Saturday, February 8, 2014

Jangan terminate lagi bro

Semalam aku dapat close dua kes. Satu kes medical card dan satu lagi kes takaful hayat.

Petang semalam aku singgah la kejap kat kedai mamak jumpa client aku, dia nak jumpa aku sangat-sangat sebab nak sign dokumen hari ni jugak. Aku pun ok jela.

Client aku cakap dia nak ambik cepat pasal dia dah terminate takaful dia yang sebelum ni. Peh, terkejut aku. Padahal aku tak pernah pun pengaruh dia suruh stop takaful lama tu.

Jangan lagi


"Bro, patutnya ko jangan terminate lagi."

"Kenapa?"

"Sebabnya, walaupun ko ambik dengan aku, ko dah sign, benda ni ambik masa sikit sebab nak tunggu approval. Kalau ko dah terminate ni, ko dah hilang protection kewangan ko."

Di wajahnya terpancar sedikit riak kebimbangan bila aku cakap macam tu. Malah, bukan dia saja yang nampak risau, isteri dia yang turut anda bersama pun nampak macam bimbang.

Berapa lama ye?


"Izwan rasa, berapa lama ambil masa untuk polisi ni siap ye?"

"Paling cepat sebulan kalau takde masalah. Tapi kadang kala boleh membawa kepada 2 bulan juga."

Ini memang realiti. Bila ambil takaful ni, bukan serta merta terus aktif perlindungannya. Perlu ambil sedikit masa sebab syarikat takaful perlu mengenalpasti siapa pelanggannya dan untuk mengelakkan berlaku penipuan maklumat.

Bila aku cakap ambil masa sebulan hingga 2 bulan untuk siap, wajah isteri dia jadi makin bimbang. 

Yelah, mana tak bimbang, polisi takaful dah terminate, jadi memang client aku ni zero protection la. Kalau pape jadi kat client aku ni, sakit la wife dia sebab nak tanggung 3 orang anak sorang-sorang. Lainlah kalau ada protection, kurang sikit kebimbangan tu.

Cepatkan permohonan

Sebelum aku nak balik tu, aku bagitau kat client aku tu. Nak terminate ni tak ada masalah, tapi kena pastikan kita dah ada polisi takaful yang memang dah aktif.

Kemudian, kalau nak terminate yang lama pun, pastikan polisi yang baru tu dah aktif selama 4 bulan paling kurang. Bukan apa, sekalipun dah ada protection, tapi kalau musibah seperti kematian atau hilang upaya menyeluruh atau sakit kritikal tu datang dalam jangka masa kurang 4 bulan, maka ini boleh menimbulkan keraguan kepada syarikat takaful dan seterusnya memungkinkan waris tak dapat pampasan.

So, benda ni kena ambil perhatian sangat-sangat, tak boleh ambil mudah untuk main terminate je.

Lepas aku terangkan pasal ni, aku pun nak gerak balik. Masa aku nak bangun tu, wife client aku panggil aku.

"Izwan, tolong buat cepat ye."

Terpapar wajahnya yang bimbang bila cakap macam tu.

"Kak jangan risau ye, saya akan cuba sedaya upaya untuk percepatkan permohonan suami akak ni. Doa-doakanlah permohonan ini berjalan lancar dan diluluskan segera."

Kemudian aku pun berlalu pergi sambil memikirkan betapa beratnya tugas sebagai seorang konsultan takaful ni. Orang bagi amanah kena buat betul-betul, sebab mereka memang percayakan aku untuk melindungi mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah aku menjadi konsultan takaful yang jujur dan amanah dalam membantu melindungi orang ramai dilindungi daripada musibah kewangan. Aku memohon bantuanMu sangat-sangat ya Allah. Bantulah aku demi kesenangan umat manusia di masa hadapan.

Andainya korang rasakan isu ini perlu dikongsi dengan kawan-kawan korang yang ada niat nak terminate polisi takaful diorang, maka kongsikanlah. Semoga mereka pun mendapat manfaat hasil perkongsian ini.

No comments:

Post a Comment