Friday, November 22, 2013

Teknik Asas Menguruskan Kewangan Dengan Bijak

Assalamualaikum. Hari ini saya ada buat sedikit pembacaan dan saya temui satu teknik asas di mana ia dapat membantu anda menguruskan kewangan secara bijak dan betul. Jadi, jom teruskan pembacaan anda untuk mengetahui teknik yang power ini.


1. Mula mengurus

Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah mula mengurus perbelanjaan anda. Cetak kalendar penuh dan tandakan tarikh akhir bil anda perlu dibayar. Membayar bil anda tepat pada masanya akan membantu mengelakkan anda daripada mendapat bil tertunggak dan dikenakan penalti.


2. Utamakan yang utama

Senaraikan hutang-piutang yang perlu dibayar. Kemudian, tandakan hutang yang mana satu menjadi keutamaan anda untuk selesaikan. Dengan cara ini, selepas anda selesaikan hutang yang utama, anda akan simpan duit untuk selesaikan pula hutang yang seterusnya.


3. Jejak kewangan

Kenalpasti aliran keluar wang tunai anda sama ada secara mingguan atau bulanan. Lakukan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua bulan. 


4. Ikut bajet anda

Pastikan anda belanja kurang daripada apa yang anda dapat. Jika anda ada masalah untuk menuruti bajet anda, semak semula perbelanjaan anda dan potong mana-mana belanja yang dirasakan tidak perlu.


5. Simpan, simpan dan simpan

Sama seperti anda membayar bil dan segala hutang-piutang, jangan lupa menyimpan untuk diri anda sendiri. Tujuannya adalah untuk memastikan anda ada sumber kewangan yang boleh digunakan ketika kecemasan.


6. Gunakan internet

Gunakan perbankan online untuk membayar bil-bil dan segala hutang piutang anda. Selain itu, perbankan online ini juga ada menyediakan jadual kepada anda untuk mengingatkan bil-bil dan hutang piutang yang perlu dibayar.


7. Buat perancangan

Jika anda mahu dapatkan suatu barangan yang mahal harganya, rancang bila dan berapa banyak yang anda mahu simpan agar anda boleh mendapatkan barangan tersebut. Apabila simpanan sudah mencukupi, jangan lupa untuk survey dahulu harga-harga barangan tersebut di pasaran agar anda mendapat harga yang terbaik.

Jadi, sekian sahaja teknik-teknik yang saya ingin kongsikan kepada anda. InsyaAllah, saya akan kongsikan dengan anda lebih banyak lagi agar saya dapat membantu anda menguruskan wang anda dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment