia tanya sebab dia nak faham, tu je. Dengan prospek macam ni, waktu appointment boleh berlanjutan jadi dua jam. Ejen kena bersabar bila berdepan prospek macam ni. Ingat balik niat kita kenapa join bidang takaful, sebab nak tolong orang ada masa depan yang baik.
5. PROSPEK YE, EJEN PUN YE
Ha yang ni, ejen kena hati-hati. Ni kira permainan licik ni. Dia tu ejen, tapi menyamar sebagai prospek. Menyamar sebab nak dapatkan info quotation daripada syarikat-syarikat pesaing. Jaga-jaga dengan orang macam ni.
Haa... Itulah dia 5 jenis prospek yang aku pernah jumpa sepanjang pengalaman jadi ejen TAKAFUL ni. Kau orang yang bergelar prospek ni, agak-agak dalam kategori mana satu ye?
No comments:
Post a Comment