Assalamualaikum. Maaf ye para pembaca, sebab entri kali ini saya bahasakan diri saya 'aku'. Sebenarnya saya taip untuk status Facebook saya. Tapi bila dah taip, tengok-tengok jadi panjang pula. Jadi, bila dah panjang, saya rasa lagi elok saya letak dalam blog.
Selamat membaca semua.
=========================
Pernah tak kita terfikir macam ni...
Setiap kali selepas solat kau berdoa supaya anak kau menjadi anak yang soleh/solehah.
Kalau setiap kali solat, memang doa ni lah paling kau tak lupa.
Sebab apa?
Sebab kau tau kalau kau dah tak ada kat dunia ni lagi, antara bekalan yang kau boleh bawa selepas kau mati ialah doa daripada anak-anak kau yang soleh dan solehah tu.
Tapi, itupun kalau anak-anak kau tu kekal soleh/solehah seperti yang kau doakan.
Rilek, jangan marah kalau aku cakap macam ni. Baca penerangan aku dulu.
Kita kalau nak berdoa dengan baik, mestilah dalam keadaan tenang supaya apa yang kita mohon itu jelas dan sampai maksudnya.
Tapi, kalau kita berdoa pun dalam keadaan under pressure, apa agaknya jadi pada doa kau? Mesti kucar-kacir kan? Sedangkan doa lepas Jumaat pun tak nak tunggu, inikan pula under pressure.
Apa kaitan under pressure dengan anak-anak kau tak jadi soleh/solehah macam kau inginkan?
Begini ye aku cuba kaitkan. Andaikata kau meninggal dunia tanpa simpanan yang mencukupi untuk anak-anak kau, rasa-rasa kau, mereka dapat hidup tenang tak?
Dengan gaji orang rumah pun tak cukup nak tampung perbelanjaan hidup, ditambah pula hidup di zaman yang kos hidup tinggi tak ingat, rasa-rasa anak kau hidup tertekan ke tak?
Rasa-rasa kat sekolah tu dia boleh belajar dengan baik ke kalau tertekan?
Rasa-rasa kau dia sempat ke nak doakan kau dalam kubur tu sedangkan hidup dia sendiri tak tenang?
Ya Allah ya tuhanku, jauhkanlah aku dan kawan-kawanku daripada ujian macam ni.
Sebenarnya kau ingat aku beritahu pasal takaful ni suka-suka ke? Pasal nak jadi kaya ke? Bukan macam tu kawan, bukan.
Aku beritahu sebab aku sedar perkara-perkara macam ni. Aku sedar impak kehidupan kalau duit tak cukup. Tak caya? Kau boleh tengok apa yang jadi pada gejala sosial dalam Malaysia.
Antara faktornya adalah ketidakcukupan wang.
Bila tak cukup wang, maka terjadilah rompakan, kecurian, penculikan, menjual dadah, pembunuhan dan macam-macam lagi benda buruk yang boleh berlaku akibat ketidakcukupan wang.
Aku pun tak cakaplah takaful ni boleh menamatkan masalah jenayah ni, tapi at least kita boleh bantu elakkan punca terjadinya perkara ini dengan membekalkan duit yang mencukupi untuk anak-anak kau bila kau sudah tiada nanti.
Bila anak-anak kau ada duit belanja yang boleh tampung dia sampai dewasa, sampai cukup untuk dia masuk alam pekerjaan, dan cukup-cukup untuk dia hidup tenang, insyaAllah dia akan jadi anak-anak yang soleh/solehah yang boleh mendoakan kau untuk bekalan kau di alam barzakh sana.
Memang besar sangat impak takaful ni dalam hidup kita, tapi ramai kurang sedar sebab perkara ini belum terjadi kepada diri sendiri.
Jadi, ramai tak ambil peduli dan tetap teruskan hidup berseronok walaupun ia mungkin akan memberi kesan yang negatif, terutama sekali kepada anak-anak kau.
Jika kau rasa sudah tersedar tentang perkara ini dan memerlukan pertolongan untuk melindungi keluarga kau dengan takaful, kau boleh SMS aku di talian 017-4871417 untuk mendapatkan konsultansi percuma. InsyaAllah aku akan tolong kau sebaik-baiknya.
Semoga kau dijauhkan daripada segala musibah yang aku sebutkan ini.

No comments:
Post a Comment