Wednesday, November 27, 2013

Aku tidak bernilai lagi


Assalamualaikum. Sebagai konsultan takaful, kena reject itu adalah perkara biasa. Tapi kena reject+maki hamun itu cari gaduh namanya.


Baru lepas membaca satu status seorang sahabat yang juga konsultan takaful yang menceritakan pengalamannya di mana dia di reject dan dimaki oleh seorang wanita ketika cuba menerangkan tentang takaful.

Dengan penuh angkuh wanita ini mengatakan bahawa dia tak memerlukan takaful kerana syarikat tempat dia bekerja ada memberi perlindungan insurans kepadanya.

Tetapi, baru-baru ini wanita ini telah menghubungi kawan saya semula dan meminta bantuannya untuk membuat permohonan takaful. Ini kerana, wanita ini telah dibuang kerja kerana menghidap kanser usus.


Sebenarnya, dia dibuang bukan disebabkan penyakitnya, tetapi dia buang kerana dia selalu mengambil cuti tanpa gaji untuk mendapatkan rawatan untuk penyakitnya.

Tapi, sampai bila syarikat nak tanggung bil rawatan dia kalau dia dah tak boleh nak berbakti kepada syarikatnya kan? Jadi, keputusannya, buang sahajalah.

Wanita ini berasa sangat sedih kerana dianggap seperti tiada nilai lagi kepada syarikat yang dia pernah berbakti. Tapi, business is business. Syarikat nak buat untung, bukan rugi, bukan nak tanggung kos staf yang tak boleh berkhidmat lagi.


Apakan daya, kawan saya ini tidak dapat membantu kerana mana-mana syarikat takaful pasti akan reject individu yang sudah memiliki penyakit sedia ada. Tidak kisah besar mana pun yang dia sanggup bayar, pasti kena reject.

Saya doakan semoga wanita ini tabah menghadapi dugaannya dan kepada kawan-kawan yang membaca entri ni, saya doakan anda semua dijauhkan daripada musibah-musibah macam ini.

No comments:

Post a Comment