Semalam saya ada terbaca satu status dalam Facebook daripada leader saya.
Di dalam statusnya dia menyebutkan bahawa ramai orang yang sudah memiliki perlindungan takaful sebenarnya tidak memiliki perlindungan yang MENCUKUPI.
Tak mencukupi?
Apa benda yang tak mencukupi ini?
Mari terus membaca.
Enam ratus ribu ringgit Malaysia
Leader saya memberitahu bahawa dia berkesempatan membuat policy review terhadap seorang prospeknya.
Leader saya bertanya kepada prospek apakah perlindungan yang dia dapat daripada polisinya?
Lalu prospeknya membalas dia mendapat perlindungan RM600,000 jika sesuatu terjadi kepadanya seperti kematian.
Prospeknya juga memberitahu bahawa setiap bulan dia cuma perlu bayar RM200 sahaja.
Selain itu, prospeknya juga mendapat kad perubatan, simpanan dan juga pelaburan.
Wah, nampak gayanya polisi yang prospek leader saya ada ini sudah lengkap dan tiada cacat cela.
Bedah siasat
Setelah mendengar penerangan daripada prospeknya, leader saya pun menyemak buku polisinya untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Selepas beberapa ketika, inilah hasil review polisi yang leader saya temui:
+ Perlindungan asas (mati/hilang upaya menyeluruh) cuma RM100,000.
+ 36 Penyakit Kritikal RM50,000.
+ Medical kad RM50,000 setahun, RM500,000 seumur hidup.
+ Dan faedah2 lain seperti elaun hospital dll.
Selepas penelitian ini, leader saya pun bertanya, di manakah perlindungan RM600,000 yang prospeknya katakan itu?
Prospeknya berkata, "Tu, perlindungan asas RM100,000 campur dengan medical card RM500,000 seumur hidup, kan dah RM600,000 tu. Ejen saya cakap kalau jadi apa-apa pada saya, dah ada perlindungan RM600,000."
Diperdaya kata-kata manis
Inilah masalah yang biasa dihadapi. Ejen cerita lain, dalam polisi lain pula isinya.
Dalam industri takaful ia dipanggil sebagai MIS-SELLING.
Sebenarnya, perlindungan medical card RM500,000 seumur hidup tu bukan bermaksud bila mati atau hilang upaya menyeluruh prospek ini akan dapat RM500,000 tu.
Tapi ia bermaksud, had penggunaan medical card itu untuk seumur hidup hanyalah sehingga RM500,000 sahaja.
Prospek ini hanya akan dapat RM100,000 (perlindungan asas) sahaja jika mati atau hilang upaya menyeluruh.
Di samping itu, jika prospek menghidapi sakit kritikal, dia cuma akan dapat RM50,000 sahaja dan nilai ini ditolak daripada perlindungan asas RM100,000 itu.
Prospek juga memang akan dapat simpanannya semula, cuma sikit sajalah.
Sebabnya, duit yang prospek simpan setiap bulan itu sudah dikenakan caj perkhidmatan selama 6 tahun. Info ini boleh dilihat dalam illustrasi yang sepatutnya ditunjukkan oleh ejen.
Jadi, prospek boleh tahu berapa jumlah simpanan yang sebenarnya dia dapat bila simpan dalam takaful ni.
Tegakkan hak anda
Sebelum menyertai mana-mana skim takaful, pastikan anda tahu hak anda sebagai pengguna.
Dapatkan maklumat secara terperinci dan jelas.
Jangan mudah termakan dengan kata-kata manis ejen. Berfikir sebaik-baiknya sebelum menurunkan tandatangan anda yang berharga itu.
Pastikan anda mendapat perlindungan takaful yang boleh membantu meringankan beban kewangan anda sekiranya anda ditimpa musibah.
Jika anda sudah memiliki polisi takaful, teliti semula polisi anda.
Lihat sama ada polisi anda betul-betul mencukupi atau tidak.
Jika polisi yang anda ambil itu tidak boleh membantu meringankan beban kewangan anda ketika ditimpa musibah, maka anda berada dalam masalah yang besar.
Kalau tak faham baca polisi, boleh rujuk saya untuk POLICY REVIEW PERCUMA. Polisi dari mana mana syarikat saya terima untuk review. Yang penting, anda faham apa faedah anda ada dan lihat sendiri, cukup ke tak cukup.
JANGAN BERI HARAPAN PALSU PADA KELUARGA, TERUTAMANYA ANAK-ANAK ANDA SENDIRI, KONONNYA POLISI TU AKAN SELESAIKAN SEMUA MASALAH NANTI. The truth is, ramai di kalangan anda yang UNDER-INSURED (TAK CUKUP COVERAGE)
Sila hubungi atau SMS saya di nombor ini (017-4871417) untuk mendapatkan konsultansi perlindungan takaful secara PERCUMA.




No comments:
Post a Comment