Monday, November 25, 2013

Mahu Bisnes Anda Bertahan Lama?

Assalamualaikum. Semalam saya terima feedback daripada client takaful saya. Alhamdulillah, dia sudah terima kesemua item yang dijanjikan, iaitu buku polisi dan medical card. Selain itu, dia juga tidak lupa untuk upload gambar buku polisi dan medical card yang diterimanya ke Facebook.


Untuk pengetahuan semua, saya closing dengan Puan Maya hanya melalui FB sahaja. Apa yang menarik di sini ialah, dia langsung tidak mengenali saya sebelum ini dan saya pun tidak pernah mengenalinya. Namun begitu, dia tetap mahu memilih saya sebagai ejennya untuk medical card yang diambil olehnya.

Dari sini, apa yang saya dapat pelajari ialah apabila wujudnya KEPERCAYAAN, maka apa sahaja bisnes yang akan hendak dilakukan akan menjadi mudah. Pelanggan perlu mempercayai kita terlebih dahulu sebelum kita boleh mula menjual dan itulah yang saya lakukan apabila closing dengan Puan Maya.


Untuk mendapatkan kepercayaan, anda harus melakukan sesuatu yang membolehkan orang percaya kepada anda. Antaranya ialah meningkatkan kredibiliti anda sebagai orang yang tahu atau pakar tentang produk/servis yang anda jual.

Bagaimana orang nak percaya kepada anda kalau anda sendiri pun tidak tahu tentang produk atau servis yang anda niagakan? Jadi, anda seharusnya berkongsi dahulu dengan prospek-prospek anda tentang produk/servis yang anda jual.

Maka, melalui perkongsian ini, anda dapat mewujudkan kepercayaan prospek kerana mereka tahu anda pakar tentang produk/servis yang anda jual.

Jadi, jika anda adalah seorang peniaga, janganlah terburu-buru sangat untuk membuat jualan sekiranya anda mahu kekal lama dalam bidang ini. Dapatkan dahulu KEPERCAYAAN daripada prospek dan automatik mereka dengan rela hati mahu menjadi pelanggan anda.

Percaya atau tidak dengan apa saya katakan ini? Bertindaklah dahulu dan lihat hasilnya nanti.

No comments:

Post a Comment