Ada kawan aku ni, pendapatan tahunan dia RM48,000. Dia ni berniaga, so aku tanya dia.
"Kalau ko dah tak boleh berniaga, ko dapat buat lagi tak RM48,000 setahun ni?"
"Memang tak dapatlah."
Pastu aku tanya lagi.
"Kalau ko dah tau tak dapat, ko ada cara ke macam mana nak dapatkan RM48,000 tu tiap-tiap tahun?"
"Hmm.. Takde la bro. Ko ada cara ke?"
Lalu, aku pun tunjukkan caranya. Sila baca dengan teliti.
Untuk mendapatkan RM48,000 tiap-tiap tahun, kawan aku ni perlu laburkan RM600,000 ke dalam skim pelaburan yang bagi dividen 8% setahun.
Kemudian aku soal kawan aku ni.
"Ko ada RM600,000 tak sekarang? Kalau ada, gi melabur kat mana-mana skim pelaburan yang boleh bagi dividen paling kurang 8%. Nanti tiap tahun, ko dapatlah dividen RM48,000. Kalau ko mati pun, tak yah risau pasal belanja anak bini, sebab dividen tu pun dah jadi macam gaji ko."
"Itu kalau ada, masalahnya, aku tak ada duit banyak tu, macam mana?"
"Jawapannya, ambiklah takaful. Kalau kau mati, anak bini ko boleh dapat RM600,000 tu. Lepas tu, diorang labur la duit tu kat mana-mana skim pelaburan yang boleh bagi dividen 8%. Lepas tu, diorang boleh guna dividen tu sebagai ganti gaji ko."
"Hah, berapa bulan-bulan tu?"
"Sabar, meh aku tunjuk apa aku boleh bagi dulu."
============================== =
Manfaat yang akan diterima (Umur 29 tahun, tempoh 30 tahun):
+ Manfaat kewangan akibat Kematian/ hilang upaya menyeluruh = RM600,000
+ Manfaat kewangan akibat Sakit kritikal = RM600,000
+ Manfaat kewangan akibat kemalangan = RM50,000
+ Khairat kematian = RM7,000
+ Manfaat kewangan kerana kematian/ hilang upaya menyeluruh akibat kemalangan di seluruh negara = RM50,000
+ Elaun hospital = RM400/ hari
============================== =
"Hah, berapa bulan-bulan ni?"
"10% daripada gaji ko, RM400."
"Pergh! Mahal bro."
"Bro, ko hilang 10% je untuk dapat protection 100% untuk gaji ko. Hilang 10% daripada gaji ko, ko rasa boleh survive lagi tak?"
Ok, ni aku tinggalkan untuk korang semua jawab sebab aku tau setiap orang ada jawapan yang berbeza.
Apa sahaja pandangan dan pendapat korang, aku terima. Siapalah aku nak tolak mentah-mentah pandangan korang.
Aku bukan pandai mana pun, dok belajar lagi pasal erti sebenar kehidupan.
Namun aku harap perkongsian ini membawa manfaat kepada korang.



No comments:
Post a Comment