Friday, January 3, 2014

Hidup Lebih Lama Dengan Duit

Assalamualaikum. Baru-baru ini saya berkesempatan membaca sebuah buku yang bertajuk 'Kesihatan dan Kewangan'. Buku ini ditulis oleh seorang doktor bernama Doktor Ramli Tahir.

Latar belakang

Doktor Ramli Tahir mendapat ijazah perubatan dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai sebuah klinik pergigian dan kini sedang bergiat aktif dalam bidang pengurusan kewangan berkaitan dengan kesihatan.

Buku 'Kesihatan dan Kewangan' ini ditulis untuk menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya untuk kita menguruskan kewangan kita terutama sekali berkaitan dengan kesihatan.

Ramai orang memandang enteng tentang pengurusan kewangan terutama sekali apabila ia melibatkan kesihatan.



Tak ada duit, tak ada rawatan

Adakah duit memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik?

Jawapan untuk persoalan ini sebenarnya kita boleh dapat dengan melihat situasi yang berlaku pada hari ini. Banyak berita di dalam akhbar mahupun televisyen memaparkan kisah-kisah individu yang memohon bantuan kewangan untuk memastikan mereka mendapat semula kesihatan yang baik seperti sediakala.

Jadi, melalui situasi ini sahaja kita dapat lihat betapa pentingnya duit untuk membantu kita mendapatkan semula kesihatan yang baik.

Di dalam buku ini Dr. Ramli Tahir ada menceritakan tentang bekas pesakitnya yang menghidapi penyakit jantung dan telah dirujuk ke Institut Jantung Negara. Dia perlu menjalani pembedahan untuk memulihkan penyakitnya.

Dia dijadualkan akan menjalani pembedahan 6 bulan selepas tarikh dia dirujuk di IJN. Malangnya, pesakit Dr. Ramli ini hanya mampu bertahan selama 3 bulan dan selepas itu dia telah meninggal dunia.

Hidup lebih lama

Persoalannya di sini, jika pesakit Dr. Ramli ini mempunyai wang, adakah dia akan hidup lebih lama lagi? Ya, mungkin.

Dia mungkin boleh hidup lebih lama jika dia ada wang yang boleh digunakan untuk membayar kos pembedahannya di hospital swasta. Jadi, dia tidak perlu menunggu lama untuk gilirannya menjalani pembedahan.

Di dalam buku ini, Dr. Ramli ada mengatakan apabila kita sakit ada dua faktor utama yang boleh mengubati kita. Pertama ialah mendapatkan ubat atau rawatan perubatan dan yang kedua ialah masa.

Kedua-dua faktor ini memerlukan duit untuk kita memperolehinya.

Apabila ubat terlalu mahal dan hospital kerajaan tidak dapat sediakannya, maka, nak tak nak kita perlu gunakan duit sendiri untuk mendapatkannya.

Apabila sesuatu pembedahan itu mahal dan ramai menunggu di hospital kerajaan, nak tak nak kita kena keluarkan duit belanja sendiri jika kita mahu menyegerakan pembedahan yang ingin kita lakukan.

Jadi di sini, sudah terbukti bahawa, dengan memiliki duit yang banyak, kita boleh hidup lebih lama. Ajal itu sememangnya ditentukan oleh Allah S.W.T, tetapi kita juga perlu berusaha untuk mengubati penyakit yang kita hidapi.

Maka, akan tiba suatu masa nanti bila mana kita tak dapat mengelak daripada memerlukan duit untuk menjaga kesihatan dan mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan penyakit yang kita hidapi.

Simpanan tidak mencukupi, jangan risau.

Alhamdulillah. Pada masa kini kita tidak perlu lagi risau andainya kita tidak mempunyai banyak wang untuk menjalani pembedahan yang mahal pada kadar segera.

Ini kerana, di Malaysia sudah ada berlambak syarikat takaful yang menawarkan perkhidmatan kad perubatan yang boleh membantu anda menjalani pembedahan yang mahal dengan kadar segera.

Apa yang perlu anda buat hanyalah membayar caruman pada kadar yang rendah untuk mendapatkan perlindungan kos perubatan berjumlah sehingga RM250,000 setahun (had tahunan untuk MAA Takaful).

Dengan kad perubatan ini, walaupun kad perubatan anda baru berusia satu bulan, ia sudah boleh digunakan untuk menanggung kos pembedahan yang mahal harganya.

Jadi, anda tidak perlu lagi risau seandainya anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menjalani pembedahan yang mahal, kerana anda sudahpun memiliki kad perubatan yang boleh menanggung kos rawatan anda 100%.

Jadi saya doakan agar anda semua akan berada dalam keadaan siap sedia sebelum sesuatu musibah itu menimpa anda. Pepatah yang mengatakan 'sediakan payung sebelum hujan' adalah satu pepatah yang patut kita fahami dengan baik agar kita sentiasa berada dalam keadaan siap siaga sebelum bencana menimpa.

Semoga entri ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Saya mendoakan agar anda semua akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Jika anda merasakan entri ini bagus untuk dikongsikan dengan rakan-rakan anda, janganlah segan silu untuk menekan butang 'share' di bawah ye. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat yang sebaik-baiknya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment