Monday, March 9, 2015

7 Perkara Yang Anda Patut Tahu Sebelum Memiliki Takaful


Kebanyakan daripada kita membuat sesuatu keputusan berkaitan pemilikan takaful adalah disebabkan pengaruh atau pujukan yang sebenarnya tak membantu kewangan kita.

Kesannya, jika kita ditimpa musibah, maka duit gantirugi yang diterima tidak cukup untuk kita mahupun keluarga meneruskan hidup dengan selesa, sama seperti sebelum kita ditimpa musibah.

Maka, atas sebab itulah, saya mahu kongsikan kepada anda 7 perkara yang patut kita tahu sebelum membuat keputusan untuk memiliki takaful hayat.

1. Reviu keperluan takaful anda
Berjumpalah dengan mana-mana konsultan takaful yang anda percaya dan mintalah mereka bantu anda untuk menentukan polisi takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda.

2. Tentukan berapa jumlah perlindungan yang anda perlukan
Berapa pendapatan anda sekarang? Siapa yang bergantung kepada pendapatan anda? Bagaimana keluarga anda nak dapatkan duit perbelanjaan dan melangsaikan hutang apabila anda sudah tiada?

Berdasarkan soalan-soalan inilah, anda boleh tentukan berapa jumlah perlindungan yang patut anda miliki. Selain itu, anda juga boleh putuskan berapakan jumlah caruman yang anda mampu bayar agar perlindungan yang anda ada boleh selesaikan masalah yang disebutkan di dalam soalan-soalan di atas.

3. Nilai semula polisi takaful semasa anda
Jika anda sudah memiliki polisi takaful, mungkin anda patut menilainya semula agar ia bersesuaian dengan kedudukan kewangan anda sekarang. Contohnya, jika polisi takaful semasa anda diambil ketika gaji anda RM2000, tetapi kini gaji anda sudah meningkat menjadi RM5000, maka anda patut menilai polisi anda semula.

4. Pastikan anda mampu membayar caruman takaful
Pilihlah caruman takaful di dalam kadar yang anda mampu bayar tetapi pada masa yang sama boleh melindungi kewangan anda andainya ditimpa musibah.

5. Ketahui penjanaan tunai dalam simpanan takaful anda
Minta ejen takaful yang anda jumpa untuk tunjukkan ilustrasi penjanaan tunai dalam simpanan takaful agar anda boleh ketahui segala caj yang dikenakan dan juga jumlah simpanan terkumpul.

6. Simpan polisi semasa anda
Jika anda berhasrat untuk mengambil perlindungan takaful yang baru, jangan terus membatalkan polisi lama anda kerana proses polisi takaful yang baru akan mengambil sedikit masa untuk disiapkan. Andainya sesuatu terjadi kepada anda dan polisi lama sudah dibatalkan dan yang baru belum siap, anda tidak akan dapat satu manfaat pun daripada syarikat takaful.

7. Fahami segala info sebelum bertindak menandatangani borang
Pastikan anda faham segala info yang diberikan oleh ejen anda. Jika tidak faham, tanya ejen anda semula. Anda berhak untuk ketahui semua info tentang takaful.


Friday, January 23, 2015

Ramai Tidak Tahu Bahawa 60% Hingga 90% Daripada Duit Simpanan Anda Hangus Apabila Disimpan Dalam Takaful!

Takaful Menghanguskan Duit Simpanan Anda?

Mungkin ramai tidak tahu tentang hal ini. Ramai yang baru tahu apabila mereka nak keluarkan duit dari simpanan takaful, jumlahnya seperti tidak yang disangkakan.

Akibatnya, ada yang mengamuk tak ingat dunia kerana mereka menyangkakan duit mereka akan beranak pinak dalam sistem takaful, tapi tidak langsung!

60%-90% duit simpanan anda yang hangus itu dibayar untuk yuran wakalah.

Contoh:
Anda mencarum RM100.
Yuran wakalah ialah 60%.
Maka, duit anda yang akan hangus ialah,
RM100 x 60% = RM60.00!!!


Tinggal baki RM40 sahaja.

Sayu kan?

"Macam ni, baik aku simpan dalam ASB ke, Tabung Haji ke, hampeh tol!"

Sabar...

Anda kena tahu, menyimpan di dalam TAKAFUL, tujuan UTAMANYA bukanlah untuk perlaburan, tetapi untuk MELINDUNGI GAJI ANDA.

Bukankah menyeronokkan jika anda sudah hilang keupayaan bekerja, tetapi gaji tetap berjalan hasil bantuan takaful? Betul tak?

Norizwan Azlan 
Konsultan MAA Takaful 
017-4871417
Ipoh-Lahat-Seri Iskandar

Monday, January 5, 2015

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Ambil Takaful



Apabila dengar saja perkataan takaful, ramai yang akan melarikan diri. Ramai yang tak suka dengan takaful walaupun ia sebenarnya membantu melindungi pendapatan anda.

Jadi, di sini, saya nak kongsikan 5 sebab kenapa anda tak perlu ambil takaful. Jadi lain kali, jika ada ejen takaful cuba menjual polisi takaful kepada anda, bolehlah anda bagi 5 jawapan ini.

1. "Saya masih dapat gaji jika meninggal dunia/ hilang upaya."
Jika majikan masih boleh bagi anda gaji walaupun anda sudah meninggal dunia atau hilang upaya keseluruhan, maka anda tak perlu fikir langsung untuk ambil takaful. 

2. "Kerajaan boleh bantulah."
Jika pihak kerajaan boleh bantu keluarga anda sebaik-baiknya selepas anda meninggal dunia atau hilang upaya, maka jangan fikir langsung untuk ambil takaful.

3. "Simpanan saya banyak dah."
Jika simpanan anda sudah banyak dan cukup untuk melindungi pendapatan anda, maka takaful bukanlah suatu kewajipan untuk anda miliki.

4. "Saya dah nak pencen dah."
Jika anda sudah nak pencen, mungkin dalam tempoh masa 1-3 tahun saja lagi, maka usah risaukan langsung tentang takaful ye.

5. "Keluarga saya boleh tanggung saya la."
Jika keluarga anda mampu tanggung anda ketika anda hilang upaya, maka anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada takaful.

"Tapi macam mana jika saya tak ada kelima-lima sebab ni?"

Laa... Apa susah, ambillah takaful.

Sila SMS/ Whatsapp/ Call ke nombor di bawah:


Jom set appointment.

Thursday, August 14, 2014

3 salah faham tentang menyimpan duit

Simpan duit, simpan duit, simpan duit.

Semasa saya kecil, ibu saya selalu berpesan menyuruh saya menyimpan duit supaya saya dapat gunakan ia pada waktu yang diperlukan.

Kadangkala saya simpan, kadangkala tidak. Ada waktu saya simpan duit sebab nak beli komik kegemaran saya iaitu 'Mutiara Naga' atau lebih dikenali sebagai 'Dragon Ball'.

Di sini saya ingin memberitahu kepada anda semua 3 salah faham tentang menyimpan duit.

Salah faham ini sering berlaku kepada sesiapa sahaja di luar sana termasuk anda.


Salah faham pertama: Belanja dulu baru simpan

Inilah adalah kesilapan biasa yang sering manusia lakukan. Apabila dapat gaji, mereka akan belanjakannya dahulu dan jika ada lebih baru mereka simpan.

Itu pun jika ada lebih, jika tidak ada lebih bagaimana? Pasti simpanan tidak dapat dilakukan langsung.

Jadi, anda sepatutnya menyimpan dahulu sebahagian duit gaji anda sebelum dibelanjakan. Selepas membuat simpanan, maka anda boleh belanjakan kesemua baki duit gaji anda.


Salah faham kedua: Tunggu gaji naik

Inipun salah satu salah faham yang sudah menjadi kelaziman pada semua manusia.

Nak tunggu gaji naik baru nak buat simpanan.

Sebenarnya, apabila gaji naik, selera membeli anda juga bertambah. Jadi itu tetap membuatkan gaji anda sentiasa tidak cukup untuk menyimpan walaupun gaji anda naik.

Sebaiknya, anda disiplinkan diri anda untuk menyimpan bermula dari sekarang dan bukan tunggu gaji naik. Disiplinkan diri walaupun dengan gaji yang kecil.


Salah faham ketiga: Nantilah. Semuanya ok

Semuanya ok la, takkan jadi apa-apa la.

Ramai orang yang tidak menyimpan duit kerana mereka menganggap semua perkara akan berjalan lancar dan tidak akan timbul masalah.

Siapalah kita nak tentukan semuanya akan berjalan lancar, lambat laun pasti akan ada musibah menimpa. Tidak kira sama ada kecil atau besar musibah tersebut, ia mungkin memerlukan duit.

Kereta saya pernah sekali tiba-tiba suhunya naik dan bila dihantar ke bengkel untuk dibaiki didapati kipas sudah tidak berfungsi dan radiator juga sudah rosak dan lama. Maka, melayanglah RM600.00 saya untuk membayar kos tersebut. 

Mujur saya ada buat simpanan. Jika tidak, tersadailah kereta saya di bengkel lalu mengganggu tugas kerja saya.

Dalam hidup ini, kita kena sentiasa bersedia kerana malang sememangnya tidak berbau. Jadi, simpanlah duit anda untuk perkara-perkara kecemasan yang mungkin akan menimpa kita.

Saya berharap agar artikel ringkas saya ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Jika anda rasakan artikel saya bermanfaat, saya mohon agar anda dapat klik button 'Share' di bawah untuk dikongsikan dengan rakan-rakan anda pula. Mana tahu mereka turut mendapat manfaat yang sama macam anda.

Wednesday, August 13, 2014

Teknik terbaik menyimpan duit


Orang dulu-dulu menghasilkan pepatah berdasarkan perkara-perkara yang mereka alami.

Sehingga kini, banyak pepatah zaman dahulu digunakan di dalam cerita-cerita untuk dijadikan pengajaran.

Antara pepatah yang paling sesuai dijadikan pengajaran agar anda semua beramal untuk menyimpan duit ialah, 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.

Simpan sedikit pun sudah OK!

Apabila anda mendapat gaji setiap hujung bulan, perkara pertama yang sepatutnya anda lakukan ialah menyimpan duit anda.

Anda boleh simpan duit di mana-mana tempat yang anda mahu. Sama ada di bank, perlaburan amanah, insurans/ takaful dan sebagainya.

Namun hakikatnya, masih ramai yang tidak bertindak sebegitu rupa.

Jadi bagaimana hendak mengatasi masalah ini?

Jika anda tidak boleh menyimpan sewaktu anda dapat gaji, maka simpanlah duit baki yang anda dapat bagi setiap perkara yang dibelanjakan.

Contohnya, kita membeli barang di pasaraya. Apabila kita membayar dan mendapat bakinya, maka simpanlah duit itu di dalam tabung khas.

Contoh lain, jika anda makan di luar dan sewaktu membayar, anda akan dapat bakinya dan baki itulah anda akan simpan di dalam tabung.

Tak kisahlah jumlahnya 10 sen ke, 20 sen ke, 50 sen ke, asalkan anda menyimpan sudah dikira bagus.

Biarlah jumlah simpanan anda bermula sedikit, asalkan anda jadikan ia sebagai amalan.

Bak kata pepatah, 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.


Awal-awal memang nampak lesu bekas tabung anda, tetapi jika diamalkan amalan yang saya sebutkan tadi, insyaAllah tabung anda akan penuh juga nanti.

Saya juga mempunyai tabung khas untuk duit baki bagi setiap perbelanjaan yang saya buat. Saya tak sempat kira, tapi bila ditimbang tabung itu, jumlah beratnya ialah 7 kilogram!

Hmm... Agak-agak berapalah jumlah duit saya dalam tabung tu ye?

Tuesday, August 12, 2014

3 Persediaan Sebelum ...


Mati adalah satu perkara yang misteri dan tiada sesiapa di dunia ini yang mengetahui tentang tarikh kematiannya.

Ia akan datang pada bila-bila masa tanpa ada isyarat ataupun tanda-tanda. Bila ia mahu terjadi, maka akan jadilah ia.

Sebab itulah kita perlu melakukan persediaan sebelum tarikh kematian kita tiba. Tanpa disangka mungkin esok, minggu depan ataupun bulan depan akan tiba masa kita.

Jadi di sini ada disenaraikan 3 perkara yang perlu kita sediakan sebelum mati.

===




#1.  Amalan
Pastikan amalan kita kepada Allah dibuat sebanyak mungkin, bukan secukupnya. Ini kerana kita tidak tahu berapa jumlah amalan yang cukup itu.

Makin banyak amalan kita kepada Allah, semakin mudah Allah sediakan laluan untuk kita ke syurga.

Amalan kepada Allah hanya boleh dibuat apabila kita masih hidup di dunia ini sahaja. Apabila kita sudah mati, tiada amalan yang dapat kita lakukan lagi.



#2.  Hutang
Langsaikan segala hutang piutang kita. Jangan buat tak tahu dan jangan ditinggalkan begitu sahaja.

Allah sangat menitikberatkan hal hutang kepada umat Islam. Sehingga satu tahap, mereka yang mati syahid pun tidak akan mendapat ganjaran jika mempunyai hutang di dunia.

Masalah hutang ini memang sangat berat bagi manusia, tetapi ramai yang masih menganggap ia perkara kecil sahaja. 

Jadi, cuba ambil masa seketika dan fikirkan kepada siapa yang kita masih berhutang dan langsaikanlah dengan sesegera mungkin.


#3.  Harta
Sewaktu kita hidup, isteri dan anak-anak banyak bergantung kepada kita untuk mendapatkan keperluan hidup.

Makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya banyak yang disediakan oleh kita sebagai suami.

Maka, sebelum kita meninggal dunia, pastikan kita meninggalkan sejumlah simpanan yang boleh membantu isteri dan anak-anak kita dapat meneruskan kehidupan sama seperti ketika kita masih hidup.

Adalah lebih baik jika simpanan itu dapat menggantikan gaji kita yang telah hilang akibat kematian kita dan dengan itu isteri kita tidak perlu lagi bekerja untuk menyara kehidupannya dan anak-anak kita.

===

Semoga dengan perkongsian ringkas ni saya harap dapat membantu anda semua membuka mata lebih luas tentang persediaan yang harus kita ambil sebelum kita pergi berjumpa Illahi.

Jika anda rasa artikel ini sesuai dikongsikan dengan rakan anda, jangan ragu-ragu untuk klik button 'Share' di bawah ye. Semoga kita dapat manfaatnya beramai-ramai.