Monday, November 18, 2013

Hanya Kau Yang Mampu

Assalamualaikum. Anda tau tak pasal rancangan Versus yang ditayangkan di TV9 tu? Ala, rancangan TV realiti yang menunjukkan bakat band-band muzik yang ada di Malaysia.




Bagi saya, rancangan Versus ada satu rancangan yang bagus kerana ia membantu untuk mengasah bakat sedia ada band-band muzik di Malaysia, di samping membolehkan mereka keluar dari kepompong muzik yang biasa dimainkan mereka.

Setiap band yang saya lihat, mereka mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri setiap kali mempamerkan hasil muzik yang telah mereka cipta. Kelainan yang ditampilkan mereka ini boleh membantu meningkatkan industri muzik negara.

Apa kesan Versus ni?

Sejak mengikut rancangan Versus ni menyebabkan saya rasa bersemangat nak ber-jamming. Saya memang minat muzik, cuma saya tak jumpa kawan-kawan yang nak ber-jamming bersama saya. Tambah-tambah lagi yang mempunyai citarasa yang sama macam saya.

Oleh kerana saya tidak dapat mencari ahli untuk ber-jamming bersama, saya cuba mencari aplikasi yang boleh membantu saya untuk ber-jamming seorang diri dan ini hasilnya.

Garageband




Garageband, satu aplikasi yang cukup hebat dan mantap yang patut dimiliki oleh mana-mana individu yang meminati muzik. Dengan Garageband, anda boleh cipta, reka dan ubahsuai lagu mengikut minat dan citarasa anda.

Selain itu, di dalam Garageband ini ada banyak instrumen yang boleh digunakan untuk mencipta muzik. Ada gitar, piano, drum, orkestra, bass dan macam-macam sound effect yang anda boleh jumpa untuk kreatifkan rekaan muzik anda.

Bagi saya pula, sudah tentu saya boleh jamming seorang diri tanpa ada ahli. Sayalah yang main gitar, sayalah main bass, sayalah main drum dan saya jugalah yang main piano. Saya dapat cipta dan reka muzik mengikut minat dan citarasa saya.

Apa hasilnya?




Disebabkan saya terpengaruh dan terkesima dengan muzik yang ditampilkan oleh Kyoto Protocol semasa menyampaikan lagu Tiada Lagi Kidungmu, maka saya telah memutuskan untuk ber-jamming seorang diri dengan lagu ini.

Anda nak dengar ke? Terus terang saya cakap, suara saya tak sedap sangat dan muzik yang saya buat pun tak berapa nak sedap juga. Tapi saya puas, kerana saya dapat buat muzik yang saya suka, minat dan memenuhi citarasa saya. Jom layan.

No comments:

Post a Comment