Thursday, December 5, 2013

Salahnya tidak, tapi tak cukup


APA YANG ORANG SELALU BUAT SILAP SEMASA MENGAMBIL PERLINDUNGAN TAKAFUL.

Sila baca dan teliti setiap maklumat di bawah. Mana tahu, anda boleh buat keputusan yang tepat dengan memilih perlindungan takaful yang betul.
=====================
Ramzan (bukan nama sebenar), berumur 28 tahun dan bekerja sebagai jurutera. Pendapatan tahunannya ialah RM60,000. 

Beliau adalah pencari nafkah utama dengan tanggungan 1 isteri dan 2 anak kecil. 

Dari pendapatan RM60,000 setahun, jika pulangan pelaburan adalah 8% setahun (purata), modal yang diperlukan untuk wujudkan pendapatan berterusan adalah:-

RM60,000 / 0.08 = RM750,000

Dalam erti kata lain, jika Ramzan hilang keupayaan kekal untuk bekerja, beliau akan dapat pampasan RM750,000, letak dalam pelaburan dengan pulangan 8% setahun, maka beliau akan dapat RM60,000 itu tiap-tiap tahun. Dapat tampung keperluan hidup keluarga walaupun sudah tak mampu nak kerja. 

Dari keperluan RM750,000 tu, saya tolak RM50,000 simpanan sedia-ada seperti KWSP, pelaburan lain, maka proposal ideal saya adalah RM700,000.

Manfaat penuh yang Ramzan akan dapat jika beliau ditimpa musibah ialah:-

RM2,000 khairat kecemasan utk belanja kebumi 
RM5,000 khairat tambahan utk upah haji, qurban dan waqaf 
RM700,000 harta pusaka utk dihibahkan pada keluarga tanpa perlu faraid
RM700,000 gantian gaji jika hilang upaya kekal tak boleh bekerja
RM350,000 gantian gaji jika menghidap 46 penyakit kritikal
RM100,000 gantirugi tambahan akibat kemalangan + cuti sakit mingguan
RM300 sehari elaun tunai bila diwadkan di hospital
Pengecualian caruman bila sakit kritikal
Tempoh perlindungan sehingga 60 tahun (tempoh bekerja)

CARUMANNYA HANYALAH SERENDAH RM400 SEBULAN SAHAJA.

Jika Ramzan berminat untuk melengkapkan perlindungan dirinya, beliau boleh menambah medical kad (untuk rawatan hospital).

Terdapat dua pelan yang Ramzan boleh pilih:-

Pelan P200 : RM100,000 setahun, unlimited lifetime limit = RM 91.53 sebulan.

Pelan P300 : RM150,000 setahun, unlimited lifetime limit = RM 119 sebulan.

Kedua-dua pelan ini ada khairat kematian RM5,000.

* Sekarang, bolehkah anda nampak bagaimana takaful boleh gantikan gaji anda andaikata anda sudah tidak boleh bekerja lagi?

No comments:

Post a Comment