Setiap orang mengimpikan berat dan bentuk badan yang ideal.
Bagi kaum lelaki, ada yang mahu badan seperti Brad Pitt.
Bagi kaum perempuan pula, ada yang mahu potongan badan
seperti Angelina Jolie.
Oleh kerana ingin mencapai impian seperti di atas, ramai
orang sanggup melakukan pelbagai jenis diet dan senaman.
Namun begitu, tidak ramai yang tahu bagaimanakah cara yang
betul untuk kuruskan badan.
Akibat terlalu teruja untuk mencuba pelbagai jenis diet dan
senaman tanpa mengetahui cara yang betul akhirnya boleh mendatangkan
kemudaratan kepada diri sendiri.
Oleh itu, jika anda mahu menguruskan badan, maka anda perlu tahu
bagaimana cara yang betul untuk melakukannya.
Teknik kuruskan badan yang betul.
Penurunan berat badan sebenarnya berkait rapat dengan kalori.
Berat badan akan turun apabila jumlah kalori yang digunakan
oleh badan melebih jumlah kalori yang diambil.
Contohnya, kalori yang diperlukan oleh badan anda ialah
1800, tetapi kalori yang anda ambil hanyalah 1600.
Jadi, akan berlakulah
pengurangan berat badan. Begitu juga sebaliknya.
Berapakah kalori yang perlu dibakar untuk turunkan 1kg?
Tidak ramai yang tahu jawapan kepada soalan ini.
Ini kerana, apabila orang bertanya berapa berat yang sudah
kita kurangkan, kita akan menjawab dalam kilogram, bukan dalam unit kalori.
Untuk pengetahuan anda, untuk mengurangkan berat sebanyak 1
kilogram, kalori yang perlu anda bakar adalah sebanyak 7700.
Jumlah ini sangat tinggi dan atas sebab inilah mengapa
pertambahan dan pernurunan berat badan tidak berlaku dalam masa sehari sahaja.
Jadi, untuk menurunkan berat badan dengan betul adalah dengan
mengawal kalori pemakanan anda.
Tetapi, bagaimana pula hendak mengetahui berapakah kalori
yang diperlukan oleh badan anda dan berapa jumlah kalori yang perlu
diambil?


No comments:
Post a Comment